Wednesday, December 29, 2010

Bidadari Syurga Sedang Memerhati Calon Suaminya Di Dunia



Assalamualaikum wtb.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. 

Entry kali ni mungkin akan menarik minat kaum-kaum seperti saya (Kaum Adam). Mungkin la kot. Kalau korang tak berminat, aku tak tau la. Mungkin korang songsang agaknya. Nauzubillah..

Cerita pasal bidadari syurga, kalau korang baca mana-mana artikel, buku-buku, kitab-kitab atau bahan bacaan, mesti kebanyakkannya akan menceritakan betapa indahnya makhluk ciptaan Allah tu. Itu membuktikan bahawa makhluk ciptaan Allah itu benar-benar indah penciptaannya.

Sebelum aku ceritakan tentang entry aku kali ni, terlebih dahulu ingin sekali aku menceritakan kecantikan bidadari syurga ini. Bidadari syurga adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat sempurna penciptaannya sehingga tidak dapat menjangkau akal fikiran (imaginasi) manusia. Kecantikan, kelembutan, kejernihan mengatasi wanita yang paling cantik yang ada di atas muka bumi ini. Korang memang sukar nak bayangkan betapa cantiknya mereka kan? 'Sama dengan' la aku pun. Allah SWT menyembut mereka dengan panggilan 'hur al-ain' iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik (Jangan pandai-pandai korang nak lukis sorang wanita bermatakan rusa walaupun korang sangat kreatif eayh). Suara mereka juga sangat merdu berkali ganda lebih merdu daripada suara yang pernah korang dengar dekat dunia ni. 

Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Andai seorang bidadari syurga turun menampilkan dirinya kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuh la apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.". Hah, masih tak dapat bayangkan? Memang tak laa.. Subahanallah, sangat indah ciptaan Maha Esa.

Betulkah Bidadari Syurga Sedang Memerhati Calon Suaminya Di Dunia?
Ya, mereka sedang memerhatikan calon suaminya di dunia. Kecintaan bidadari syurga terhadap suaminya sangat mendalam sehingga mereka sering kali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata, "Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)

Tapi siapa calon yang sedang mereka perhatikan itu? 
Calon-calon itu ialah hamba Allah yang telah  menyediakan mas kahwinnya untuk dipinang disyurga nanti.

Berapakah mas kahwinnya?
Bukan berapa, tapi apa. Mas kahwinnya ialah pelbagai amalan ibadah dan pengorbanan dijalan Allah. Mudah bukan untuk menyediakan mas kahwinnya? Hahahaha.. *Gelakkan pada diri sendiri. 

Jangan kta mimpi mahu mendapatkannya kalau kita sendiri nak berzikir selama seminit pun payah. Kalau kita nak korbankan masa sujud kepada Allah pun susah. Ingat, seditik kita menurut kemahuan nafsu kita di dunia, sikit-sikit nikmat di syurga akan hilang.

..SEKIAN.. 

Monday, December 27, 2010

What Is Interesting About Football?? (Malaysian Crowd Edition)


Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban, untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya, jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita, menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti. 

Kepada semua die-hard-fans team bola sepak Malaysia, pasti korang tau dengan lirik lagu ni. Sentiasa berkumandang dan menggegarkan stadium sewaktu Malaysia beraksi. Memang ada sedikit perasaan membara-bara dan bersemangat di kala lautan manusia menyanyikan lagu ini.

Yea, ni juga pertama kali aku menjejakkan kaki ke stadium untuk memberi sokongan kepada team Malaysia. Selama ni nak pasang niat untuk beli tiket bagi menyaksikan pasukan Malaysia beraksi pun susah sekali. Tapi, semalam aku begitu bersemangat entah kenapa mahu menyaksikan mereka semua beraksi. Dan semua itu berbaloi kerana team Malaysia mempamerkan aksi yang memukau dengan membelasah Indonesia 3-0. Seperti lengkap semua pemain-pemain kesebelasan utama yang diturunkan semalam.

