Friday, January 29, 2010

Kalaulah...


Kalaulah nak kahwin tu ikut harga pasaran barang entah macam mana la eayh? Dapat tak korang bayangkan macam mana? Hahaha.. "Kenapa Afif? Kenapa tiba-tiba cakap pasal kahwin." "Bukan apa awak, teringat masa dekat kelas Macro hari tu. Lecturer ada cakap pasal kahwin ikut harga pasaran barang." "Ni kes dah takde idea nak post apa la nikan?" "Betul tu! Hahahahaha." Sebelum aku mula mengarut lebih lanjut, apa kata korang change sendiri ayat-ayat 'harga' tu sebagai hantaran kahwin sebab nanti takut tersalah tafsir pulak.

Ok, dah dapat gambarannya belum korang semua. Aku dah dapat sikit-sikit dah. Hahaha. Pantas dan efficient-nya Afif Ahnaf ni! Mesti la. Bab-bab kahwin ni memang cepat saya berfikir awak. Hahaha. Gurau! Gurau! Kalaulah nak kahwin tu ikut harga pasaran memang sakit dan huru-hara la kot jadinya kan? Mana tak huru-hara, cuba korang bayangkan harga boleh mintak diskaun dekat bakal mentua. Pastu, kalau dah situasi tu berlaku of cause akan berlaku tawar menawar betul tak. Mungkin conversation yang biasanya hanya berlangsung 3 4 jam akan jadi 3 4 hari (proses meminang). Yela, kena fikir la patut ke bagi diskaun, nak letak berapa harga, relevan tak harga tu dengan pasaran sekarang dan sebagainya. (^_^)

Seterusnya, harga untuk pasangan yang nak dipinang tu telah ditetapkan oleh parent mengikut grade dan kualiti. Jangan salah faham ye. Maksudnya disini, kalau anak perempuan dia ada diploma ke, ijazah ke, belajar dekat luar negara ke ataupun seorang doktor atau setaraf dengannya, dia punya harga lebih mahal sikit. Kalau macam tu, ramai la wanita-wanita bakal doktor dan setaraf dengannya lambat kahwin. Hahaha. Yela, kalau si lelaki tu kerja biasa-biasa je, gaji pulak tak sampai 10K tak ke lama nak menunggunya untuk meminang. Tapi bagus jugak buat kaum adam. Biar dia bersemangat sikit untuk belajar rajin-rajin dan mencari pekerjaan yang dapat mendatangkan hasil yang lumayan jika nak dapat pasangan yang A-Class (nasihat untuk diri sendiri jugak).

Point yang terakhir pulak, akan pack la tarikh di hujung tahun dengan KENDURI! KENDURI! KENDURI! Kenapa pulak? La, awak ni. Of course la. Kata kahwin
ikut harga pasaran. Selalunya hujung tahun kan selalu ada 'Y-E-S'! Apa pulak Y-E-S tu? Y-E-S tak tau? 'Year End Sale' la awak. Hah, masa tu kalau kahwin mesti murah sikitkan? So, semua pasangan sibuk la nak kahwin hujung tahun. Hahahahaha.

Tapi kalau diperhatikan dan dilihat secara berhemah (???) sekarang ni memang kahwin ikut harga pasaran pun kan? Yela, barang-barang hantaran tu takkan tak ikut harga pasaran. Sekarang ni makin maju negara, makin banyak la barang-barang yang akan naik. Uishh, kalau sekarang ni pun perbelajaan untuk kahwin paling cikai pun 20K termasuk hantaran, macam mana la masa aku dan rakan-rakan sebaya aku nak kahwin nanti. Ishk..ishk.. Dunia dunia!

..SEKIAN..

p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, January 22, 2010

Rasa Sendiri

Korang! Korang! Korang pernah merasa tak pengalaman kena tindih dengan makhluk lain. Uih, bunyi macam seram je kan? Siapa yang baca entry ni di kala malam hari sila pastikan anda tidak keseorangan ye atau pastikan anda ada teman. Kalau takde saya pun boleh teman. Hehehehe... Ok serious sikit. Sebelum ni aku hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan je. Tapi kali ni aku merasai sendiri benda tu. Serious awak. Tak tipu! Ni cerita betul. Bukan direka-reka atau ditokok tambah. Ok aku akan cerita lebih detail.. Baca tau!

