Tuesday, December 20, 2011

Cuba Gantikan Perkataan Biasa Kepada Luar Biasa


Selalu tak kita bila lepak dengan kawan-kawan, kita akan selalu atau mungkin kadang-kadang akan terdengar perkataan-perkataan baru untuk menggantikan sesuatu perkataan yang kononnya dah tak best or tak relevan untuk digunakan lagi. Sebagai contoh OMG untuk menunjukkan sesuatu perkara itu sangat dahsyat atau sesuatu benda yang 'surprise'.

Ok, kat sini aku ada beberapa perkataan yang aku telah kumpulkan daripada kenalan aku. 

MENGANJING
Menganjing adalah perkataan dari budak-budak Johor (setahu aku la). Ia digunakan di kalangan kawan-kawan aku semasa aku belajar dekat Segamat. First ayat yang membuatkan aku tercengang. Ia digunakan di dalam struktur ayat seseorang itu telah dipersendakan atau untuk budak-budak KL, telah di-BAHAN ataupun nak menggantikan ayat MEMBAHAN orang itu. Contohnya:-

Majid: Hahahaha..kelakar siot rambut kau. Macam Abu Bakar Ela Mati La Ela Tu!! Hahaha..

Rosli: Aih, menganjing nampak??!



PENDING
Ini adalah ayat bahasa Inggeris kan? Biasa kalau kita hantar mesej dan mesej tu masih lagi belum delivered, perkataan pending ni akan keluar. Tapi di kalangan member-member aku ataupun budak-budak UiTM Johor, pending adalah ayat untuk menunjukkan seseorang yang lambat memahami mesej yang telah disampaikan atau tidak memahami apa yang diperkatakan oleh rakan lain atau kata nama lainnya blur. Contohnya:-

Jumat: Kau kene buat macam ni, macam tu, macam ni..bla bla bla bla dan bla... Kau paham tak?

So'od Abdul Kadir diam membisu.

Jumat: Adoi, kau ni. Pending laa...



LENGAH
Dalam kamus dewan edisi zaman Paleolitik, lengah membawa maksud sesuatu perlakuan yang dilambatkan (aku buat maksud sendiri tapi tak lari dari maksud sebenar). Kalau di kalangan member-member aku, lengah digunakan untuk menggantikan perkataan LAMBAT. Contohnya:-

Rentap Anak Ranggi: Sam cepat lah!! Aku dah lewat nak pegi kelas ni!! Aduh, lengah la kau ni!!



LEGEND
Legend dalam bahasa Melayu bermaksud Lagenda. Menunjukkan sesuatu perkara yang dah lama berlaku dan terdapat sejarah yang hebat mengenainya. Sebagai contoh Pulau Lagenda. Tapi di kalangan kawan-kawan aku, legend akan digunakan bila nak menunjukkan seseorang itu yang hebat suatu ketika dahulu atau nak menunjukkan seorang itu adalah senior yang hebat tapi telah meninggalkan kampus. Contohnya:-

Seman Kemut: Tu yang tergantung tu la seluar legend (sambil menunjukkan ke arah seluar yang penuh dengan kemuncup yang tergantung cantik di tingkap kepada junior-junior-nya). 



PERGH
Hah, camno nak pronouns binatang ni? Ok, peeerrrgggghhhhhhhhh... Haha. Aku nak bagitau pun tak tau camno. Biasanya perkataan ni digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dahsyat jugak la ataupun nak menunjukkan sesuatu perkara yang kecewa. Contohnya..

Dol Saad: (Dengan antonasi suara yang bersemangat) Peerrgggghhhhhh... terbaek giler awek tu!! 

..atau..

Dol Saad: (Dengan antonasi suara yang sayu) Pergh.. kau sebat makanan aku? Perggghhhh...



LEPAS TEKAK
Perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang selfish. Contohnya:-

Kamal Adle: Berbulu betul aku dengan Salman Saad tu la. Dia bukan nak bagitau aku ada online quiz. Tau-tau dah tutup baru nak bagitau. Lepas tekak die je tau.

Junaidi Jumaat: Biasa la tu. Macam tak biasa.



Dan banyak lagi perkataan yang selalu kita dengar tapi jarang orang gunakan tapi bila digunakan, digunakan pulak dalam ayat-ayat yang macam tak kena tapi bila dengar terasa COOL!! Mostly, ayat-ayat dekat atas aku dapat sepanjang aku belajar dekat Segamat selama 3 tahun. Bercampur pulak dengan kawan-kawan yang datang dari pelbagai negeri dan daerah. Korang pun mesti ada ayat-ayat yang biasa korang guna pakai bila berbual dengan member-member korang. Sometimes kita akan merasa ia seperti sangat cool bila digunakan bila wujudnya conversation dikalangan kawan-kawan kita. Seperti wujudnya satu community yang menggunakan bahasa tertentu. Hahaha. Aku rasa la. Tak tau la korang.

Walau seteruk mana pun ayat yang korang guna untuk bersembang dengan kawan-kawan korang, walau sepelik mana pun ia didengar, walau se-CooL mana pun bila disebut, please, jangan lupa akan bahasa kebangsaan kita, jangan lupa untuk tidak merosakkannya dan jangan lupa penggunaannya yang betul. Bukan apa, takut terbawak-bawak dalam exam. Huuhuhu..

..SEKIAN..

p/s: Entry kali ni dah macam kamus dewan orang ramai je plak.

p/s: kalau ada perkataan kat atas yang korang pun guna jugak dan aku explain salah, let me know! TY

Friday, December 16, 2011

Biasa Kita Dengar.. Tapi Biasa Juga Kita Akan Dengar Kalau..

Bila Perempuan Hodoh Berpakaian Menjolok Mata

Biasa kita dengar orang akan kata..
Dah la muka tak berapa nak selera, pakai pulak macam tu (seksi). Cubalah pakai tu menutup aurat sikit. Awak dah la tak cantik, perangai pun takkan tak cantik jugak?

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. (Muka hot dan cun)
Perrggghhh.. Muka dah la hot, cun, pakai pulak macam tu (seksi). Memang peerrgggghhhhhhhh!!!!

p/s: Takkan nak kena tunggu muka cantik baru boleh dedah aurat sesuka hati. Tak molek lagu tu!!



Bila Lelaki Sengkek Tapi Hensem dan Bergaya

Biasa kita dengar orang akan kata..
Perrggghhhh...dah la hensem, stylo pulak tu. Mesti anak orang kaya ni!!

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. (Tak berapa nak hensem/selera)
Awak tu dah la tak berduit, nak bajet-bajet pakai macam anak orang kaya tu pehal? Poyo seyh! Nak muntah aku tengok.

p/s: Mana tau dia memang anak orang kaya ke. Orang kaya ni pun ada yang tak berapa nak hensem jugak apa.



Bila Kereta Buatan Malaysia Bawak Laju Dekat Highway

Biasa kita dengar orang akan kata..
Alahai, dah la bawak kereta kancil je, nak cucuk-cucuk aku dari belakang plak! Macam la laju sangat. Kalau kau bawak Ferrari ke, Fererro Roche, Porche ke, Lamborghini ke takpe la jugak! Ini Kancil je? Halamak aih, rasa nak break mengejut je bagi aku dengan kau masuk ICU sekali.

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. (Itu kereta import)
Perrrggghhhh.. Laju siot BMW tu pergi. Nasib baik kau bawak BMW. Tunggu la satu hari nanti aku beli Ferrari pulak!!

p/s: Kereta import ke, kereta buatan Malaysia ke, bawak laju-laju nak pegi mana? Nak laju pegi litar lumba sana.




Bila Pemain Bola Sepak Kita Popular

Biasa kita dengar orang akan kata..
Mengalahkan artis popular kau! Masuk majalah sana, masuk majalah sini. Nak jadi macam David Beckham la tu tapi mainnya macam hampeh!!

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. (Pemain luar negara)
Patut la popular, main hebat, muka macho, kaya giler plak tu!!

p/s: ada saja yang tak kena kalau orang kita lebih sikit dalam hidup dia.



Bila Ada Orang Lain Bawa Kereta Dekat Highway Macam Orang Gila

Biasa kita dengar orang akan kata..
S***!! B***H!! M***** la kau depan tu! Excident la kau!! Bawak kereta macam siamang!!

Tapi biasa juga kita akan dengar kalau.. (Diri sendiri yang drive macam orang gila)
Ah, aku dah lambat. Korang nak kata apa kata la!

p/s: Mungkin yang bawak kereta laju-laju tu ada emergency ke apa ke atau mungkin tidak! Tapi bersangka baik la dulu kan.. Itukan amalan yang baik!



Bila Ada Pasangan Lelakinya Hodoh Tapi Perempuannya Bukan Main Hot Atau Sebaliknya

Biasa kita dengar orang akan kata..
Kau tengok tu awek dia bukan main hot lagi tapi balak dia.. Masya-Allah, nak tengok pun tak selera! Entah-entah dia ada pakai guna-guna tak?