What is interesting about football? Football make us unite. Football make us excited. Perasaan gemuruh juga dapat dirasai bersama-sama walaupun bukan kita yang main. Dan bila pasukan yang kita sokong menjaringkan gol dan menang, kegembiraannya bukan kepalang (macam rasa nak lari bogel ke tengah padang. Bebaskan? Jangn dibuat keje gila ni). Dan bila pasukan itu tunduk kalah. Kekecewaan yang dirasai hanya Tuhan saja yang tahu (Macam nak carik tempat paling tinggi dan terjun dengan membuat gaya bebas). Ini semua hanya dapat dirasai di stadium dan bukan di rumah mahupun rumah kak Limah. Korang bayangkan orang sekeliling yang tidak pernah kita kenal akan menjadi satu dan bergembira bersama-sama ketika menyokong. This is what we call football crowd.


Malaysian Crowd: Goooooollllllllllll!!!!!!
Korang: Weayh, GOL weayh!! YEARGGHHHHHHHH!!! 
Penyokong lain: YEA! YEAH!! GOL!! TERBAEK LAAH!! GIVE FIVE!!
Korang: YEAH GIVE ME FIVE!! Tapi kita kenal ke?? 

Penyokong lain: Aah, lantak la! Janji kau sokong apa yang aku sokong!
Korang: YEAH!!


Hah, lebih kurang macam tu la keadaannya.

Semalam aku sendiri menyaksikan bagaimana begitu bersemangat penyokong-penyokong Malaysia untuk turun memberikan sokongan. Aku rasa Malaysia sudah lama tidak merasakan kehangatan penyokong-penyokongnya turun memberikan sokongan. Stadium juga penuh dengan lautan kuning hitam. Sesuatu yang perlu dibanggakan. Dan sewaktu lagu 'Negaraku' berkumandang, mereka semua bersemangat menyanyikan bersama-sama. Thanks Malaysia team because make us proud of you! Oh, yaa.. Masih ada lagi perjuangan yang belum selesai. Jangan lena dibuai mimpi. Harap dapat bermain bermati-matian di Indonesia nanti. Insya-Allah.. 



Thanks Dayak and Kak Asma coz sudi tengok bola sesama.. Korang memang best. 

..SEKIAN..


Ni ada sedikit video untuk korang..





p/s: Biasa la..masa Malaysia tengah berada diatas ni la nak buat entry betapa bangganya aku dengan team bola sepak Malaysia. Hahahah.. Manusia..manusia.. Ishk ishk ishk.

Saturday, December 25, 2010

Kau Ingat Diorang Tak Meluat Ke??


Assalamualaikum wtb..

Korang biasa tak dipuji? Sehari berapa kali? Sesaat berapa banyak? Apa yang korang selalu kena puji? Korang punya perangaikah? Fizikalkah? Talent-kah?? Apa pulak korang balas bila dipuji?

Dan pernah tak korang terfikir daripada jawapan yang korang bagi tu, si pemuji boleh meluat dengan korang?

Pemuji: Weayh, aku tengok kau ni boleh tahan kecunannya eayh? Mesti ramai boyfriend kau kan? Aku rasa tenuk tengok kau pun jeles dan sakit hati dengan kecunan kau miliki tu. Aku tengok kau ni ade iras-iras Alicia Keys sikit la. Cuma dia gelap kau putih je.
Korang: Serious?? Biasa la. Bapak aku ade darah keturunan Jamaica. Mak aku ade darah keturunan Amerika. Dah ramai da puji aku arini. Masuk kau saat ni, kau yang ke 400.
Pemuji: Serious? Wah, bertuah la kau. (Eleh, poyo habis. Nak je aku tendang kau ni. Ingat kau lawa).

Ishk ishk ishk.. Berlagak habis ni. Jangan. Tuhan tak suka. Nanti ditarik balik nikmat tu baru tau.

Atau...

Pemuji: Der, wa tengok lu ni main bola bukan main hebak(hebat). Tengok muka lu iras-iras Fernando Torres pun ade. Lu tak nak tra(try) maen Mesia(Malaysia) ke der?
Korang: Ishk..mane ade hebat. Kalau hebat da lame aku main Malaysia dah. Kat U ni pon ade lagi hebat ape dari aku.
Pemuji: *dalam hati (Eleh, kalau orang puji tu terima jela..)

Hmmmm...kita dah merendah diri pun kadang-kadang orang tak suka.

Semua jawapan yang kita balas mesti kadang-kadang akan ada sesetengah orang yang takkan suka even though kita dah betul-betul habis merendah diri. Betul-betul down-to-earth la orang cakap. So, macam mana nak avoid semua benda-benda ni terus berlaku.