Kejadian ini berlaku pada 20 Januari 2010, bersamaan hari Rabu atau bahasa saintifiknya Wednesday. Pada hari tu, aku berasa sangat penat. Entah kenapa dan apa puncanya pun aku tak tau. Mungkin banyak sangat buat kerja kot? Eh, tak jugak. Entah la awak. Ok continue balik. Kalau dah penat, of course la kita tidur kan? Itu pun yang sebaik-baiknya. Seawal jam 9, aku terus tersungkur atas katil member aku yang berada di katil bawah. Tidur punya tidur, sedar-sedar dah pukul 12 lebih. Aku terus bangun sebab teringat belum lagi solat Isya' (Ceh, baik sangat la tu). Lepas solat Isya' aku cuba jugak nak tidur balik tapi tak dapat de jep. Hahaha. So, apa aku buat? Senang je awak nak bagi mengantuk balik. Baca buku. Hahaha. Aku baca buku yang bertajuk 'Yakjuj dan Makjuj' yang aku beli daripada tahun lepas sampai sekarang belum lagi khatam. Lebih kurang 30 minit, mata aku dah mula berat balik dah. Kan! Senang je kan nak bagi mengantuk. Tak sampai 5 minit, aku dah terlelap dah (macam mana aku boleh kira time plak ni?).

Korang nak tau tak, masa tidur tu aku telah bermimpi suatu yang menyeramkan. Aku telah bermimpi aku lepak dengan kawan-kawan aku dekat bawah kolej aku. Aku tak pasti pukul berapa sebab tengah mimpi kot. Hahahah. Ok, lepas lepak dengan dorang semua aku naik semula ke bilik aku. Masuk-masuk je member-member aku yang aku lepak tadi tengah sedap tidur. Terus aku tersedar daripada tidur. Masa ni la awak perkara yang tak diingini tu berlaku ke atas diriku ini. Seluruh tubuh aku kebas dan tidak dapat bergerak, nafas pula tersekat di kerongkong dan hati mula berdebar-debar. "Apa dah jadi ni? Apa dah jadi dengan aku. Kawan-kawan tolong aku. Aku tak dapat nak bergerak", itu lah yang sempat aku sebutkan di dalam hati. "Adakah situasi sebegini yang berlaku jika di tindih? Dorang cakap bila di tindih akan nampak makhluk tu berbulu lebat di atas badan kita?", sempat juga aku melintaskan persoalan itu dihati. Alhamdulillah, aku tidak dapat melihat makhluk itu. Mulut keras untuk menyebut kalimah Allah mahu pun perkataan-perkataan lain. Perkataan-perkataan itu bagaikan tersekat di kerongkong. Aku cuba berkali-kali tetapi tidak terdaya. Hati aku dengan tiba-tiba laju menyebut kalimah 'subahanallah' sebanyak 5 kali. Dalam 10 hingga 15 saat aku kembali normal.

Ya Rabbi! Betul ke semua ini berlaku atau sekadar mimpi. Subahanallah! Aku memang betul-betul merasai kejadian ini. Melihat jam di hanset baru sahaja pukul 2 pagi. Aku melihat di sekeliling dengan masih lagi membawa perasaan takut dan tak percaya. Kawan-kawan yang lain sedang nyenyak tidur dan berdengkur. Ya Allah, aku telah merasai sesuatu pengalaman yang mungkin akan aku ingat sampai bila-bila.

Disebalik suatu kejadian Allah pasti ada hikmahnya kan?

..SEKIAN..

p/s: Cukup la sekali saja aku merasainya..

Friday, January 15, 2010

Setuju atau Tidak 2

Setuju tak korang kalau aku kata lelaki lagi rajin daripada perempuan? "Tak sejutu!", kata kaum hawa! Of course lakan. Mana dorang nak mengaku. "Kami setuju!", kata kaum adam. YEAH! Hehehehe... "Apa bukti yang mengatakan lelaki lagi rajin daripada perempuan?", kata kaum hawa lagi. Ala, awak ni sudah kentut buat-buat tak tau pulakkan. Banyak la buktinya. Semua dah jelas, nyata dan tidak syak lagi! Saya baru baca tadi ma (Afif kalau bab-bab auta memang terbaek! Bila masa entah aku baca).

Kenapa aku cakap lelaki lagi rajin daripada perempuan? Korang tengok, selalu yang keluar malam-malam siapa? Kebanyakannya lelakikan?

