Tuesday, February 22, 2011

Susah Ke Nak Sebut A-F-I-F??







Susah ke nak panggil nama aku AFIF? Pelik laaa dengan kawan-kawan aku ni. Hahaha.. Suka hati je nak panggil nama aku dengan gaya tersendiri. Ada member aku mengadu dekat aku dia cakap nama aku payah nak sebut sebab banyak F. What the F... hahaha. Banyak apa bendanya, dua huruf je kot. Nak katakan dia takde gigi depan ada pulak. Kalau takde gigi depan, maybe boleh consider lagi kot. Yela, takut nanti asal nak panggil nama aku je, tersebur air liur keluar. Habis basah abang ni hah.. (^_^) Kalau pakai gigi palsu tanpa memakai Polydent jugak aku boleh terima. Mesti la, gila ke. Karang tak sempat nak habiskan panggil nama aku, gigi palsu dia dah tercampak masuk dalam mulut aku. Hah, kan parah tu..


Entry sebelum ni aku pernah cerita kisah disebalik terjadinya nama aku. Kalau nak baca korang boleh klik link ni 'Kisah Di Sebalik Nama'.


Ok, terus dengan perbincangan kita tadi. Hah, ada pulak member aku panggil aku APIP. Pandai-pandai dia je tukar huruf F jadi huruf P kan?? Adoii... Teringat pulak kisah dulu-dulu masa aku sekolah rendah. Member-member dekat kawasan perumahan aku panggil aku APIT. Alahai... Lepas tu ada pulak jiran aku panggil aku Boboy. Perggghhhh...benci doh dengan nama panggilan tu. Hahaha.. Tapi apa kena mengena nama aku dengan Boboy?? Takde pembayangan langsung! Ni yang buat aku kehairanan sampai sekarang. Persoalan kenapa dia panggil aku Boboy masih lagi bermain difikiran ku (tipu je..). 


Walau bagaimanapun aku mahu tegaskan disini bahawa nama aku tidak la susah untuk disebut. Ada lagi nama yang susah nak sebut kot. Ada la kot?? Korang boleh search la dekat Google. Aku percaya nama aku tak tersenarai di antara nama paling susah nak sebut tu. Huhuhu..


What ever it is, I don't care if they want to call me any name as long as dorang tak panggil aku dengan nama yang hina. Lantak pi la depa nak tukaq F tu jadi P ka, nak terbalikkan ejaan dia ka. Aku tak kisah. Asalkan jangan panggil aku hoi ke, balaci ke, pencacai ke sudah laaa... Semua benda ni akan menjadi satu kenangan yang manis satu hari kelak. Cayolah! 


..SEKIAN..

p/s: ala brader ni, pasal nama pun nak jadi isukan?? Hahaha..

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Kawan-Kawan




Ini kisah berlaku ke atas diri kawan aku. Mungkin kelakar sebab aku dengar cerita beliau pun hampir lemas aku gelak. (^_^) Aku harap korang pun akan mengalami perkara yang sama, bahkan lagi teruk daripada itu. Hahaha..

Ceritanya berlaku semalam (15 Februari 2011) sewaktu kawan aku S*** mahu pulang ke rumah selepas habis kelas. Dia menelefon kawan aku sorang lagi O*** untuk mengambilnya pulang. Hampir setengah jam tunggu, si O*** pun datang dengan bergaya sambil memberhentikan motonya di hadapan S*** dengan berkata...

O: Hai, abang hensem mau pegi mana? Mau tumpang ka?
S: O***, helmet aku mana??

Si O*** terkedu seketika... Mungkin di memikirkan sesuatu agaknya.. 

S: Macam mana aku nak balik kalau kau tak bawak helmet?

Lalu si O*** pulang begitu saja. Ahahahaha... Kesian kawanku. Mahu pulang awal tetapi akhirnya kawan pulak buat hal. Nak ambil member naik moto tapi terlupa nak bawak helmet spare. Dasyaaaaatttttt!!! Mungkin dia terlupa agaknya yang kenderaan yang dia naik tu moto. Alahai... 

