Friday, October 9, 2009

Memekak Di Pagi Buta Yang Dingin


Balik je dari kelas marketing (yesterday 8p.m until 10p.m, 8 October 2009) aku terus menghadap desktop member aku untuk bermain game. Heheheh~ Ala, prinsip hidup aku dengan member-member dekat sini, 'barang kau barang aku jugak'. So aku pakai la sesuka hati. Tapi, satu prinsip hidup aku yang selalu aku cakap dekat member-member, 'Awek kau awek aku, awek aku awek aku!'. Hahahahah~ Eh, terlari tajuk pulak. Ok, berbalik kepada story board asal tadi. Aku bila dah menghadap desktop, pastu main game favourite pulak tu, memang tak ambil peduli walau bom jatuh di sebelah sekali pun. Memang melalaikan kan bermain game ni. Tapi nak buat macam mana, dah itu yang menjadi pilihan di kala kebosanan melanda. Agak lama juga la aku menghadap binatang berteknologi tu. Sampai tak sedar nak dekat pukul 1.30pg (ladies and gentleman, don't try this at home takut kena penampar ngan parents sebab bil naik tinggi).

Suddently,
Aku terdengar member aku di bilik sebelah melalak. Aku pun pause game tu sekejap, dan dengar apa yang dorang melalak. "Wah, dorang tengah jamming ni. Sengal ar, tak ajak aku! Tak boleh jadi ni. Aku kena join jugak ni.". Masuk je bilik sebelah, yang tengah melalak, Arai (eh, pelik la mamat ni, tak penah-penah lepak kat bilik ni), Mat Nor (ni pun sama jugak), Karjo (dia ni lagi), Shah (tuan punya bilik) dan tidak di lupa Otai Guitar kitorang, Shaari. Shaari memang handal dan hebat main menatang tu. Semua lagu dia tahu. Tanpa dia, kitorang tak boleh memekak malam tu. Masuk-masuk je, aku bukan bagi salam pun, terus join dorang menyanyi (Teruk! Teruk!).

Lagu-lagu yang telah kitorang semua rosakkan seperti lagu dari:-

1. Spider- Mungkinkah Terjadi (lagu favourite :D ), Kekal.
2. Dewa- Pupus
3. Sheila On Seven- Dan
4. Exist- Alasan mu, Masih Terserlah Ayumu
5. Hattan- Dari Kekasih kepada Kekasih
dan banyak lagi....

Sedap ke suara kitorang??

Eh, of coz! Suara kitorang bila dah bercampur pitching lari+lirik terabur+suara katak+sengau+suara doreamon boleh dapat suara Siti, suara Mawi, suara M.Nasir dan banyak lagi tau. Hah, jangan pandang kitorang takde gigi. Memang happening gila malam tu sampaikan ada satu suara memekik menyokong kitorang untuk terus melalak tau. Dia cakap "Woi, diam la. Pegi solat Tahajud lagi bagus la wei.". Nampak bukan, mereka menggalakkan kami semua untuk terus melalak. Bagus betul berader semalam tu. Thanks kerana sudi men-support kami ok. Lain kali kitorang memekak lagi, brader support la lagi dengan kata-kata hikmat macam tu eayh? Heheheh~ (^___^)

The end of the story kitorang memekak sampai pukul 3pagi. Kitorang berhenti tu pun sebab otai guitar dah tak larat. Aisshh, kalau dia tak penat, kitorang akan terus menyanyi. heh!

p/s: Kita lebih baik bersolat di malam hari bukan melalak tak tentu pasal kan? Hehehe~ Tapi sekali sekala takpe kot?

p/s: Jangan diguna pakai prinsip hidup saya nyatakan tu ye? Tak elok!!

4 comments:

  1. afif ko reti ke men binatang tu...
    hah nie pelik...

    ReplyDelete
  2. ryoma ekhizen~
    aku mne reti doh. (^_^)

    ReplyDelete
  3. 'Awek kau awek aku, awek aku awek aku!'

    ish3 , T.T

    hee , once again , afif is not really well at that moment . am i correct ? wehee ~

    ReplyDelete