Tapi biasa jugak kita akan dengar kalau.. (pasangan sama-sama cantik)
Sweet sangat couple tu! Sama padan. Dua-dua hot. Jelous betul aku!!

p/s: Tak paham aku!! Huhuhu~



Ada lagi tak typical words yang sering orang kita guna bila nak judge apa yang mereka nampak dan rasa? Kalau ada, korang pikir-pikirlah sendiri dan simpannya dalam hati. Kadang-kadang kita perlu bersikap adil kepada semua golongan untuk mengkritik. Tak boleh la bias kepada satu golongan kerana mereka juga makhluk Allah. Diciptakan olehNya dari bahan yang sama. So, kalau korang kutuk mereka-mereka yang berkaitan sama seperti korang mengutuk ciptaaNya atau korang tidak redha mereka dijadikan begitu. Lagipun, kita lebih kurang je macam yang korang kutuk tu! So... Pikiaq la sendiri.

..SEKIAN..


p/s: aku jugak selalu kutuk-kutuk orang. Astaghfirullahalazim.. Huhuhuhuh~

Wednesday, December 14, 2011

Bagi RM5 Dapat Balik RM100


Masih tidak cukup dengan gaji yang diperoleh walaupun RM1000++? Walaupun sudah melakukan kerja-kerja sambilan dan bermacam-macam lagi kerja yang dapat menjana pendapatan masih juga tidak cukup? Jangan risau, apa kata anda cuba cara yang sudah berkurun lama wujud iaitu 'Skim MDJA'. Ia bukanlah skim cepat kaya mahupun MLM tetapi ia adalah satu skim yang sangat baik. Tiada unsur riba mahupun unsur-unsur yang mendatangkan kemurkaan Allah kerana skim ini memang datang daripadaNya sendiri. Apa yang anda perlu hanyalah melakukannya seikhlas hati dan berdoa. Apa itu MDJA? MDJA ialah 'Melabur Di jalan Allah'.. hahahaha... Ada macam iklan atau flyers-flyers dekat luar tu tak?? 

Ok ok. Serius serius! Sebenarnya tajuk entry aku tu memang ada kaitan dengan cerita yang nak aku share ni. Benda ni berlaku di tempat kerja tengah hari tadi. Ok before aku start story, aku nak bagitau sikit. Aku share cerita ni bukan untuk aku nak menunjuk-nunjuk atau riak ke apa tapi sebagai pengajaran kita sesama. 

Tengah hari tadi di tempat kerja, seorang pekerja aku... Cewah, macam Big Boss je guna ayat pekerja aku. Oklah, tukar. Seorang anak buah aku... Dah macam ayahanda la plak! Ah, boleh la tuh! Seorang anak buah aku@pekerja@foreigner@Bangladesh mari datang mintak pinjam aku RM5 (ayat pun dah macam Bangla dah!) sebab takde duit nak makan sebab gaji dah habis hanta balik kampung sebab... Dah takde sebab lagi nak bagitau. Hahahah.. Alahai, kesian pulak aku nengoknya cara dan muka sepuluh sen dia, mintak pulak pinjam duit RM5 dekat aku,  memang gugur la iman aku tak nak bagi dia RM5 tu. So, tanpa fikir panjang, aku pun keluarkan la dompet aku dan keluarkan la RM5 dan terus bagi dekat dia. Before aku bagi aku berdolak-dalih jugak la tak nak bagi. Tapi kesian pulak. Aku cakap dekat dia jangan lupa bayar balik bila dia dah duit. Dia dengan bersungguh-sungguh promish dekat aku nak bayar balik nanti. Tapi aku bagi ikhlas la dekat dia sebenarnya. Dia tak nak bayar balik pun aku tak kisah. RM5 je pun. 

Nak dijadikan ceghite kawan-kawan, aku terjumpa la pakcik angkat aku (Eh, boleh pulak ada pangkat pakcik angkat ni kan?) dekat tempat makan berdepan dengan site tempat aku kerja masa aku nak pegi lunch. Dia pun panggil la aku lepak sekali. Sementara tunggu kawan dia datang, kitorang pun sembang la macam-macam benda. Dia tanya tu aku jawab tu, dia tanya ni aku jawab ni. Lepak memang lama gila la dekat sejam lebih jugak la sebab dia pun banyak chapter jugak sekolahkan aku dekat situ. So, hari ni memang lama gila la aku rehat. Dengar punya dengar sampai jugak kawan dia tu. Ingatkan nak datang lusa je. Huhuhhu.. Bila dah lepak dengan orang yang umur memang lebih berdekad-dekad daripada aku, memang aku dengar angguk dengar angguk je la (walaupun masuk telinga kiri keluar telinga kanan). 

Tambahan untuk cerita aku ni, orang tu datang jumpa dengan pakcik angkat aku tu sebab pakcik angkat aku tu beli tanah dia. Orang dah dapat buyer, of course la suka kan takkan nak menangis kegembiraan pulak dekat situ kan? Memang nak makan kaki la tu. So, pakcik angkat aku ni bagi la advance RM300 (aku tak tau untuk apa) dengan cek bernilai..... *alamak, tak nampak pulak sebab aku rabun! Dengan hati yang gembira dan girang seperti ingin lari laju-laju dalam keadaan berbogel, dia pun hulurlah aku RM100 daripada RM300 yang dia dapat tu. Terkebil-kebil dan terkelu lidah aku nak menolak pemberian dia. Lepeh tu, pakcik angkat aku suruh aku ambik je. Aku pun tanpa rasa segan dan malu, kebas la! hahahaha... Orang dah bagi, BANGANG la kalau tolak kan??

Rezeki Allah ni kita tak tahu bila dia datang dan kadang-kadang kita dok tunggu bertahun lamanya tapi Dia tidak terus di dunia tapi di akhirat kelak siapa tahu? Dan kadang tu beberapa saat je dah dapat rezeki daripada dia. Dan rezeki Allah jugak datang dengan pelbagai bentuk dan rupa. Kadang-kadang kita sedar, kadang-kadang kita tidak sedar itu rezeki pemberian Allah. So, memang aku tak sangka dengan RM5 yang aku bantu bagi pekerja aku tu makan, Allah balas balik masa tu jugak dengan menghantar orang dengan bagi aku 5 kali ganda. Subahanallah... 

..SEKIAN..

P/s: pakcik angkat tu sebab bapak aku dengan dia dah macam adik beradik. Kira dah jadi adik angkat la.

P/s: Lama rasanya tak post entry. Hehehe.. Hope masih ade lagi pembaca blog aku ni.

p/s: Melakukan sesuatu dengan ikhlas dan kerana Allah Ta'ala banyak ganjarannya...

Tuesday, November 22, 2011

Bukan Hanya Sekadar Mencari Rezeki

Hari pertama di tempat ku mencari rezeki.. 
Bosan..
Kosong..
Termenung..
Mata hanya memerhati gelagat manusia di keliling.
Berbagai golongan, pangkat, usia, gaya, cara, kerenah..
Ku bisik sendirian, "Tak mengapa! Hanya permulaan hari."

Hari kedua juga sama.
Hidup bagai berada ditempat asing.
Masih memerhatikan gelagat.
Kadang berfikir sendirian.
Kadang terfikir.
Begini keadaan manusia mencari rezeki.

Tidak kisahlah jika hari-hari seterusnya seperti keadaan hari-hari sebelumnya.
Yang penting dapat menimba seberapa banyak pengalaman untuk jangka waktu yang diberikan.
Agar dapat menjadi bekalan untuk dibawa ke hari-hari mendatang.
Bukan sekadar mencari sejumlah RM semata.
Melihat, Mendengar, Mempelajari apa yang dilihat, didengar dan diajar.
Kerana disini bukan sekadar mencari rezeki.
Belajar untuk mengenali kehidupan duniawi yang hakiki kelak.

..SEKIAN.. 

p/s: Macam A. SAMAD SO'OD tak?? hahaha... Poyo nak mam***! Sebenarnya nak bagitau aku sangat-sangat la sibuk je sampaikan nak mendapat idea nak update blog pun tak berkesempatan. Mungkin dalam sebulan dua aku tak akan update blog ni. Hope you guys still keep in touch with my blog! THANK YOU!

Thursday, November 10, 2011

Teka-Teki Jawapan Bangang

Assalamualaikum wtb.. Hahaha..First time ni post pasal teka-teki. Ni pun sebab lepak dengan member-member. Dorang boleh pulak main teka-teki masa lepak dekat kedai mamak lepas main futsal sampai ke pagi. Hanya dengan berlawan teka-teki saja. Kerja GILA!! So, ada di antara teka-teki yang aku pernah dengar dan ada yang tak pernah. Teka-teki aku nak share ni mungkin korang jugak pernah dengar mungkin jugak tidak. Bagi yang tak pernah dengar teka-teki ni, jangan pecahkan screen laptop korang, jangan hentakkan kepala ke dinding atau rendam muka korang dalam lubang jamban selama 14hari lepas korang baca jawapan BANGANG dia. Ada sepuluh saja soalan yang aku rasa ok la untuk menghilangkan tekanan dekat otak. OK? Lets check it out!!