Girls Power: U nak pegi mana malam-malam macam ni?
Boys Like Girls: Ala u ni.. Nak tengok bola dengan kawan-kawan I la. Malam ni match penting.
Girls Power: Rajin betul U kan? Padahal dekat rumah boleh tengok kot?
Boys Like Girls: Tengok dekat rumah tak feel. Jom la ikut.
Girls Power: Malas lah!

Nampak tak tu? Nampak tak? 'Malaslah' je yang dia jawab? Memang malas betul. Lagi satu bukti ialah bila ada assignment atau apa-apa jua kerja perempuan mesti suka buat awal-awal tetapi berbeza dengan lelaki. Diorang lebih suka buat last-last minute. Kenapa?

Girls Power: Malas la nak tangguh-tangguh kerja.
Boys Like Girls: Rileks sudah. Buat last-last minute secara automatik kita akan jadi rajin tau!

Hah, nampak tak tu? Nampak tak? Kaum adam ada cita-cita nak jadi rajin. Tak cukup bukti lagi ka? Nak lagi bukti? Boleh, takde masalah la awak. Kalau petang-petang dekat padang permainan kita boleh tengok ramai kaum-kaum adam sedang sibuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh? Mana kaum hawa?

Girls Power: Malas la awak nak keluar. Lagi pun petang-petang macam ni duduk rumah tengok cerita drama kat TV lagi best.
Boys Like Girls: Bukan awak ke yang cakap nak turunkan berat badan? So? Kenapa tak keluar berjogging ke, main kejar-kejar dengan anak jiran ke, main baling selipar ke. Keluar la sikit peluh tu kalau buat semua tu.
Girls Power: Ala, sekarang banyak produk yang dapat turunkan berat badan la awak. Buat apa nak risau.

Ishk ishk ishk! Tengok tu. Malas betulkan? Susah sangat ke nak ajak anak jiran main kejar-kejar? Kalau segan, pergi je cari rumah jiran korang yang ada bela anjing. Pastu bukak pagar rumah dia, bukak rantai dia dan kacau dia sampai dia kejar korang. Pastikan anjing tu anjing 'Bulldog' atau anjing polis yang ganas, baru la tak cukup tanah korang lari nanti. Dengan cara tu bukan saja dapat turunkan berat badan tapi jugak dapat turunkan jantung dan paru-paru korang ke bawah. Hahahahah.. Padan muka. (^_^)

Tak cukup lagi bukti? Nak lagi? Kalau nak lagi, korang cari la sendiri. Aku pun dah takde idea dah nak hentam apa. Hahahahahaha... Ok la, secara serious-nya, perempuan dan lelaki masing-masing ada sifat malas dan rajin. Tak semua benda kita rajin dan tak semua benda kita malas. Kalau semua benda kita rajin siapa nak jadi malas? Kalau semua benda kita rajin, pasti benda yang tak elok pun rajin je kita buat. So, hidup ni mesti la ada variety baru la hidup nampak berwarna-warni. Macam kain putih bila kita mewarnakannya dan kita asyik guna warna sama je mesti lama-lama kita akan jadi
bosan. Betul tak?


..SEKIAN..

p/s: Jangan marah ye kepada sesiapa yang terasa. Tiada niat pun. Hanya sekadar senda gurau.

Friday, January 8, 2010

Kalau sebelum ini hari jadi kawan-kawan kita, kita sangat suka prank si empunya tarikh lahir itu, kali ni aku rasa sendiri bagaimana perasaan mereka bila kena. Ya, pada hari Khamis tepat jam 12a.m. bersamaan 7 Januari 2010 (my birthday) aku dikenakan oleh kawan-kawan (kenapa aku???) dengan melemparkan telur dan tepung ke arah anggota badan aku. Pada mulanya aku memang tak sangka benda ni akan berlaku pada aku. Patutnya dorang bagi la aku kereta sebijik ke, teddy bear ke (Afif? Are you ok?), kilang coklat ke (melampau sangat tu!). Ni tak, telur dengan tepung yang dorang hadiahkan. Aku ingat dorang lupa dan tak akan kenakan aku macam kawan-kawan aku kena sebelum ni. Ternyata sangkaan aku meleset, terpesong dan tersasar sama sekali. Dorang memang dah plan baek punya dari awal lagi. Ok la, aku cerita la dekat korang apa yang terjadi pada malam tu dari awal sampai habis. Tapi korang jangan la baca sampai tertidur pulak eayh? Penat saya taip awak.

