Thursday, February 18, 2010

Siapa Wonder Girls??

I want nobody nobody but you! I want nobody nobody but you!

Mesti korang familiar kan dengan lirik tu? Ye, itu je pun lirik yang aku tau. Hahaha. Adeh, Afif ni. Asal nak cerita pasal ni pulak ni. Buang tabiat buruk ke apa? Memang pun! Dah banyak sangat dah tabiat yang buruk dekat dalam diri ni. So, untuk membuangnya aku post la entry ni.

Kali ni aku nak cerita pasal satu group yang datang daripada Korea dan namanya sedang meningkat naik. Tak lain tak bukan 'Wonder Girls'! YEAH! Beri tepukan gemuruh semua! Terdiri daripada 5 orang ahli. Semuanya orang tino blako. Yela nama pun Wonder Girls kan takkan la ahli group lelaki. Itu dah pelik dah tu. Hahaha. Nama-nama ahli ialah Cik Minah (vokalis), Cik Halimah Jongang (perosak gitar), Cik Rokiah Ronggeng (pengetuk lantai), Cik Bibah (back-up singa kelaparan) dan last sekali Mak Dara (conductor bus). Hahaha.. Mana saya tau awak nama-nama beliau. Hentam je semua tu. Malas nak buat research la.


Aku dah cakap dah dulu 'Benci Boleh Membawa Cinta'. Sekarang lihat. Apa sudah jadi pada Afif Ahnaf? Tak center dah otak dia. Mungkin otak aku dah terpusing 180 degree. Kalau dulu adik sendiri layan lagu dan video clip dia, aku kutuk. Aku maki. Aku dan aku.... hahaha. Kalau dulu budak-budak kolej pasang lagu dia kuat-kuat, aku kutuk jugak, aku lemparkan kata-kata pujian yang berbaur kutukan dalam hati. Tapi sekarang... Aku sendiri macam berminat pulak dengan group ni. Diulang lagi sekali! Aku macam berminat pulak dengan group ni. Macam sebelum ni yang aku kutuk member-member aku layan cerita 'Nur Kasih', last-last aku layan jugak. Sama jugak situasi dia sekarang. Aku macam terpegun tengok group dorang. "Haiyaaa..Afif! Apa sulah jadi ni. Memang otak lu sulah kebelakangan nampaknya pun ni.". "Mana wa tau apek. Hati wa mula sulah tetalik plus tak senang duduk dan keluh kesah dengan mereka-mereka ini pun.", Hahaha.

Aku jugak mempunyai alasan kenapa aku tertarik melihat group ni sama seperti aku mempunyai alasan kenapa aku layan 'Nur Kasih'. Hahahaha.. Ok, kenapa? Sebabnya kalau korang tengok ahli group dorang semuanya comel-comel kot. So, dorang macam ada tarikan magnet yang kuat sampaikan aku tak boleh nak kelip mata walau sekejap pun. Tanya la kepada semua member lelaki aku kenapa dorang minat tengok group ni pasti dorang akan jawab, "Adeh, kau ni Fif. Comel kot dorang semua. Kalau jadi awek aku, takkan ku lepas walau sedetik pun. Andaikan kau jadi milikku, selaluku nyanyikan lagu rindu. Andaikan kau dan aku bersatu, dunia ini berseri selalu (lagu Aril).". Hahahaha....

Itu je la sebab musabab kenapa aku tertarik dengan group ni. Lagu dia bukan best pun tapi di sebabkan mereka-mereka ni comel-comel blako, aku minat la nak tengok. Hahaha. Kesimpulannya seperti biasa, janganlah kita membenci kerana satu hari nanti pasti akan mencintai.

..SEKIAN..


Mari kita lihat adakah benar mereka semua ni comel?? Cayolah cakap den ni hah! Jangan salahkan aku kalau korang kena lempang dengan mak korang sebab dia panggil korang buat bodoh je menghadap benda ni ye? Selamat Menonton!

5 comments:

  1. A'ah en , comel je dorang ni sume . Siyes :D
    Adoii , Afif2.. tak sah tak wat org gelak kalo bace ur entry . bestbest .

    p.s : woh , benci leh brubah jd cinta ye . okok . i akan ingat ni smpai bebile ! ehhe

    ReplyDelete
  2. nurika~
    i told u! hehehe..

    p/s: ye btol. try la benci i. hahaha.. jke! jke!

    ReplyDelete
  3. haziq zainal~
    wah, melampau tu! hahaha...

    jgn nk potong line ye? sume tu aku yg pnye. hahaha.

    ReplyDelete
  4. peh. kuota kau hanya 4 je ye afif. sila sedar sekarang :D

    ReplyDelete