Soalannya:-

1. Ada satu pertandingan 'SIAPA KENTUT PALING KUAT DAN BERBAU' yang telah diadakan di Rio De Janeiro, Brazil. Ada 3 peserta dari seluruh dunia telah menyertai pertandingan tersebut. Peserta pertama dari Perancis. Telah mengagumkan semua orang dengan kentut yang kuat dan berbau dan telah mengegarkan loceng gereja. Semua orang terpegun. Peserta kedua dari Italy lebih mengagumkan kerana telah memecahkan tingkap-tingkap gereja dengan ketentut beliau yang kuat dan busuk. Tapi pemenang telah diberikan kepada peserta dari Malaysia kerana walaupun kentut beliau hanya berbunyi 'PUFF' saja tetapi dia telah memenangi pertandingan itu. Kenapa??


2. Ada 3 orang adik-beradik telah membuka satu bengkel kereta di sebuah bandar. Selama lebih 4tahun mereka membuka bengkel kereta itu, tiada seorang pelanggan pun yang datang membetulkan kereta di bengkel mereka tu. Kenapa?


3. Ada 4 orang bersaudara telah pergi bersiar-siar dengan menaiki sebuah kereta baru. Sampai di satu jalan berbukit curam, kereta yang dipandu oleh salah seorang daripada mereka tiba-tiba meluncur laju turun kerana gear kereta tersebut rosak. Tetapi nasib mereka baik kerana kereta itu berhenti sebelum terjunam ke dalam gaung. Mereka semua mengambil keputusan untuk turun dari kereta dan menolak kereta itu naik semula ke atas bagi mengelakkan kereta itu maju lagi kehadapan dan dapat terselamat daripada jatuh ke dalam gaung. Persoalannya, kenapa kereta itu tidak bergerak sedikit pun ketika mereka sedang menolaknya?


4. Dalam filem Titanic, ada seorang sahaja yang terselamat daripada tragedi kapal karam itu. Selain itu, ada lagi benda yang terselamat. Apakah benda itu?


5. Macam mana nak bezakan bahagian depan pokok dengan belakang pokok?


6. Ada sebuah kapal terbang sedang menuju ke Eropah dengan membawa seramai 10orang penumpang gila di dalamnya. Salah seorang penumpang itu telah mencampakkan salah seorang rakan beliau keluar daripada kapal terbang itu. Kenapa?


7. Seorang pemuda sedang memancing ikan di tepi sungai. Dia begitu kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan seekor ikan pun untuk dibawa pulang. Dengan tiba-tiba pemuda itu tadi mati mengejut. Kenapa?


8. Kenapa pungguk selalu rindukan bulan?


9. Kenapa kutu kepala duduk dekat kepala?


10. Benda apa hitam, kecil dan basah?



Fikir dulu sebelum jawab!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapannya:-

1. Sebab peserta dari Malaysia tu kentut sampaikan patung besar di atas bukit yang ada dekat Rio tu boleh menggerakkan tangannya untuk tutup hidung. Uih, DASYAAATTTT!!

2. Sebab bengkel dia berada di tingkat 3 kLCC.

3. Sebab mereka semua tolak kehadapan kereta itu dengan berada di bahagian berlainan. Satu di pintu sebelah kanan, satu di pintu sebelah kiri, satu di hadapan kereta dan satu lagi di belakang kereta.

4. Yang hidup hanyalah 'SPANAR HIDUP'!

5. Tanya orang yang nak kencing. Dia akan tau mana depan mana belakang pokok. Contohnya, "Kau nak kencing? Pergi la kencing dekat belakang pokok sana!".

6. Suka hati dia la. Diakan gila!!

7. Soalan di no.6 ada clue-nya. Jawapannya ialah pemuda itu di himpap oleh orang gila yang telah dicampak daripada kapal terbang tadi.

8. Sebab pungguk tak pernah pun jumpa bulan.

9. Pernah ke korang nampak dia duduk dekat apartment ke, kondo ke, banglo ke??

10. Semut baru balik jogging!!


..SEKIAN..  ^_^

Saturday, November 5, 2011

Kenapa Kita Perlu Menunaikan Solat?


Bodohkah dia jika dia mengemukakan pertanyaan sedemikian rupa kepada kita? Adakah kita mempunyai jawapannya? Ya, soalan seperti orang tidak punya didikan agama sajakan? Soalan sebegini kadang-kadang membuatkan kita yang tidak pernah meninggalkan solat terkelu lidah untuk memberikan jawapannya dan kadang tu pula membuatkan kita bertanya kembali kepada diri kita apakah jawapannya inikan pula orang-orang yang meninggalkan solat.

Setengah orang Islam mereka menunaikan solat bila perlu dan bila diri berada dalam kesusahan. So, mereka-mereka ni solat untuk mendapatkan petunjuk, redha dan sebagainya daripada Allah swt. Lepas dah ok, masalah semua dah settle, dorang kembali meninggalkan solat. Apakah? Ada setengah tu pula menunaikan solat ada masa-masanya. Contohnya solat sunat hari raya aidiladha/aidilfitri dan solat sunat Jumaat. Apakah? Ada pula yang tak pernah menunaikan solat langsung. Apakah? Nauzubillah..

Hahaha.. Ok ok. Cool! Jangan marah. Jangan nak judge aku apa-apa dulu. Aku just nak share something yang important untuk kita semua. Aku bukan nak berceramah ke apa eayh. Don't get me wrong. Aku just nak berkongsi sesuatu apa yang ada dalam kepala otak aku ni sebab siang tadi aku terdengar pasal orang yang tidak menunaikan solat dalam satu channel radio. Ia terus buat aku terfikir. Jadi, seperti yang korang tau, kenapa kita perlu wajib menunaikan solat (aku dah tukar perlu kepada wajib ok)? Benda ni kita dah belajar sejak dari sekolah agama. Hahah. Jangan bagi alasan korang tak tau sebab korang tak sekolah agama dulu eayh? Masa sekolah menengah pun kita ada belajar jugak (Pendidikan Islam). Solat adalah perkara wajib di mana as a Muslim kita wajib menunaikannya. Kenapa? Hey, come on! Rukun Islam yang ke-2 kot. Solat kan tiang agama. Orang yang tidak menunaikan solat samalah seperti mereka telah meruntuhkan agama sendiri dan korang bukanlah seorang yang beragama Islam kenyataannya tetapi hanyalah Islam pada nama dan kad pengenalan sahaja. Maaf jika ayat ini agak keterlaluan. Tapi betul bukan? Rukun Islam yang ke-2 dah tak tertunai. Tak lengkap la untuk menjadi umat Islam kan?

Tau kisah Isra' Mi'raj? Jangan cakap tak tau! Aku pun baru tau sebab baru baca tadi. Hahaha.. Takde larh. Gurau! Maksud aku tau dengan lebih detail. o.O Kalau nak tau kisahnya lebih detail. Taip saja di Google dong. Kisah Isra' Mi'raj kisah Nabi Muhammad naik ke langit tu. Kalau tak kerana Rasulullah ulang alik sebanyak 9 kali naik menghadap Allah swt mengurangkan waktu solat daripada 50 waktu kepada 5 waktu sahaja, mungkin hari ni ramai yang takkan bersolat (termasuk aku) sebab nak melakukan yang 5 waktu ni pun cukup payah. Nauzubillah.. Namun Allah itu Maha Pengasih kepada hambaNya. Dia menerima permintaan Rasulullah dan memberi ganjaran solat 5waktu itu sama seperti menunaikan 50waktu. Subahanallah..

Penciptaan manusia terdiri daripada unsur iaitu unsur fizikal (tanah) dan unsur roh. Jika fizikal kita memerlukan makanan untuk memerlukan zat, vitamin dan sebagainya, roh kita juga memerlukan makanan. Apa makanan roh? Solat, zikir dan lain-lain. Solat penting untuk memberi zat dan vitamin kepada roh kita. Bagaimana? Wallahualam.. You all kena check it out dekat mana-mana sumber sahih di internet atau media massa yang lain. My all nak cerita lebih lanjut pun tak berapa nak mendalam sangat taunya. Hey, come on! Bukan itu ke keperluan internet kepada kita. Kan? Cari benda-benda yang memberi manfaat. Bukan nak bersosial je kan? Kerja jahat buat jugak tapi yang baik pun jangan la dilupakan. ^_^

Apa lagi nak bagitau kenapa kita wajib solat? Solat kita adalah sebagai tanda penyerahan diri kita terhadap Maha Pencipta. Juga sebagai tanda betapa bersyukurnya diberi bermacam kurniaan olehNya (bernafas, akal dan sebagainya). Dan banyak lagi la sebab musabab kita bersolat. This is just a basic knowledge. There are more reason and anwser you can find

“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam tiada sekutu bagiNYA; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri kepada ALLAH” (Al-An’am:162-163)

Adakah kita masih lagi nak tinggal solat? Adakah kita masih lagi nak solat bila perlu? Adakah kita masih lagi nak menyombongkan diri tidak mahu langsung melakukan solat? Fikirlah sendiri. Kome dah besor. Teman di sini hanya mengingatkan saja. Marilah kita sama-sama mengubah diri kita untuk ke jalan yang lebih baik. Sama-sama perbaiki diri apa yang masih kurang. Ingat, tak semestinya solat 5waktu yang kita lakukan diterima Allah. Sama-sama jugak kita cari kekusyukan di dalam solat. Insya-Allah..