..SEKIAN..

p/s: sumber cerita adalah daripada orang yang mengalaminya. Semuanya adalah benar belakar. Dialog di atas ada unsur-unsur penambahan sedikit untuk menyedapkan penceritaan. (^_^)

Tuesday, February 8, 2011

Oh Kami Mangsa Banjir

Aku sudah merasa bagaimana rasanya menjadi salah seorang daripada mangsa banjir. Segamat dan kawasan-kawasan sama waktu dengannya, seperti yang semua sedia maklum telah dilanda banjir besar baru-baru ni. Emmm...aku rasa kalau aku nak cerita tanpa menunjukkan gambar-gambar pun macam tak feel pulak nanti kan.. Korang tengok je la gambar-gambar ni nanti. 


Ini kawan aku yang sedang memerhatikan keadaan jalan yang menghubungkan rumah kitorang ke kampus.

Owh, apa yang sedang difikirkan kawan ku sorang ni?? Mungkin tengah pikir macam mana nak pergi kelas kalau keadaan macam ni?? Atau mungkin sedang membayangkan keadaan jika ia berlarutan sampai seminggu. Maknanya tak payah pergi kelas selama seminggu.
.
..
.
.
.
.

.
.
.



Wuih, pakcik. Sompat lagi menjalo ikan. Banyak ke dapat??



Hah, yang ni laa bukan rumah aku dengan kawan-kawan aku duduk. hahaha..ni rumah sape-sape entah. Kesian awak tengok keadaan rumah ni. 90% air. 

Nak tengok keadaan rumah aku dan kawan-kawan??
.......
......
.....
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADAAAAA!!!

Ni baru kawasan luar rumah.. Mari kita lihat bahagian dalam pulak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TADAAAA!!! 
Lihatlah televisyen ku. Sadis sungguh keadaan beliau. Mungkin kematian beliau agak dramatik sikit. (^_^) Sedeh weayh, tak dapat tengok telebeseennnnn!!! UUuuuuuu~



Ni keadaan moto member aku. Sadis jugak laaa.. Kalah moto rally.




 Si Sanat ni mungkin tengah pikir dari mana nak mulakan proses mengemas



  
Hah, bertaburan barang-barang. Bola 2 bijik tu elok-elok ada dekat dapur, sampai kedepan dia swimming. Ishk ishk ishk... Nampak kotak putih tu. Dalam dia ada speaker aku yang selalu aku buat tengok muvi. Jahanam sudah. Mungkin masih boleh diguna pakai tapi selepas salah seorang ahli rumah kami terkena renjatan elektrik la kerana cuba memasangnya. Hahahaha..




Keadaan dapur di rumah kami. Seperti laki bini baru lepas berperang. 


selepas 3jam..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


TADAAAA!!!
Tiada lagi kotoran degil..




.
.
.
.
.
.
.



Well done guys!! Ni la pekerja-pekerja aku! Eh, maksud aku, kawan-kawan yang bertungkus-mulus membersihkan kotoran degil. Kamilah Team Cuci!!


Eh, sapa kata dah settle?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Masih ada lagi kerja-kerja yang perlu dilakukan. Kerja-kerja di bahagian luar rumah ni kitorang lakukan pada keesokan harinya. Kitorang berhenti seketika untuk beri laluan kepada perlawanan EPL. Chelsea Vs Liverpool.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hahaha..selesai suda. Baru la boleh nak ambik gambar ke apa ke.. (^_^) 


Kerja pembersihan di depan halaman rumah. Ehem, nampak yang pakai baju merah tu? Kepada fans chelsea, jangan la kerana tengok gambar ni korang jahanamkan laptop or desktop korang. Hahaha..

..SEKIAN..

p/s: Hulurkan la bantuan kepada mangsa banjir terutama kami ni hah.. Sian lah hai.. Hehehe..