Ehem.. Menurut kata ustaz saya yang bertauliah yang mana sewaktu kami berada dalam kelas kuliah. Dia ada bagitau, jika ada insan yang memuji kita, haruslah kita menjawab sebegini..

Pemuji: Ya Allah, kau ni dah la hensem, baik hati pulak tu. Pastu pandai dalam pelajaran, awek pun lawa. Main bola hebat. Muka nampak suci. Apa lagi aku nak puji kau ni? Dah sebakol da aku puji. Rasa macam nak tambah tapi besok plak la sebab aku nak tido!
Korang: Alhamdulillah.. Semuanya kurniaan daripada Allah swt.

Insya-Allah, takkan ada hati mengeji, mulut mencaci dan kaki pergi ke pipi. Hahahaha.. Kalau boleh korang letak la muqadimah dengan memuji yang Maha Esa dengan panjang lebar sampai hari raya kedua tiba. Nescaya orang bukan takat nak bagi korang kaki, malahan rasa nak langgar je korang dengan basikal. Sikit-sikit sudah la. Tak payah nak tunjuk alim sangat. Cukup sekadar menyebut alhamdulillah.. Ok? Selamat mencuba..

..SEKIAN..

p/s: Orang nak puji aku setahun sekali pun payah.. :,(

Thursday, December 23, 2010

Jaga-Jaga Dengan Jin Yang Sering Merasuk Wanita Sebab Mungkin...


Sering kali kita dengar orang dirasuk jin la, hantu la, babi la(????). "Apa kena mengena dengan babi?". "Yela, sawan babi! Bukan babi yang rasuk ke?". "Sape cakap gila?". "Cikgu aku!" "Ha'ah, kau dengan cikgu kau tu sama je sengal dia.". Ok, ok sambung balik topik asal kita tadi.

Kebiasaannya kaum wanita sering diganggu dan dirasuk dengan makhluk ni? Kenapa? Mungkin mereka ada tersalah cakap atau mulut celupar di mana-mana tempat dan mahkluk ini mendengarnya lalu naik minyak la beliau dan masuk la ke badan mereka yang berkenaan tu.

Mungkin jugak mereka-mereka suka membuat kotor di kawasan tempat beliau (jin) tinggal. Yela, kita ni manusia, memang tak nampak tempat-tempat tinggal makhluk tu. So, mana yang dan kita buang je. Buang segala benda yang boleh dibuang. Taik hidung yang korang jentik jatuh ke lantai tu pun bahaya jugak tau. Hahahaha..

Hah, sebab musabab seterusnya mungkin...

MUNGKIN JIN TU SUDAH JATUH CINTA DENGAN KORANG!!

You: Serious awak??
I: Serious laa... Ingat I main-main ke dengan you? Tak penah kot! Sikit tu ada laa..

Ni ada satu kisah tentang jin masuk ke badan seorang wanita disebabkan cinta..

Kisah yang ditulis oleh Syeikh Ahmad al-Syahawi Sa'ad Syarafuddin (amboi panjang betul nama) yang menyebut kisah pada awal abad ke 20-masihi ada seorang ulama al-Azhar iaitu Syeikh Salih pergi ke kawasan Timur Mesir untuk melawat sahabatnya. Tiba di rumah sahabat beliau, beliau dapati semua orang dalam rumah tu sedang bersedih sebab anak perempuan sahabatnya itu sakit yang berlanjutan lamanya (ada jin la tu dalam badan). Nak dipendekkan cerita, Syeikh ni cuba mengubati perempuan itu. Memang sah, terdapat jin dalam badan perempuan itu yang sudah sekian lama duduk. Sembang punya sembang punya sembang dengan jin itu, jin itu bagitau satu rahsia sebab apa dia duduk dalam badan perempuan tu.

Ustaz: Baik kau keluar sekarang kalau kau tidak mahu dilakhnati Allah.
Jin: Bagaimana aku mahu keluar daripada badan perempuan ini sedangkan aku sangat mencintainya!

Oh my God!! Subahanallah! Ada jugak kes-kes macam ni. Ustaz tu pujuk punya pujuk akhirnya keluar jugak jin tu.