..Wallahualam..

p/s: I suggest you to go to this link 'hakikat solat' atau 'hakikat solat highlander' as it can give you a bit info about solat.

p/s: kalau sesiapa ada nak share pasal ni, don't be shy. Mari sama-sama kita bertukar ilmu dan sama-sama peroleh manfaat.

p/s: to all bloggers and readers, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. ^_^

Wednesday, November 2, 2011

Oh, Kawanku Si Sasa Takut Akan Wanita!


Assalamualaikum wtb.. Hah, aku dah kata aku banyak sangat masa terluang sebab tu asyik update je blog ni. Hahaha.

Ok, kali ni nak story sikit pasal kawan aku sorang ni. Dia seorang berbadan sasa, tinggi lampai dan muka ala-ala Korea (mata sepet). Kalau korang tengok ada satu rancangan Korea, Running Man tu, ada sorang mamat tu yang berbadan sasa. Muka kawan aku tu lebih kurang macam dia la. Kadang-kadang aku bahan dia Rahmat Mega. Hahaha. Pun lebih kurang jugak. Tapi yang tak boleh belah mamat ni pantang jumpa perempuan yang dia betul-betul minat dan pemalu dengan perempuan (aku pun lebih kurang je).

Ni ada satu kisah pasal dia. Masa tu KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa) UiTM sedang berlangsung. Mamat (member aku) ni minat gila dekat seorang budak perempuan (takkan laki pulakkan). Dia jugak dari kampus yang sama (UiTM Segamat, Johor). Tapi dia main untuk team bola jaring. Kali pertama member aku ni jatuh hati dengan dia start dari latihan pusat lagi. Masa tu coach kami (Bola Sepak) buat sesi latihan bersama budak-budak bola jaring. Dari situ la hati member aku ni dah terpaut pada Si Dia. Tiap saat, tiap ketika member aku ni tak habis-habis mention nama Si Dia. Tiap saat, tiap ketika tu jugak la aku terpaksa berlari ke toilet kerana muntah. Hahahaa..

Nak di jadikan drama Melayu, member aku ni dah tak boleh simpan dah perasaan dia lama-lama. Dia nak jugak dapatkan nombor phone Si Dia dan berkenalan dengan lebih rapat. Hah, masa ni la segala perkara terbongkar. Rupanya member aku Si Badan Sasa ni pemalu dan penakut jugak orangnya. Wa ingat lu gentle bro!! Adooiii... Buat malu je. Badan je ketak-ketak. Ok ok. Teruskan dengan story.... Oleh kerana tidak tahan dengan godaan aku dan kawan-kawan lain suruh berkenalan dengan Si Dia dengan lebih rapat (mintak nombor phone), dia pun mintak la tolong Aqif sebab Aqif ni kenal dengan Si Dia. So, Aqif had makes some plan for Si Sasa. Plan dia lebih kurang macam ni:-
Aqif ajak kawan dia yang satu team dengan Si Dia ajak lepak bawah kolej. Manakala Si Sasa pulak perlu tunggu sebentar di dalam bilik sementara menunggu message green light daripada Aqif. Dah dapat green light barulah Si Sasa turun dan berjumpa Si Dia.

Dalam masa menunggu green light tu, aku telah menjadi mangsanya. Si Sasa boleh tanya tips bila first time nak berhadapan dengan perempuan seperti apa patut cakap dan sebagainya. Dengan karisma yang menjulang tinggi dan lagak gaya seperti pakar motivasi, aku pun bagi la beberapa tips. Padahal aku pun tak pernah alaminya. Aku bagitau based on cerita drama dan pengalaman kawan-kawan lain je. Hahahaha.. What a pathetic! Tapi semuanya seperti di terima dan ekspresi mukanya seperti mengatakan, 'boleh diterima akal jugak idea Afif nih!!'. Hahaha.. Setiap minit dia bagitau dekat aku perasaan gemuruh dan gementar dia nak jumpa dengan Si Dia. Dan setiap minit tu jugak la aku rasa loya tekak dengar dia cakap macam tu. Hahaha. Layan je la. Tak layan kecik hati pulakkan?

15minit kemudian dia dapat green light daripada Aqif. Ni pun satu hal jugak. Dah 5minit dapat green light tapi still tak pegi-pegi jumpa pulak. Korang nak tau apa jadi? Sebelum turun ke bawah kolej tu aku dah buat satu plan untuk dia. Plan dia:-
Aku dan Si Sasa turun bawah buat-buat nak ambil something dalam kereta Si Sasa. Dan dengan lakonan yang mantap Si Sasa kena buat-buat terperanjat jumpa Aqif dan kawan-kawannya (including her) lepak. 

Hahaha.. Ok tak idea aku? Tapi yang buatkan aku dan Si Sasa lambat jumpa Si Dia, Si Sasa ni boleh nak terkentut la, nak terbe*** la. Hahahaha..Macam-macam alasan dia bagi nak lari. Lastly, berjaya jugak ketemukan mereka berdua. Dah jumpa tak nak macam lama pulakkan bersembang. Ajak balik pun tak nak. Hahaha..Sampai info pasal bapak Si Dia pun dah berjaya di gali. DASYAAAATTTT!!!

Persoalannya di sini siapa kaum yang lemah sekarang ni?? Hahahaa.. You can see it brother!

..SEKIAN..    

p/s: Tapi sayangnya Si Dia sudah berpunya. Punah harapan Si Sasa. =__="

Monday, October 31, 2011

Hanya Kerana Laman Sosial, Rosak Umat Islam Sedunia



Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera to all readers..
Bertemu kembali kita. Nampak tak betapa terluangnya masa saya sekarang. Dah tak tau nak bagi dekat sapa dah masa yang ada ni. Huhhuhu.. Sementara kerja belum ada lagi ni elok sangat la kan selalu update blog dan menghadap laptop 24-7. Pastu boleh la pakai kanta setebal 5inci pulak sebab nombor 2 pun dah nampak macam nombor 5 dengan jarak tak sampai 10meter.

Kali ni aku nak share dengan korang something that really important to us. Pada keluaran majalah Solusi isu ke-37, aku tertarik dengan satu artikel ni, 'Jangan Biarkan Dosa Bersarang Di Facebook'. Dalam artikel tu ada menceritakan tentang akibat-akibat buruk bersosial di laman sesawang sosial Facebook. So, kali ni aku nak share dengan korang sikitlah apa yang aku dah baca. Aku akan cuba menterjemahkan apa yang dah aku baca melalui ayat aku sendiri (summarize).

Now a days, meng-upload gambar peribadi atau orang lain, meng-update status ataupun ber-chatting di laman sosial sudah menjadi satu kemestian pada setiap individu yang hidup di muka bumi ini. Tahu tak korang kalau salah melakukan semua aktiviti tu semua boleh rosak akidah? Serious??? Seriousss.... Dalam hal ni aku akan menggunakan Social-Sitefer (Social Website Surfer@Pelayan Social Website Tegar) sebagai kata nama untuk mewakili 'KITA' yang suka bersosial di laman sosial.
p/s: Hahaha.. Pandai-pandai je buat kalimah sendiri.

Update Status
Ni benda biasa. Update status! Satu kemestian kepada semua Social-Sitefer sama ada meng-update status sendiri ataupun membaca status orang lain. First thing that Social-Sitefer will do sudah semestinya memikirkan status apa nak update pada hari itu tak pun membaca status orang lain. Apa keburukannya jika tak fikir dulu sebelum post (Ala, manusia kadang-kadang ikut perasaan je update status)?