Jam 8p.m- 6 Januari 2010
Aku bersama 4 orang lagi rakan iaitu Opie, Shah, Awieb, dan Bidan keluar pergi ke bandar Segamat dengan nak celebrate birthday girlfriend si Shah dekat Pizza Hut. Tepat jam 8.45p.m kitorang sudah sampai sekitar bandar Segamat. Mana taknya, tempat tak booking lagi, kek tak beli lagi. Korang tau tak, malam tu aku jadi sangat blank dan blur tak pasal-pasal. Tak tau la kenapa. Nak dipendekkan cerita, lepas siap makan dan potong kek semua, kitorang gerak balik dalam pukul 10.45p.m. Sangat kenyang malam tu. Ter-over-dos makan pulak. Terima kasih la Shah eayh kerana sudi belanja kitorang tak pasal-pasal. Padahal nak celebrate birthday girlfriend je. Hahahaha.

Jam 11.55p.m
Perasaan bosan mula menyelubungi diri tak pasal-pasal. Macam-macam cara aku buat untuk hilangkan bosan ni termasuk la bergolek-golek di atas meja study
sambil menyanyikan 10 buah lagu hit. Hehehe. Still jugak bosan tu. Adoi! Tiba-tiba aku teringat pulak nak basuh sweater aku yang terkena sos masa makan tadi. Macam mana la Afif ni. Makan ikut baju ke ikut mulut? Sebelum pergi ke bilik air, aku singgah kejap dekat bilik Ajam. Masuk-masuk je, aku tengok member-member syok punya entertainment. Menari la, apa la. Apa lagi, takkan aku tengok je. Of course aku join sekali. Tak cukup dengan tu, aku kacau lagi member-member aku. Dengan berus di tangan, aku berus mereka semua dengan senang hati. Hahahah. Habis je berus sweater, aku balik bilik balik. Tapi perasaan bosan tu macam tak reti-reti je nak belah. Aku pun bengang, aku pergi balik ke bilik Ajam. Member-member aku mesti tengah heaven (seronok) lagi. Tapi kali ni aku masuk rasa pelik sedikit sebab bila aku masuk je, dorang semua senyum-senyum beruk dekat aku. Aku dapat agak satu disaster akan berlaku malam ni. Tiba-tiba..

YEAH! IT'S PRANK TIME BABEH!! Apa lagi, dorang semua heret aku bawak masuk bilik air arr.. dalam tu semua bahan-bahan sudah tersedia rapi. Meronta-ronta aku cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya.

PRAP! PAP! PAK! PEK!

Berubi-tubi telur dan tepung dilempar ke arah aku. Malam tu aku dah macam kek bergerak dah. Habis je dorang buat kerja-kerja mengotorkan aku tu, apa lagi. It's time to main kejar-kejar pulak. Satu kolej aku kejar dorang. Menggelupur dorang lari. Happening gila malam tu kitorang berkejar-kejaran sampai pukul 2 pagi pun kitorang tak sedar. Korang tau tak sebelum dorang nak kenakan aku tu, banyak hint-hint dorang dah bagi tapi aku boleh tak perasan. Antaranya:
  • Sebelum menunggu girlfriend Shah dengan member-membernya datang, Opie dan Bidan pergi beli rokok sebentar dekat pasar raya yang berdekatan. Pada mulanya aku memang nak ikut dorang dah tapi tiba-tiba je aku terasa malas pulak. Bila dorang balik dari beli rokok je, dorang menelefon Awieb suruh dia bukak bonet kereta. Buat apa? Dorang nak letak telur dalam bonet tu la awak. Peliknya, boleh pulak aku tak nak check dalam bonet kereta tu.
  • Waktu makan dekat Pizza Hut tu, Opie ada bagi tahu aku suruh aku makan banyak-banyak sikit sebab malam ni nak guna banyak tenaga. Aku tanya la kenapa. Dia boleh cover baik punya cakap, "Yela, jap lagi nak naik tanggakan. Bilik kitakan dekat tingkat 3."
dan banyak lagi la awak hint yang dorang bagi. Sebab aku sengal sangat malam tu, aku boleh tak perasan semua benda tu. Entah-entah dorang dah baca-baca ayat masa aku makan pizza tadi tak. Paling aku tak boleh lupa, sebelum aku nak balik bilik tidur, dorang semua ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday untuk aku. Terima kasih korang.