Pergghhhh...korang terkejut tak? Aku pun masih terkejut ni. Ishk..ishk..ishk.. Ada jugak kes macam ni ye. Zaman sekarang ada tak eayh agak-agak? Kalau ada, korang kena selalu berhati-hati. Jangan ingat jin takde perasaan eayh? Jangan ingat jin tak boleh tangkap cintan dengan manusia. Wallahualam...

..SEKIAN..

Tuesday, December 21, 2010

Apa Perbezaan Antara Jin, Syaitan Dan Iblis?


Apa perbezaan di antara jin, syaitan dengan iblis?? Memang 3 ekor makhluk Allah ni diciptakan daripada bahan yang sama (api). Tapi mereka juga ada perbezaan. Perbezaan untuk membezakan jin bukanlah syaitan mahupun iblis dan syaitan bukanlah iblis mahupun jin dan iblis bukanlah jin mahupun syaitan.

Jin, makhluk yang diciptakan oleh Allah daripada api. Mempunyai keturunan, bangsa dan agama seperti manusia. Juga menjalankan kehidupan seperti manusia seperti berkahwin, makan, minum dan lain-lain. Jin juga ada yang baik ada yang jahat. Cuma yang membezakan dia dengan kita ialah 'Sebaik-baik jin ialah sejahat-jahat manusia' dan kita tak boleh melihat mereka tapi mereka boleh melihat kita.

Syaitan itu iblis dan iblis itu bukan syaitan.. Kenapa?? Sebab syaitan ialah iblis yang ingkar perintah Allah supaya sujud kepada nabi Adam dan menghasut Hawa agar menderhakai Allah itu digelar syaitan. Kira iblis yang penghasut dan penggoda ialah syaitan.

Nampak perbezaan antara mereka bertiga. Bagus! So, jangan la nak berangan atau bercita-cita tinggi mahu jadi batu api yang suka menghasut dan mengajak orang lain menjahanamkan diri bersama-sama korang. Kalau nak jahanam, pegi jahanam sorang-sorang, jangan nak ajak orang lain sebab takut nanti kita digelar syaitan. Dan pada masa tu jugak jangan korang tak pasal-pasal nak maki, mencaci mahupun menangeh dekat mak korang sebab orang lain panggil korang dengan nama tu (syaitan).

..SEKIAN..

Thursday, December 9, 2010

Pakcik, Kami Nak Pergi Makan Laa..


Assalamualaikum wtb.. Cerita ni aku belum pernah post lagi dekat mana-mana media massa mahupun media elektronik. Kira cerita ni exclusive dan khas hanya terdapat dalam blog ni je. Korang yang membacanya amat bertuah kerana korang dapat baca kisah ni. "Memang la ngeng! Dah cerita kau!". Ahahahaha.. Ok ok.

Kisah yang amat kelakar, mengaibkan dan memalukan ni berlaku semasa KARISMA bulan lepas. Tak sempat aku nak post masa benda tu berlaku. Sekarang dah ada ruang nak bercerita aku ceritakan dekat korang. Are you ready??

Ok, Bismillahirrahmanirrahim..
Cerita ni berlaku masa malam aku dan teammate aku yang lain nak keluar makan lepas match dengan Perlis. Ceritanya bermula bila coach (kami) call aku:

Coach: Ne, kat mane?
Afif: Bilik coach.. Kenapa?
Coach: Nak kuar pegi makan tak?
Afif: Emm..boleh jugak.
Coach: Ok, kalau nak, bas nanti tunggu dekat luar depan kolej Melati (UiTM Shah Alam). Pukul 8 bas tunggu dekat situ. Bagitau yang lain.
Afif: Baik coach!

Apa lagi, bergegas aku bagitau semua kengkawan aku sebab jam pun menunjukkan pukul 7.30. Tepat jam 8, kitorang semua pergi la ke tempat yang diberitahu coach kami tadi. Tunggu punya tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai.

Afif: Hello coach. Coach dekat mana??
Coach: Kat bilik.. Kenapa?
Afif: Bas tu tunggu dekat mana?
Coach: Depan kolej Melati.
Afif: Takde pun coach. Dah berjanggut kitorang tunggu.
Coach: Yeke.. Tunggu dekat situ, nanti dia datang la tu.
Afif: Baik coach.