Akibat buruknya:-

  1. Korang tak puas hati dengan boyfriend korang atau girlfriend korang atau siapa-siapalah yang korang tak puas hati. Of course korang tak tahan sangat dan tak tahu cara nak melepaskannya, dan korang hanya nampak satu jalan iaitu post status dekat FB or what so ever. With or without mention that person's name, it still tak bagus. Walaupun korang tak mention nama orang tu, dengan status yang berbaur kepada ketidak-puas-hatian korang, pasti ada dalam kalangan member-member korang yang dapat detect status tu ditujukan kepada siapa. Dan korang teruskan ber-comment di status tu pasal beliau. Ini jugak di kira mengumpat. Dosa tau!! Kalau korang mention lagi la. Kesian orang tersebut. Satu Malaysia atau satu dunia tau. Ni dah kira membuka aib orang. Jugak berdosa!
  2. Status di laman sosial jugak boleh menjadi punca kepada pergaduhan. Macam yang aku bagitau seperti di atas. Kerana satu status, yang bergaduhnya 10 hingga 20 orang. Hah, lepas tu mula la start maki-maki, dedah aib orang, bagitau dekat semua orang kelakuan jahat yang pernah dilakukan dan sebagainya. p/s: I've been through this experience. Hahahaha..



Upload Gambar
Ni pun sudah satu kemestian kepada Social-Sitefer. Kalau tak gambar peribadi gambar orang lain (Kawan-kawan, sedara-mara, pakwe makwe) sama ada tanpa izin atau dengan izin. Apa pula keburukannya??

Akibat buruknya:-

  1. Ini jugak boleh membuka aib diri sendiri ataupun orang lain. Contohnya, korang upload gambar korang dekat FB or what so ever, then ramai pulak yang comment. Yang mendatangkan keburukan tu gambar yang korang upload tu tidak menutup aurat atau tanpa sengaja beraksi ghairah (bagi yang perempuan). Daripada situ korang boleh dapat dosa kerana menjadi punca kepada menaikkan nafsu orang lain (lelaki). Hah, dua-dua dapat dosa. Then kenalan korang post comment dekat gambar tu pulak. Comment-comment tu lah yang menyebabkan punca rosaknya akidah. Start daripada situ korang dah bergurau senda tentang gambar-gambar yang di-upload. Lebih bahaya comment tu ada berbaur seperti seorang yang bernafsu terhadap gambar tu dan paling bahaya korang dah berkahwin. Huish, nauzubillah..
  2. Berhati-hati kepada kaum hawa bahawa gambar yang korang upload tu boleh mendatangkan bahaya kepada diri korang sendiri. Gambar-gambar korang tu boleh dicuri oleh lelaki-lelaki yang berhati buas dan bernafsu kuda (bunyi kuda sikit). Mungkin dorang ambil gambar korang tanpa izin dan buat koleksi. Untuk apa itu aku tak tau la. Tapi kan itu bahaya. Mana tau dia suka dekat korang ke, then dia pegi bawak jumpa bomoh ke kan? Sapa tau..
  3.  Ada di antara Social-Sitefer yang suka upload gambar lama-lama (old skool). Lepas tu dia tag (salah satu budaya) semua member-member lama dia. Tanpa kita tahu, tuan empunya badan (kawan-kawan dia) yang dahulunya Rockers Malaya (tak pakai tudung, dedah aurat sana sini dan lain-lain) tapi sekarang ni dah berubah kepada yang lebih baik (pakai tudung, tutup aurat, pakai purdah) tak ke itu membuka aib si empunya badan. Secara tak langsung dia dapat dosa sekali. Itu kes yang dulunya rockers. Kalau dapat kes yang dulunya ya rabbi, secebis kulit pun susah nak tengok (extra caution bab aurat) tapi sekarang dia dah berubah kepada rockers Malaya. Lepas tu si empunya badan post pulak comment 'zaman-zaman warak' la, 'zaman-zaman beriman' la, 'zaman-zaman solehah' la, apa la, ini secara tak langsung mengaibkan diri beliau sendiri. Apa? Sekarang ni dah tak solehah? Dah tak beriman? Malah seolah-olah dia mengutuk pakaian yang menutup auratnya dahulu. Nauzubillah..
Dan banyak lagi sebenarnya keburukan-keburukan bersosial di laman sosial ni. Tapi aku tak cakap takde kebaikan langsung ok. Boleh je korang nak ber-Facebooking, nak ber-Twittering dan sebagainya. Memang tak salah. Tapi nak melakukan sesuatu kenalah fikir dulu. Contoh nak update status. Fikir dulu adakah dia mengaibkan diri sendiri atau orang lain, adakah ia boleh mewujudkan satu perbalahan dan sebagainya. Gunakanlah medium tu untuk menyebarkan benda-benda yang dapat memberi manfaat kepada semua terutama kawan-kawan korang. Dan aku rasa tak payah la nak upload gambar peribadi terlampau banyak atau tak payah upload langsung. Kalau korang nak upload pun sekat daripada kawan-kawan korang untuk tengok. Nak bagi tengok pun biar family terdekat korang je. 

Akhir kata, jangan la korang judge aku 'BUDGET BAGUS JE MAMAT NI' sebab aku post benda ni pun nak mengingatkan aku jugak. Aku pun lebih kurang macam korang semua jugak. So this is the right thing and I should do this as a muslim. Mengingatkan sesama kita (muslims). Lagipun aku dah terbaca satu artikel yang baik dan aku wajib untuk kongsikannya dengan yang lain. Betul tak?? Mulai saat ini marilah kita cuba pelan-pelan untuk buat benda ni. OK? Pelan-pelan kayuh awak. 

..SEKIAN..

p/s: SOLUSI is a good magazine for us (muslims) sebab dia banyak bahan-bahan bacaan yang ringan untuk kita tingkatkan lagi pengetahuan tentang semua aspek melalui cara Islam. Macam-macam benda korang boleh jumpa dalam majalah tu. Beli la! Jadikan ia sebagai bahan bacaan wajib korang. Hahaha.. PROMOTE! Bukan dapat apa pun laa.. huhuhu.



Sunday, October 30, 2011

Segalanya Tinggal Kenangan (Part 6): Konklusi

Ok, this is the last part untuk aku membebel pasal kenangan aku selama 3 tahun aku belajar as a diploma student dekat UiTM Johor kampus Segamat. Overall, Segamat actually is not hard to have live. Korang akan merindui banyak perkara yang ada dekat Segamat. Suasana dia yang tenang. Kadang-kadang tu jalan sesak mengalahkan kL. Tapi itu pun disebabkan keretapi nak lalu. Korang pasti akan merindui cuacanya yang sejuk selepas hujan dan punca kepada kemalasan untuk bangun pagi untuk ke kelas. Korang pasti akan merindui cuaca bagaikan di Cameron Highlands bila pagi di mana korang akan nampak kabus setebal-tebal alam bila nak ke kelas. Awesome kan?? Korang pasti akan merindui untuk melihat mayat-mayat di jalanan bergelimpangan (Biawak, kera, kucing dan anjing dilanggar todak kenderaan). Korang pasti akan merindui untuk melihat fesyen-fesyen yang agak keterlaluan walaupun hanya nak pergi shopping barang dapur. Hahaha..


Dan aku pula pasti akan merindui...

 Kabus tebal setiap pagi nak ke kelas..


 Benda wajib ada di rumah kerana nak berjimat cermat daripada makan di luar. Seribu satu macam boleh buat dengan benda alah ni seperti, telur hancur makan bersama roti, telur goreng, telur rebus dan telur separuh masak.


Ni sebahagian contohnya. Ada cili?? Ye, aku memang seorang yang TAHAN PEDAS!! Menu by Ajam.


Memang takkan lupa sebab perkara yang tak pernah dilakukan dalam hidup semuanya berlaku. Makanan yang tak pernah cuba dan tak nak cuba di makan jugak terjadi (e.g. siput sedut, tempei, etc). 3 tahun disini banyak mengajar aku erti kehidupan. Jugak mematangkan diri walaupun kadang-kadang terasa masih budak-budak sebab takde janggut dan misai. Hahaha.

Apa-apa pun semua yang terjadi dalam hidup aku semuanya telah diatur dan ditentukan oleh Maha Pencipta. Konklusinya, di mana pun kita berada, daripada pelusuk mana pun ilmu dituntut, selagi ia tidak menyalahi hukum syarak ia masih sama saja. Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk menuntut ilmu. Belajarlah dan ambillah segala pengalaman untuk dijadikan bekal dalam kehidupan yang akan datang dan... 
"Sesuatu kejayaan itu bukan diukur melalui berapa CGPA yang anda dapat setelah memperoleh segulung diploma atau ijazah sahaja kerana itu hanyalah permulaan untuk ke jalan kejayaan tapi sesuatu kejayaan itu dilihat daripada bagaimana anda memperoleh kerjaya yang dapat membanggakan kedua ibu bapa, bangsa, agama dan negara dan bagaimana anda mengimbangi kehidupan di dunia dan akhirat." 
..SEKIAN..

p.s: Dunia-dunia jugak, akhirat jangan lupa. ^__-

Saturday, October 29, 2011

Segalanya Tinggal Kenangan (Part 5): Semua Tentang Aku dan Kawan-Kawan Bhg. 2

In the name of Allah the most gracious and the most merciful. Alhamdulillah.. syukur kepadaNya dapat aku kembali meng-update blog aku ni. As I promised, kali ni nak sambung story dengan korang pasal aku dengan kawan-kawan aku.