Walaupun bukan hadiah yang bernilai ratusan atau ribuan ringgit yang diberikan, namun cara sebegini rupa sudah cukup berharga bagi aku. Thank you to all my friends! To Awieb, Bidan, Shah, Opie, Mat Nor, Arai, Karjo, Sam, Ajam dan Acab terima kasih sangat-sangat sebab berjaya mengenakan aku. Thanks jugak kepada yang menghantar sms untuk wish birthday aku. Along (orang pertama wish birthday), Alang, ibu, ayah, Jamal, Iqa, Syakira, Nurika, Anis Zalikha, Ain, Farain, Nur, Pna dan kawan-kawan yang lain yang aku tak mention nama dia. Thank you very much!

..SEKIAN..

p/s: 7 Januari kali ini adalah kenangan yang paling berharga dan terindah buat diri ini.

p/s: I'm already 20 years old. I don't belieeeevvvveeeee this!

Sunday, January 3, 2010

Tahun Baru, Sem Baru, Azam Baru

Macam mimpi je bila dah berada dekat UiTM Segamat ni. "Eh, betul ke aku dah dekat kampus ni? Bukan semalam aku lepak dengan member-member aku tengok bola ke?" Aku cuba menyepak muka aku sekuat mungkin selama sehari (tipu la tu) tapi ternyata memang aku sudah berada di kampus. So, apa yang patut aku buat sekarang? Kita enjoy la awak. YEAH! Hahahahah. Aku rasa semester kali ini best sikit la daripada semester sebelum ni. Kenapa? Sebab bilik yang aku dapat sangat-sangat menceriakan. Kalau sebelum ni aku dapat bilik yang macam tempat sarang penagih dadah dan reban ayam, tapi kali ni bilik yang aku dapat bersemangat la jugak aku nak stay bilik tu. Hahahaha.

Mesti korang jelous tengok bilik aku macam nikan? Ni la bilik aku dapat (dalam mimpi jela). Wiush, kalau la bilik aku macam ni, aku angkut barang-barang aku yang ada dekat rumah tu terus menetap dekat sini je. Tak dapek de jep!

Tapi ok la bilik aku dapat kali ni. Ni nak cerita pulak part yang tak best. Yang tak best-nya, bilik aku berada di tingkat 3. Tinggi tu! Hahahah. Kecoh je. Tapi agak meletihkan jugak la nak naik. Terkeluar paru-paru aku nak angkat barang-barang. Barang kalau 2 3 helai baju takpe jugak, ni dah macam nak pindah rumah je aku tengok barang aku.
Lagi yang bertambah tak best-nya, tempat makan yang sebelum ni jaraknya hanya 500 meter je daripada kolej aku, sekarang sudah berada 1km (ye kot) jauhnya. Ishk..ishk..ishk.. Macam ni susah la. Time lapar pergi sana nak makan, bila balik dah lapar balik dah. Tu macam mana nak save duit tu? Adoooiii...

Tapi tak kisah la semua tu. Apa yang ada ni kita patut kena bersyukur. Karang Allah tarik balik semua nikmat yang ada ni, baru rasa perit. Ok la, tahun baru, semester baru, subjek-subjek pun baru, awek-awek baru (hehe), mesti ada semangat dan azam baru betul tak? Azam aku of course la nak settle-kan azam-azam aku yang lepas. Itu pun kalau aku masih ingat apa azam aku yang lepas-lepas tu la. Hahahah. Semester ni kena lebih serious untuk study (asal sebelum-sebelum ni tak nak serious?), pergi kelas tak boleh malas-malas dah dan....... (^___^)

Afif, it's time for you to focus on your study! Don' play play! Wish me luck in my new semester kawan-kawan.

..SEKIAN..

p/s: Lagi sekali macam tak percaya, besok dah start pergi class. OMG!