Kitorang pun tunggu la lagi.. Sampai satu masa ada van UiTM Johor lalu. "Haaa.. ni la kot. Naik van beb! Bagus betul la coach ni.". Elok je bas tu berhenti depan kami, kami semua tanpa menunggu walau sesaat pun bulu hidung gugur, terus naik van tu. Ada la dalam 2 3 orang (termasuk aku) dah masuk dalam van tu. Tapi yang peliknya pakcik driver tu boleh tanya kitorang nak pergi mana pulak. "E'eh, apa punya soalan la pakcik ni? Mesti la nak pergi makan pakcik.", bisik hati aku. Tiba-tiba salah sorang member aku menyampuk dengan suara yang lantang tanpa segan silu, "Bawak kitorang pergi makan pakcik." . Nak tau pakcik tu jawab apa??

"KORANG SAPE?? KORANG NI URUS SETIA JOHOR KE?? VAN NI NAK AMBIK URUS SETIA!"

My God!! Maknanya?? Maknanya, kitorang dah salah naik kenderaan la awak. Haduiii... Malu beb! Malu!! Yang paling menanggung keperitan malu tu budak-budak yang dah naik van tu laa.. Aaaarrrggggghhhhhhhhh!!! MALUNYAAA!! Kitorang semua lepas tu takde cakap banyak dah. Belum sempat kaki nak jejak ke tanah keluar dari van tu, kitorang semua dah bantai gelak. Pakcik tu pun dengan rasa..... (Entah aku pun tak tau apa pakcik tu rasa) dia pun belah daripada situ.

Hahahahaha.. Sumpah, kenangan ni bersama kawan-kawan memang tak boleh lupa. Rupa-rupanya bas yang kitorang nak naik tu tak tunggu dekat situ tapi dia tunggu dekat tempat lain. Adeh..

Hah, pengajaran yang dapat di ambil daripada kisah memalukan ini ialah, bertanya dahulu sebelum sesat jalan. Dah termalu macam ni, mana nak sorok muka?? Dalam poket? Tak dapat la awak.

..SEKIAN..

p/s: Tuhan saja yang tahu betapa malunya kitorang masa tu.
p/s:'NE' tu nama nickname aku yang coach aku bagi masa KARISMA. Aku ada partner nama dia 'CIN' --> Aqif. So bila kitorang bergabung jadi la CINA. Hahaha..apa-apa je la coach aku ni.

Tuesday, December 7, 2010

'Single' Itu Menyeronokkan

Memang la ada sedikit perasaan jelous bila tengok kawan-kawan tiap-tiap malam handphone berbunyi. Message masuk la, call masuk la, battery kong la (ada kena mengena ke?). Sedikit sakit hati jugak bila tanya kawan-kawan, "Hah, nak pegi mana pulak kau ni??" "Biasa la bro.. Macam tak tau plak malam ni malam apa? Mesti ar kuar date.". Hey, single-man! Hai, single-lady! Jangan korang menangeh malam ni disebabkan status korang yang masih single sejak korang sekolah tadika lagi (teruk sangat ni).

Entry kali ni mungkin dapat menaikkan sedikit semangat kita (kita???) 'The Single' untuk meneruskan kehidupan tanpa rasa sedikit kekecewaan dan ke-jelous-an dalam diri kita terhadap kengkawan.

Ok, bagi korang yang masih single, being single is fun actually (word for self-motivation)! Haiyaa.. You don't know aa?? Let me tell you right here right now! Lain kali banyakkan baca buku motivasi diri(aku pun tak pernah baca). First, jadi single ni duit korang takde la keluar laju je dari akaun bank kan? Ni semua orang dah tau. Ye ar.. Kalau tak, kejap-kejap nak kena top-up la pastu bila birthday couple korang tiba, of course korang kena beli something. Paling cikai pun gula-gula lolipop yang dihias dengan ribbon colour favourite couple korang disertakan dengan kad ucapan yang berbunga-bunga yang di amik dari internet mahupun buku-buku sajak seperti A.Samad Said ataupun Dol Said. Kalau tak kocik la hati mereka-mereka tu kan. Lepas tu, tiap-tiap weekend nak kena keluar dengan couple. Kalau naik motor boleh la consider lagi tapi kalau dapat yang nak naik kereta (baru hot couple sikit) tak ke botak tayar kereta korang?

Secondly, ni best sikit kalau jadi single. Korang boleh skandal dengan sape-sape je korang nak atau mungkin korang akan di-skandal-kan dengan sendirinya oleh kawan-kawan korang walaupun mulut kata go to hell lah you tapi hati kata mau. Tak ke best tu?