Tuesday, February 1, 2011

Message Berantai Lebih Bahaya





Dah lama dah aku nak ulas tentang isu ni, sekarang ada tergerak hati untuk melakukannya. Mungkin dah agak terlambat kot kan? Takpe nak ulas jugak! Sebelum aku mencarut lebih lanjut, aku nak korang tau segala apa yang aku tulis ni adalah berpandukan pendapat dan pemikiran aku yang tak berapa nak bijak ni sangat. Jika korang tak berapa nak setuju dengan entry kali ni, boleh jumpa kat simpang (tinggalkan comment).


Korang mesti selalu terima message berantaikan? Oh, bukan surat yang korang dapat dalam dia ada rantai kaki tu. Message berantai yang korang dapat pastu korang kena send-kan dekat orang lain. Macam-macam style message berantai ni kita dapat. Ada yang kuak lentang, gaya bebas, gaya kupu-kupu. Hahaha.. Ok serious serious! Ada yang ke arah kebaikkan, ada yang ke arah nak pekena orang dan banyak lagi. Tapi tahu tak anda, sesetengah message berantai yang dihantar yang lebih ke arah kebaikan adalah lebih bahaya bahkan lebih bahaya daripada harimau berantai mahupun orang gila yang dirantai. 

"Qiamat sudah makin dekat...bla..bla..bla..bla.. Jika tidak sebarkan message ni kepada 10orang, anda mungkin ditimpa bala daripada Allah SWT."
Mesti korang selalu terima message berantai seperti inikan? Kalau dilihat secara mendalam memang la bagus mereka hantar message sedemikian rupa. Tujuannya bagi mengingati sesama umat tapi...aku tak sokong la ayat message yang last tu. 'Jika tidak sebarkan message ni kepada 10orang, anda mungkin ditimpa bala daripada Allah SWT'. Adakah Allah menurunkan bala hanya kerana tidak hantar message kepada 10 orang??

Jimba: Let's think positive la bro. Kite nak berpesan-pesan kepada kawan-kawan. Kalau tak jalankan memang la Tuhan bagi bala. Kan ke bagus message macam ni.
Brader: Aku setuju dengan kau bab berpesan-pesan kepada kawan-kawan tapi sampai Allah nak turunkan bala hanya kerana tak sebarkan message ni kat 10 orang, aku tak setuju. Takut nanti mereka akan terpesong. Jahanam akidah kita bro. Cube lu bayangkan eayh kalau kite selalu dapat message ni, pastu pesanan last die ade yang suruh kita sebarkan, kalau tak sebar akan ditimpa musibah. Tapi kalau sebarkan akan dapat manfaat. Tak ke dorang akan percaya bende-bende ni bro? Dorang akan percaya yang dorang akan dapat something jika hantar message tu. Percaya 100 percent. Kalau macam tu, tak payah la solat. Tak payah buat amal. Hantar je message-message macam ni.
Hah, korang dapat tak apa yang cuba aku sampaikan melalui perbualan di atas. Ini adalah salah satu cara bagaimana mereka (yang tidak bertanggungjawab) mahu merosakkan akidah kita tanpa kita sedari. Jika korang masih ragu-ragu dengan semua ini, tidak mengapa. Di Malaysia ramai ahli-ahli agama yang berilmu tinggi. Tanya saja mereka tentang hal ini. 


Last but not least, message sebegini tidak salah sebenarnya kalau korang nak hantar dengan niat mahu mengingati sesama manusia, tapi kalau boleh buang la ayat yang last tu. Kalau Tuhan nak bagi bala, bukan kerana tidak hantar message je awak, tapi kalau dalam sesuatu negeri tu punya ulama dan maksiat bertaburan, ulama pula tak berpesan-pesan, bala boleh turun jugak awak. Kalau Tuhan nak bagi rezeki tak payah nak buat amal melalui message, bersedekah selalu dekat masjid pun sudah dapat.


..SEKIAN..
p/s: Renung-renungkan..