Friday, January 1, 2010

Catatan Pertama Untuk 2010

Assalamualaikum wtb...
Yeah! Sudah masuk tahun baru. Macam baru semalam je aku sambut tahun 2009 (sambut ke?). Ni tiba-tiba pulak dah masuk tahun 2010. Ok, untuk catatan pertama aku bagi Tahun 2010 dalam 'Buku Perjalanan Hidup Afif' ni, aku hang-out bersama salah seorang best friend aku yang susah sangat nak jumpa dan agak lama tak jumpa (eleh, tak sampai bertahun-tahun pun). Actually dia ni tersangat la busy dan kadang-kadang cuti pun tak balik sebab dia sibuk dengan kerja-kerja dia sebagai seorang MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) untuk kampus Lendu, Melaka (UiTM). Memang sangat susah untuk bercuti ok. Kalau dapat pun sehari, 2 hari. Cuti sem ni pun dia hanya cuti seminggu and then dia balik semula ke kampus. So, chance nak jumpa memang tak ada. Siapa beliau?

Shuhadatulnur Bt Shamsudin
(nama memang susah nak eja dan aku tak tau aku eja dengan betul atau tidak)
19Tahun
(sebab hari jadi belum tiba lagi)

Kitorang kenal since form 2 lagi. Kalau dulu masa zaman-zaman sekolah, memang senang sangat nak jumpa. Tapi...masa dah berubah. Tidak semua yang indah akan kekal selama-lamanya. Setiap sesuatu yang indah dalam hidup ni, tak mungkin akan kekal dan ia pasti akan berlalu pergi. Ok cukup! hahahah.
Text Message
Nor: Assalamualaikum dear. Nor otw blk nie au.
Afif: Ok. Smpai bgtau.

1 hour later..

Nor: Dah smp.
Afif: Alhamdulillah..Nak jumpa tak? Ke ade ape2 plan lain?
Nor: Nak larh.. There is no plan Afif. Sje je eayh.. hehehe. Ble blk kmpus?
Afif: Besok la. Mlm ni la kite jmpe.
Nor: 2nite aaa..Hurm. Mau pegi mane meh?
Afif: Ala, lepak kt Mcd dkt2 cni sudah.
Nor: Alrite.
Afif: 8p.m I pick u up ok? Dont late aa..
Nor: Alrite.
(biasa la perempuan. For sure dorang akan lambat. Percayalah! Heheh.)

Pukul 7.45p.m sharp aku keluar rumah. Tapi memang akan aku jangka..

Text Message
Nor: Afif, owg bru bgn tdo. 8.30 eayh?
Afif: Ishk..ishk..org dh otw kot?
Nor: Sori..
Afif: Xpe la. Cpt ckit siap, org tggu.
Nor: Ok.

Biasa la perempuan. Nak tunggu siapnya berapa lama pulak kan. Takpe kawan punya pasal, aku tetap tunggu jugak dekat rumah aku. Hahahah. Dia message dah siap baru aku gerak. Jangan main gila kawan, rumah dia dengan rumah aku jauh kot. Ada la dalam beribu-ribu batu tapi kalau dikira batu-batu dekat atas jalan tu la. Kan beribu-ribu batu tu. Hahahah. Tak la. Dokek jo, 5minit pun tak sampai. So, lepas ambil dia dekat rumah, pergi la ke destinasi yang di tuju.

Afif: Kali ni, Afif yang belanja nor.
Nor: Ape? Afif belanja.
Afif: Yela. Dah makan ke belum? (dalam hati: eh, buat-buat pekak pulak dengar orang nak belanja.)
Nor: Belum lorh. Kan orang tidur tadi.

(Ceh, gentleman la kononnya tu nak belanja makan. POYO! Hahahah.)

Dah lepak-lepak ni mesti la ada benda nak dibualkan betul tak. Takkan senyap je. Macam tu baik bawak patung dekat shopping mall and lepak dengan dia. Heh! Tapi conversation kali ni sangat pelik tapi best untuk kitorang. Kitorang bincang about 'L-O-V-E'. Apa tu? Cinta la awak! Tak reti baca ke or tak faham bahasa? Sekali lagi eayh? 'LOVE'! What the tuuutttt! hahahahah. Bukan pasal hati budi kitorang berdua eayh? No, no, no! Tak mau! Tak mau! Gossip nanti. (^_^) Since kitorang kenal, topic ni tak penah pun dibangkitkan atau dibicarakan atau diperkatakan atau atau atau... Mungkin kali ni kitorang berdua je kot. Tu yang dia rasa selesa nak cerita. Aku memang suka mendengar hal orang. Kadang-kadang tu kalau aku terlampau syok sangat mendengar cerita orang, aku sendiri tak paham apa yang disampaikan. Hahahah. Sengal! Ok continue balik. So, dia cerita la konflik dia with other two guys yang menjadikan hatinya berbelah-belah untuk memilih sampaikan kalau benda ni keluar dalam SPM sure dia fail untuk menjawab. Ok baca elok-elok ye. Kepada yang nak mencari cinta atau dah bercinta, entry kali ni mungkin berguna untuk dijadikan pengajaran ataupun panduan. So tak payah la korang nak beli buku 'Tips Untuk Mencari Cinta Sejati' atau sewaktu dengannya lepas ni ye. (*__*)