Botak: Jijan, Jijan.. Kau dengan Alisa tu ada pape ke? Korang macam couple je? Rapat semacam je.
Jijan: Eayh, taklah! Gila? Dia tu dah la hot.
Botak: Yolah kau! Dengan budak baru masuk tu pun kau rapat semacam. Kau ni mana satu ni?
Jijan: Kawan je la.

Tengok, korang dapat skandal sekali dua tanpa tiada siapa yang dapat menghalang. Cuba ada couple mau ditetak leher korang kalau dengar korang ada skandal.


Thirdly, korang akan rasa sedikit kebebasan. Kata nama lain, 'Happy Always'. Ye ar, setengah couple aku tengok kalau si BF nak kemana-mana mesti kena buat report dekat menara kawalan (GF) dulu kalau tak jawabnya berperang la korang. Begitu jugak sebaliknya yang si GF pun. Haduii.. Leceh laa..

BF: You I da nak pergi toilet ni..
GF: You pegi toilet mana hah? Dengan sape? You jangan... I kentot kat muka you nanti.


Seterusnya, boleh chatting or post comment atau post status Facebook dekat sesiapa saja tanpa ada rasa ragu-ragu dan malu. Ye ar, kadang-kadang tu orang yang dah ada couple ni, dorang nak post comment dekat someone mesti kena jaga tata tertib. Comment tu mestilah tak boleh selalu di-post atau takde berbaur romantik atau cubaan untuk mencairkan seseorang itu. Kalau tak, masa dalam Facebook tu jugak korang akan buat conversation pasal relationship korang. Silap-silap, masa tu jugak status korang akan berubah ke it's complicated dan seterusnya menjadi S-I-N-G-L-E. Part ni mesti sadis kan?? Then, satu dunia tau macam korang buat press-conference pulak.

Ada lagi tak benda-benda nak bagi sedap hati korang yang single ni bila baca?? Emmmm....Errr.... Hahahaha.. macam dah takde idea je.

Apa-apa pun jangan la lepas baca entry ni korang men-single-kan diri sampai ke tua. Jangan buat pasal kawan. Tu gila dah tu.. Sudah menjadi lumrah alam kita hidup berpasangan. Allah menjadikan semua makhluknya hidup berpasangan. Kaki pun ada pasangan, tangan pun ada pasangan. Tanpa pasangan, mungkin tak lengkap kehidupan seharian korang. Bak kata pepatah, 'Ke mana perginya tangan kalau tak melekat dekat muka' (peribahasa takde kena mengena). Ok, kawan-kawan. Jangan risau la, kalau ada jodoh tak ke mana gunung di kejar. Eceh.. (^_^)

..SEKIAN..

p/s: Let me know if you become single after read this entry!! Nanti boleh buat group kat FB (^_^)
p/s: Jangan 'memilih sangat' dalam mencari pasangan hidup.

Monday, December 6, 2010

Banyak Nak Story Ni

Ok, ok.. I'm excited right now!! Emm... nak start dari mana dulu ni?? Dari akar umbi ok tak? Ok la kot kan? Ok, semalam Ahad dan kelmarin Sabtu hari yang biasa disebut kalau nak keluar hang-out dengan member-member ke, keluar date dengan awek-awek ke kan.

Semalam dan kelmarin jugak aku menghabiskan masa bersama 2 orang kawan aku. Ke mana?? Hah, Sabtu aku dan kawan-kawan aku nih pergi ke Serdang bagi menghadirkan diri untuk satu event ni. Semua mesti dah taukan apa event tu. Bagi sesiapa yang masih lagi menjadi katak di bawah tempurung, I tell you! MAHA laa.. MAHA.. Tak tau MAHA tu apa?? Mahahahahahahaha... Apa laa..MAHA pun tak tau. Ok, pegi google then search sendiri. Ok, semalam (Ahad) pulak aku dengan member yang sama pergi ke Autoshow yang diadakan di PWTC. Ok, aku cerita satu persatu.

At MAHA:
Tak banyak yang menarik nak diceritakan tapi boleh la nak bagi geli telinga korang bila suruh adik korang baca. Aku akan story part yang menarik je eayh.

Nampak gambar pakcik di atas ni?? Tak berapa jelas??