Kebiasaan manusia akan membuat perception terhadap manusia lain based on apa yang mereka lihat di depan mata atau apa yang mereka nampak dan menilainya through experience. Contoh muka ketat je or tak nak senyum langsung orang akan terus judge dia tu sombong or garang. This is what we call stereotype perception (if I not mistaken. Correct me if I'm wrong). Wahahaha.. Cuba nak refresh apa yang aku dah belajar dalam subjek Human Resource dengan Selling.

Ok ok. Aku jugak tidak lari daripada persepsi orang yang mengatakan aku seorang yang kerek (I dont know how to explain this word) dan sombong. Hahaha.. Dah 21 tahun aku hidup. Sejak dulu lagi mereka akan katakan sedemikian rupa jika tak kenal aku lagi. Tapi kalau dah kenal.. It's common thing right?? Aku jugak perlu mengambil masa yang agak panjang untuk mengadakan skandal  hubungan yang baik dengan classmate perempuan. Mungkin kerana sifat pemalu yang aku miliki ni kot. BUUUEEEEEKKKKKK!!! Kalau dengan lelaki aku takde masalah sangat. Oklah.. Nak cerita panjang lebar pun bosan pulak korang nak baca. Baik aku cerita dengan gambar lagi best-kan (this is how salesman want to attract their prospect by using visual aid. Hahaha..tetiba.).


Ok firstly I would story a bit about my housemates and close friends.

Ini Ajam. Housemate aku. Boleh dikatakan imam dalam rumah sebab dia hafal banyak surah panjang dan sering kali menggunakan hadis dalam apa jua perbalahan. Tapi jiwang habis! Sekali dia dah sangkut dekat satu benda yang buat hati dia jiwang, berulang kali dia akan tengok benda tu. Sigh~


Housemate aku seterusnya ialah Muhammad Bin Ibrahim@Mamat atau nama panggilannya Si Tua sebab dia paling tua dikalangan kami. Based on his experience sebab dah lama hidup dekat muka bumi ini daripada kitorang, banyak problem dia yang bagi solution. Bab study, aku selalu rujuk dekat dia sebab dia smart dalam study. Study betul-betul last minute pun still boleh score. Tak paham aku. Otak apa dia pakai entah.


Next is Shah. Serba serbi tau pasal moto dan seangkatan dengannya. Sangat pandai memasak. Kalau dekat rumah dialah chef kami. Ada majlis-majlis yang kitorang buat yang melibatkan makanan, dia akan jadi ketua chef. Ayam BBQ dia memang awesome. Tak caya tanya dia! Yang tak boleh belah bila dia sembang dengan awek dia dalam phone, suara dia tiba-tiba berubah jadi romantik seromantik-romantiknya. Hahaha..


Pudin. Seorang yang peka dengan keadaan sekeliling, especially yang melibatkan isu-isu semasa. Dia memang up-to-date selalu update tentang information. Dia jugak aku punya rujukan pasal information dekat kampus yang aku tak tau. Selalu busy dengan society


Pae. Bukan housemate aku but we are close. Suka gelak. Benda tak kelakar pun dia gelak. Perangai kadang-kadang macam kebudak-budakan kadang-kadang melebihi umur.   


 Saem. Walaupun baru kenal awal tahun ni tapi disebabkan kitorang semua pergi mana-mana always together, macam-macam kerenah dah aku tengok dia. Hahaha. 


Sufi Akmal@Opie. Kelakar orangnya walaupun dia takde niat pun nak buat kelakar. A boy from Tandop City (korang jangan tanya aku Tandop dekat mana. Aku sembelih karang). Memang tak boleh hilang sleng Kedah dia eventhough dah duduk Segamat for 3 years.


Awieq. Suka berkelakuan seperti kebudak-budakkan. Selalu ditimpa nasib malang. hahaha... Walaupun begitu, dia tetap ceria. Tak paham aku. Huhuhuhu.. 


Sam. Dia ni kalau bab berfesyen no.1. Tapi sikap yang tak suka mengemas merimaskan kawan-kawan. Kadang-kadang bagus jugak dia ni. Kadang-kadang annoying. Hahaha.  Peminat no.1 cerita Korea. Kalau tengok cerita kegemaran dia (Runningman dengan Heroes), memang tak boleh control ketawanya.


Selambi. Seorang yang cool. Master of DOTA (game). Memang gila main DOTA mamat ni. Asal aku datang rumah dia kalau tak tengok dia tidur, mesti ada depan laptop main dota 24-7. Hurrmmmm...


Next akan aku share dengan korang serba sedikit tentang kawan-kawan (girls edition) aku yang lain. Korang mesti akan tertanya-tanya kenapa dorang semua seperti ada korum masing-masing eventhough mereka semua satu kos. Ni la kalau bilangan dah terlampau ramai. Benda biasakan ni AWAK?? 



This is Club 10. Dorang gelar nama group dorang Club 10 sebab terdiri daripada 10 orang wanita yang gedik-gedik comel-comel blaka. Oh, not include the guys at the back. Ahli-ahli Club 10 terdiri daripada dari kiri Hanis, Nurzy, Che Wan, Hayyu, Farain, Ain Bahari, Ayub, Nurul Ain Siti Nurain, Amoi dan Sab. Walaupun nampak seperti unite, mereka jugak kadang-kadang ada conflict sesama sendiri. Benda kecik pun boleh jadi isu. Hahahaha. Girls. Mereka jugak classmate aku.


The girls yang sibuk-sibuk mencapap (aku tak tau nak explain ayat ni) dengan kamera tu adalah budak-budak kelas aku dulu. Di sebabkan aku suka tukar-tukar kelas, mereka kadang-kadang jadi ex-classmate aku kadang-kadan classmate aku. Hahahah..Pening tak?? Budak-budak ni satu kelas jugak dengan Club 10.


There always together. Dari kiri Shima, Bel, Iqa dan Kyra.


Oklah tu, cukup setakat ini. Actually, there have other friends that I did not mention and show their picture. Never mind. To all budak-budak Kelas B dan A yang aku tak tunjuk dalam blog ni, thank you so much. Walaupun aku sentiasa tukar-tukar kelas tapi korang dapat menerima kehadiran aku dalam kelas korang seadanya. Hahaha. Thanks to all yang sudi bekerjasama dengan aku sewaktu membuat assignment. Thank you! Thank you! dan Thank you! 


p/s: Kalau korang nak tau, perempuan dekat kampus aku ni, budak-budak kolej dorang sendiri pun tak kenal.  Satu cara je dorang yang membolehkan dorang kenal budak-budak kolej sendiri. Tunggu kolej dorang terbakar!! Hahahaha...
p/s: Next entry for the konklusi!! Keep in touch yo!!

Wednesday, October 26, 2011

Segalanya Tinggal Kenangan (Part 4): Semua Tentang Aku dan Kawan-Kawan Bhg.1

Assalamualaikum wtb.. What's up readers? How you doing today? Hope everything is fine. Hendaknya hari ini lebih baik daripada hari-hari semalam. Ok, continue dengan cerita aku. Kali ni aku nak share dengan korang pasal aku dengan kawan-kawan aku daripada mula kami masuk belajar hingga sekarang ni (habis belajar). Entry kali ni aku akan selitkan sedikit gambar-gambar (akan menyebabkan entry kali ni panjang sampai ke bawah) kenangan. Hope you'll enjoy it.

Mula-mula masuk belajar memang takde pun sorang kenalan aku. Dari situ aku try to adapt the culture as a university student. Make some friends, gang, BFF to hang-out with and etc. Biasa la, bagaikan budak darjah satu baru masuk alam persekolahan. Dari segi dressed up, attitude dan seangkatan dengannya memang totally out! Hahaha.. Common thing la bro first impression manusia terhadap spesis yang lain. Ada nampak macam geng 77, ada nampak nerd giler dan ada nampak sombong nak mampus. Mari kita tengok gambar kawan-kawan aku di bawah ni.

Ni Iskandar.. Aku panggil dia budak bawah umur sebab dia antara kawan-kawan aku yang lahir pada tahun 1991. Nerd habis bai lu!



Hahaha.. Sumpah kelakar! Pae (3 dari kanan) jugak antara budak bawah umur. Lahir tahun 1991 jugak. Tapi gaya lagak melebihi umur. Yang Khai (tengah) pulak memang tak sangka akan jadi YDP Majlis Perwakilan Pelajar. Siapa sangka kan? Dan aku.. Hahahahaha.. Lawak betul la tengok gambar ni. Jerawat batu penuh dekat muka. ^_^



Mereka ni semua budak-budak kos aku. Dari belakang Irfan, Ja'par (tak sempat habiskan study), Mamat (housemate), Is dan Apoi. Muka semua kebudak-budakan.