"Afif, kalau Afif ada 2 pilihan, first pilihan, seseorang ni kita sayang lebih dekat dia, tetapi dia sangat menyakitkan hati. Second seseorang ni dia sangat sayang dekat kita, kita pun sayang dia jugak tapi tak lebih macam kita sayang dekat first one tadi. Kalau Afif, Afif pilih mana?"

Wah, dah la aku takde expirence pasal benda ni. Tapi aku jawab jugak. Dengan poyo dan berlagaknya aku jawab, "Baik Nor pilih yang Nor sayang. Ok look, if Nor ambil yang Nor tak berapa nak sayang, dia tu pulak sayang Nor gila-gila, mungkin segala benda dia buat dekat Nor, Nor macam tak kisah je dan dikhuatiri hati dia mungkin akan terluka. So baik Nor ambil yang Nor sayang." Poyokan jawapan? Aku macam nak muntah je taip. Hahahah.

"Tapi, orang yang first ni memang la kita sayang sangat dekat dia, tapi dia buat kita ni macam tunggul je. Apa yang kita buat dekat dia macam tak appreciate langsung."

Sekali lagi dengan poyo dan bongkaknya aku menjawab, "Wohoho..susah la macam tu. So, ikut kata hati. Yang mana Nor rasa patut Nor pilih, Nor pilih. Afif rasa baik Nor pilih the second one la. Tapi Nor kena tau jugak orang tu sayang macam mana? Sebab sayang ni boleh dikaitkan dengan banyak perkara. Ada orang yang sayang dekat kita tetapi at the same time mempunyai niat jahat. So, pandai-pandai la kita nak memilihnya."

Lepas tu, kitorang saling pandang dan senyum, dan pandang dan gelak. Hahahaha. So daripada conversation ni aku dapat pengajaran. Kalau nak cari, cari yang kita sayang dia, dan dia pun appreciate dan sayang kita jugak. Heh. Itu la perbualan aku dengan si Nor tu sepanjang berada di situ. Huh, dia je cerita masalah kasih sayang dia. Mana boleh jadi, aku pun nak cerita jugak! Aku cerita la pulak dekat dia aku punya masalah, bla bla bla bla dan bla (Maaf tidak dapat sebarkan apa yang aku bualkan ni sebab ia sangat merbahaya). Hahahaha. Perjumpaan kitorang tamat pada jam 10p.m. Dan aku bawa la kawan aku ni balik rumah dia. Takkan nak bawa balik rumah aku pulakkan. Sebelum dia keluar dari kereta aku sempat berpesan (Ceh, poyo lagi sekali untuk Afif), "Nor, choose the right one dont choose the wrong one." (^__^) Dia hanya gelak dan say goodbye. Aku tau dia nak cakap aku bongok sebab perli dia. Afif tau la Nor. Hahahaha.

"Lelaki cari CINTA untuk S**
Tetapi perempuan beri S** untuk CINTA."

Boys and girls, berjaga-jaga, jangan sampai jadi seperti statement di atas ni.

Wah, muka tak boleh belah. Makanan akan bertambah sedap bila makanan tu orang yang belanja. Buktinya.. Lihat la muka si Nor ni, betul-betul menikmati makanannya. Emmmm.... Thanks Nor for being my best friend. You are my best friend I ever had. Wish you success in your life.

..SEKIAN..

p/s: Sebenarnya banyak lagi topic yang kitorang bualkan. Tapi topic di atas yang sangat hangat diperkatakan, aku cerita la dekat korang.

p/s: Belum terlambat nak wish happy new year to all my friends. Moga tahun 2010 akan lebih bermakna.