 This guys are my friends! Budak-budak DBST (Business Transport). Small but significant (Moto course). Dari belakang yang sengeh kambing Gun, Gary, Awieq (Muka pailang habis masa baru masuk) dan Shah (hahahahahah... Selenge doh muka kau!).



Mereka bertiga adalah classmate aku. Siapa sangka dah besar panjang sekarang ni makin comel. Huhuhuhuh..



Siapa sangka Pudin akan menjadi YDP bagi course aku. Ajam pulak adalah housemate aku dan dialah orang pertama yang aku kenal sebab satu bilik dengan aku masa first-first masuk. Yang membuatkan aku tak boleh lupa ialah style rambutnya yang weird awesome. Hehehehe..



Siapa kenal??? Kalau tak kenal sila terjun lombong!! Tak sangka pulak dia ni model. Hahaha.. Takde rupa model pun masa baru-baru masuk. P/s: sorry Hanis. ^_^



Eh, biasa la tu kan? Baru-baru masuk. Macam budak sekolah baru masuk sekolah. Nerd habis semua. Tapi peredaran masa jugak mempengaruhi perubahan kami semua. Dari segi behaviour, attitude dan of course dressed up. People change la awak!! Tak caya. Mari kita tengok gambar-gambar dekat bawah ni. 


See I told you! Oh, perkenalkan. Yang besar sekali tu AP dan yang senyum lebar tu Yuni. Yang vogue tu pulak our lecturer, Puan Hayati. Memory during lawatan ke Cyberjaya.



Kan saya dah kata. Comel-comel blaka.. Hahaha. Ni masa lawatan ke Melaka.


Kan hensem-hensem semua kawan-kawan aku. Lihat Ajam.. Perbezaan dia dulu dengan dia sekarang. Hahaha. ^_^


Ok, sekarang aku realize yang kau memang model!! Huhuhuhu.. 


Hah, see! Abang Awieq dengan yang tersayang. Comel kan?? Kalau dulu muka bukan main pailang lagi sekarang ni bukan main comel lagi bila ambik gambar. P/s: Buat-buat muka comel. Hahaha.. 


Bergayakan abang Shah kita? Siap ada yang sangkut lagi. Aku je takde lagi. P/s: Promote diri single. Hahahah..


Ok..stop setakat ini dulu. Next entry aku sambung cerita lagi. 

..SEKIAN..

p/s: Sambungan bahagian 2 akan datang. Tungguuuu...

Tuesday, October 25, 2011

Segalanya Tinggal Kenangan (Part 3): Unforgettable Moments

Bertemu kembali kita. Alhamdulillah.. Entry kali ni nak share dengan korang perkara-perkara yang terjadi sepanjang 3 tahun aku belajar.

Of course bermacam-macam perkara dah terjadi sepanjang 3 tahun tu. Ada manis, ada pahit dan ada jugak tawar-tawar air paip. Semua perkara terjadi pasti terpahat dan selalu akan ku ingat sampai bila-bila.

Black-Out
Perkara ni memang aku tak dapat lupa langsung. Masa tu aku masih lagi duduk kolej. UiTM Segamat waktu tu menghadapi krisis ketiadaan elektrik yang agak lama la sampaikan kena sewa lori generator. Waktu tu memang sakit gila. Setiap malam kitorang terpaksa berpanas untuk tidur. Kesiannya masa tu masa test week. Tapi nasib baik masa tu bukan test week aku. Kalau tak silap aku, hampir seminggu jugak la kampus aku mengalami krisis ketiadaan elektrik. Nak tau kisah lebih lanjut boleh klik link ni. http://kasotputeh-story.blogspot.com/2009/10/tennis-dan-pengalaman-2-hari-bergelap.html


Banjir Besar
Masa ni memang perit gila. Masa banjir aku dah start duduk luar. Memang tak boleh lupa pengalaman ni sebab pertama kali jadi mangsa banjir. Boleh dikatakan 80% barang aku rosak. Nak tau kisah lebih lanjut, klik link ni. http://kasotputeh-story.blogspot.com/2011/02/oh-kami-mangsa-banjir.html


Sumbang Pingat Gangsa Untuk UiTM Johor
Sumpah ni pun aku takkan lupakan. Kenangan aku akan aku pahat sampai bila-bila sebab pertama kali aku menyertai temasya sukan antara seluruh UiTM di Malaysia (KARISMA) berjaya sumbang pingat gangsa dalam acara bola sepak. Nak tau cerita lebih lanjut boleh klik link ni. http://kasotputeh-story.blogspot.com/2010/11/best-moment-in-my-life.html



Kawan-Kawan Obses Nak Badan Ketak-Ketak
Aku tak tau pasai apa kawan-kawan aku ni obses nak badan ketak-ketak. Every evening they will do work-out session. Sampai sanggup nak pergi gym. Hahaha. Tapi sampai gym segan nak masuk sebab tengok badan brader-brader gym berketak-ketak. Dorang rasa dorang sangat kerdil masa tu. Makan pulak dorang jaga. Salah sorang kawan aku ni memang sibuk nak badan besar sebab dia kata baru nampak macho. Dia sanggup beli telur berpapan-papan dan memamakannya dua biji untuk dua kali sehari. Pagi dan malam. Hahaha.. Ni semua aku punya cadangan. Tak sangka pulak dia ikut. Tapi belum pun cukup sebulan cara tu dicuba, dia dah putus asa. Bukan dia saja, mereka-mereka yang lain jugak turut tidak sibuk untuk ber-work-out lagi. Warm-warm chicken shit la you alls. Ahahaha.. Aduhai kawan-kawanku. Macam-macam kerenah.


Diganggu Makhluk Asing
Diganggu makhluk asing halus. Yang ni pun aku takkan lupa sebab first time berlaku dalam hidup aku. Aku kena kacau dengan jiran sebelah aka makhluk asing halus. Terpulang kepada korang nak judge cerita aku ni bukan diganggu ke apa lepas baca. Yang pastinya aku memang diganggu. Masa ni aku masih part 3 (semester 3). Tinggal di kolej Taming Sari di level 3. Atau nama lainnya wing 3B. Masa diganggu adalah pukul 3pagi. Kebiasaannya aku selalu ke toilet lewat-lewat begitu sebab tidur lewat. Nawaitunya nak membersihkan muka dan seangkatan dengannya. Tapi kebiasaannya aku pergi toilet time-time macam tu takde la rasa sesuatu yang aneh atau pelik. Malam kejadian tu je aku terasa lain. Mula-mula terdengar seperti ada orang juga sedang menggunakan tandas. Bila di syiasat siasat, tiada sesiapa di dalam tandas tu melainkan aku sahaja. Pintu tandas berulang kali berbunyi. Masih tiada siapa. Hati berbisik untuk menyedapkan hati. Mungkin angin agaknya yang mengganggu. Tengah dok khusyuk menggosok gigi tiba-tiba ada bunyi cakaran yang luar biasa di siling toilet. Kalau tikus atau kucing lain bunyinya. Ini seperti cakaran kuku yang tebal dan diketuk-ketuk siling tu berulang kali dengan kuat. Aku pun apa lagi.. 100km/j la aku lari meninggalkan tandas tu. Untuk kepastian, aku mengajak kawanku menemani aku semula ke toilet. Beranikan diri masuk semula ke tandas tadi. Tapi kali ni lain jadinya. Lampu toilet terpadam dengan tiba-tiba. Aku dan dia mula melakukan larian 100m. Hahahaha.. p/s: penceritaan yang failed!! huhuhuhu..

..SEKIAN..

p/s: For the next entry aku akan share dengan korang semua pasal aku dengan kawan-kawan aku dari mula masuk sampai habis. Keep in touch!

Saturday, October 22, 2011

Segalanya Tinggal Kenangan (Part 2): Apa yang menarik yang ada di Segamat



Assalamualaikum wtb.. Bertemu kembali dalam entri Segalanya Tinggal Kenangan Part 2. Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak share ngan korang apa yang menarik yang ada di Segamat. Maaf akan terlewatan update. Baru sahaja mengharungi minggu yang penuh dengan kepenatan. Seperti yang korang semua tahu, sukan mahasiswa UiTM (KARISMA@UiTM Johor) hampir melabuhkan tirainya pada esok hari (23 Oktober 2011). Aku pulang awal ke rumah kerana tiada apa perlu aku lakukan lagi di sana (Segamat). Psssttt...Kalah awal dah la pasukan bola sepak UiTM Segamat. Ok ok. Teruskan pada tujuan asal.

Kalau ada benda yang tak best mesti ada jugak terselit benda-benda yang best kan?? Di Segamat boleh dikatakan banyak jugak la benda-benda yang interesting. Aku betul-betul start men-explore Segamat bila aku dan kawan-kawan aku dah kena duduk luar. Of course bila dah duduk luar kita akan bebas untuk melakukan segalanya. Tapi berbatas yea. Memang banyak benda kita rasa interesting bila duduk luar, lagi-lagi bila duduk bersama kawan-kawan.

Nasi Lemak Daging Burger
Ada satu gerai di Segamat yang ada menu ni. Aku dengan kawan-kawan aku jadikan gerai tu sebagai hot-spot kitorang untuk makan kalau kitorang tak masak. Boleh dikatakan kerap jugak la aku dengan kawan-kawan aku makan dekat gerai tu. Nasik lemak daging burger memang terbaik. Sambal dia, nasik dia. Perggghhhh...Marvelous. Tapi sedihnya gerai tu dah lenyap semenjak Segamat dilanda banjit teruk setahun yang lepas.

Cendol
Boleh dikatakan kerap jugak la setiap petang atau petang Jumaat aku dengan kawan-kawan pergi makan cendol. Tak perlu nak khuatir sangat sebab dekat Segamat banyak sangat stall yang meniaga cendol yang marvelous. Ni pun boleh dikatakan tempat hot-spot kitorang untuk melepak kalau kitorang kebosanan di rumah.

ABC Makcik Belakang Rumah
Ni jugak tempat melepak kitorang boleh dikatakan setiap petang. Tak perlu bersusah payah, hanya perlu start motor dan jalan tanpa perlu memakai helmet ataupun bawak dompet. Apa yang special tentang stall ABC makcik ni, ABC dia hanya bubuh kacang kisar, cincau, susu dengan sirap je. Lepas tu ada la dia jual jambu, keropok lekor, jajan-jajan dan air berperisa. Setiap petang kalau takde buat apa atau bosan-bosan, salah sorang daripada kami akan ajak pegi makan ABC. Ni jugak tempat hot-spot kitorang untuk lepak-ing dan ber-gossip-ing. Huhuhu..

Traffic-Light/Basikal@Train/Risza/Wa Besah@Mr Crab
Semua nama tempat-tempat ni ada speciallity-nya yang tersendiri. Tempat-tempat makan ni adalah tempat makan yang selalu kitorang prefer untuk makan. Takde tempat lain dah. Ni je hot-spot kitorang.
Traffic-Light- Nama diberi sebab kedai dia betul-betul berhadapan dengan traffic-light. Masakan berkonsepkan ala-Thai. Tukang masaknya semuanya siam. 
Basikal@Train- Nama diberi sebab kat board gerai dia ada tulis Persatuan Berbasikal... (lupa sudah) ataupun train sebab dia berdekatan dengan rail keretapi. Kalau kedai ni selalunya kitorang akan makan bila balik dari kelas. Alang-alang dah lalu depan kedai ni memang singgah terus la. Plus, harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan murah. Hanya dibuka daripada pukul 10pagi hingga 5petang. 
Risza- Dia sederet dengan kedai Basikal@Train. Hanya dibuka pada waktu malam. Disebabkan rumah kitorang takde TV, kitorang selalu datang kat kedai ni sebab nak tengok bola ataupun rancangan yang menarik plus pelayan dia adalah anak gadis (pandai betul pakcik tu tarik pelanggan). Hahahaha.. 
Wa Besah@Mr Crab- Aku pun tak tau kenapa aku ngan kawan-kawan aku suka sangat makan dekat kedai ni setiap malam. Mahal satu hal, kurang sedap pun satu hal. Mungkin tempat dia kot yang strategik dan sedap mata memandang. Takpun tuan kedai dia pakai pelaris. Tuan kedainya digelar Mr Crab sebab asal kitorang makan dekat situ je mesti dia suka kira duit. Hahaha..

Sebenarnya banyak lagi benda yang menarik yang ada dekat Segamat. Apa yang telah aku ceritakan tu adalah sebahagian sahaja dan itu yang paling menarik untuk dikongsikan bersama. Ok on the next entry aku akan ceritakan perkara-perkara atau kisah-kisah menarik yang pernah berlaku sepanjang 3 tahun ni. Insya-Allah..

P/s: UiTM Johor sejak semalam masih lagi di kedudukan ke-2 dengan 5 emas. Sekarang tak tahu. Masih menunggu keputusan. 

..SEKIAN..

Monday, October 10, 2011

Segalanya Tinggal Kenangan (Part 1): Segalanya Tentang Segamat



Ya Allah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Yang telah memberi rezeki kepada semua manusia di muka bumi dan yang lebih mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah pun berakhir final exam aku. Maka itu berakhirlah pengajian aku sebagai pelajar diploma jurusan Pengurusan Perniagaan. Insya-Allah.. Apa yang terjadi sepanjang 3 tahun pengajian aku di UiTM Johor Kampus Segamat mungkin sudah lama tercatat di dalam buku kehidupan aku yang penulisnya adalah Dia Maha Pencitpa. Apa yang belum berlaku, bakal berlaku dan telah berlaku dia sahaja yang tahu. Mungkin inilah perjalanan aku yang telah ditetapkan. Tetapi masih jauh lagi perjalanan aku untuk mencapai kejayaan selagi ajal belum menjemputku. Apa yang harus aku lakukan hanyalah terus berusaha, berdoa dan berserah kepadaNya. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya Dia yang menentukan. Eh, dah lah. Panjang pulak muqadimah aku ni. Memandangkan aku dah pun menamatkan pengajian aku (walaupun belum secara rasmi), aku ingin sekali berkongsi cerita aku dengan korang semua sepanjang pengajian aku kat UiTM Segamat.

Segamat,
Macam-macam persepsi orang sekeliling berkata tentang Segamat sebelum aku masuk ke situ. Tempat jin bertendang la, susah nak keluar ke bandar la, kiri kanan penuh hutan la dan macam-macam lagi pandangan negatif. Positifnya sikit je. Tapi takpe, aku gagahkan diri jugak nak pergi ke sana. Yela, bukan senang nak dapat tawaran masuk universiti ni memandangkan result SPM aku takde la bagus sangat plus aku sanggup tinggalkan career untuk main bola sepak (macam la main Malaysia) aku semata-mata nak sambung study. Ayah ada cakap, "Ala, takpe Ngah. Dekat U nanti boleh main bola jugak.". Alhamdulillah, syukur sangat ada parents yang selalu support aku.

Hey, Segamat taklah susah sangat nak menjalani kehidupan seharian seperti mana yang digembar-gemburkan tu. Cuma perlu tahan sebab susah nak cari tempat entertainment because takde tempat untuk lepak-ing macam Mid, OU, Pertama ataupun TS (Ini pun bukan cara dan tempat aku untuk ber-entertainment). Mungkin aku bukan dalam kalangan orang-orang loaded kot sebab tu tak kisah. Aku hanya mengambil masa sebulan dua je untuk sesuaikan diri. First datang situ merungut jugaklah sebab nak pergi town bukan main payah lagi. Nak kena tunggu bas depan pagar UiTM, nak naik bas kuning (provide by UiTM Segamat) kena bayar RM2 (kalau tak salah la) ataupun nak cepat naik teksi sapu. Dekat bandar Segamat pulak takde apa yang menarik pun. Takde pun tempat nak tengok wayang dan sebagainya. Nama je bandar tapi taraf masih pekan lagi. Lebih kurang macam tu la. Yang ada hanyalah pasaraya-pasaraya (Giant, Billion, Mirwana, Upwell) biasa je. Tak lupa Mcd, KFC, Marrybrown dan McDota sebagai penghias bandar Segamat tu. Wait a minute. McDota???

McDota
Cerita pasal McDota ni konsep dia sama seperti konsep fast food restaurant yang lain cuma nama dia je ala-ala McDonald sikit. If I'm not mistaken, dia hanya terdapat di Segamat je dan sepanjang aku hidup dekat Segamat tu, tak pernah aku jejak kan kaki dekat dalam McDota restaurant tu. Kedai tu sampai sekarang tak bungkus-bungkus lagi. Mungkin masyarakat dekat situ masih dapat menerima McDota kot kan? Hahaha.. McDota McDota..

Bowling
Tak ketinggalan juga Segamat jugak ada pusat bowling (sekarang dah lingkup). Cuma pusat bowling dia berkonsepkan di dalam gudang bukannya seperti pusat-pusat bowling lain macam dekat tempat korang tu yang ada dalam shopping-shopping mall. Aku hanya sekali je menjejakkan kaki dan bermain bowling sepanjang 3 tahun kat Segamat. Yang menyedihkan segala-segalanya dikawal manually. Daripada nak key-in nama players hinggalah nak key-in score. Semuanya orang dekat kaunter yang monitor. Hahaha. Kesiankan. Tapi aku tak kisah sangat sebab aku tak minat langsung pun main bowling.

Oklah, mungkin sampai situ je kot aku nak kongsi dengan korang. Cerita panjang-panjang karang korang tak nak baca. Next entry aku share ngan korang apa yang interesting (jangan ingat Segamat takde benda yang interesting eayh) dan apa yang selalu aku dengan kawan-kawan aku buat bila nak entertainment dekat Segamat.

..SEKIAN..