Hah, baek punya close-up! Korang jangan ingat pakcik ni gila (aku ingat pun macam tu mula-mula) eayh siap dress-up macam pahlawan dulu kala dengan bersenjatakan panah lagi. Ni sebenarnya kerja pakcik ni. Dia mungkin dibayar untuk jadi macam patung. Mula-mula aku tengok, nak tergelak pun ada. Sumpah, serious gila muka pakcik ni macam nak kena tendang. Tapi bayaran dia dapat mesti tinggi kan. Gila tak tinggi? Senyum tak, kelip mata pun tak, bergerak sedikit pun tak. Aku snap kamera aku tu pun dia tak kelip mata tau. Tapi mungkin dalam hati dia dah maki hamun aku kot. "Cilakak ini budak!! Aku jumpa kau kat tepi jalan, aku LANGGAR!", hahahah.. Apa-apa pun pakcik, you look STYLO!! YEAH!!

Apa lagi yang menarik eayh?? Hah!!





Kereta tak nak kalah. Kereta-kereta ni aku tak tau sama ada dia nak buat autoshow dekat sini or owner dia nak berlagak parking dekat sini. Mungkin sekali kot. Semua yang bawak ni VIP-VIP yang datang dekat situ. Menyirap je aku tengok masa dorang mula-mula sampai dan dan-dan tu jugak kitorang pun sampai. Dari jauh dah dengar enjin kereta-kereta tu menderum. Fuh, kalau aku la dekat dalam kereta tu, perggghhhhh.... (^_^)

At Autoshow PWTC:
Haha.. Yang ni memang happening habis. Ok, before aku start cerita, aku nak pesan dekat korang banyak benda. Ok, kalau korang tak pernah lagi pergi tempat ni dan ada hati nak pergi untuk next autoshow, better korang ikut langkah berjaga-jaga ni:-

1. Nak pergi jangan pergi dengan couple sebab... Nanti korang tau.
2. Bagi yang dah berkahwin, jangan cakap dengan isteri nak pergi autoshow sebab.. Nanti korang tau jugak.
3. Kalau dah terbawak couple, make sure jaga pandangan takut nanti bertumbuk.
4. Kalau dah bergaduh pandai-pandai bawak diri.

Ok, macam-macam jenis kereta dan motor yang terdapat dekat sini antaranya yang biasa kita tengok dan dengar seperti.. Syarikat permotoran kebanggaan kita, Proton dan Produa..













Kalau dilihat semua jenis kenderaan dengan reka bentuk yang sangat..sangat.. awesome tu, memang susah nak percaya itu kereta Malaysia. Nampaknya Malaysia telah maju dua tiga tapak kehadapan dalam industri automotif ni. YEAY!! Malaysia Boleh!



Lotus jugak tak nak kalah dengan reka bentuk tersendiri..


Bumblebee jugak tersesat dekat PWTC ni. Mungkin GPS dia rosak kot kan??



Rupanya Kereta Bumblebee tu kereta Chevrolet.. Baru aku tau. Ahahaha..


Kereta oldskool pun ada.



Dah macam kereta Tamiya je kan??

Kepada bikers-bikers jangan hampa.. Bahagian korang jugak ada.

Harley Davidson


Ducati


Dream car semua orang.. Bila la aku dapat merasa bawak??


Ferrari


Auston Martin


Lamborghini


Rolls Loice

Porche


Tak dilupakan..

Hyundai



Mitsubishi


Kereta Batman jugak tersesat disini. Yang buatkan aku sedikit kecewa, kereta dia tak real laaa..

Toyota




Ni namanya, kekuda atau kuda-kuda. Hahaha.. Aku tak tau apa benda ni. Nak kata kereta, jauh sekali. Motor?? Macam tak kena pulak. Entah la.. Sampai-sampai je, MC dekat situ cakap ni exercise tool. Ikut jela awak..

Last but not least... HONDA!


Ok, habis dah. Aku tunjuk gambar-gambar kereta yang aku rasa menarik je eayh? Kalau nak tengok lebih pergi sendiri. (^_^) Dah nampakkan? Kebanyakkan gambar kereta yang aku ambik semua ada model yang menyemak dekat situ. Baik dia posing maut mahupun ke laut. Ishkk..Bukan ku pinta tapi dah memang tugas dia menyemak dekat situ. Takkan nak halau pulakkan. "Kak, kak. tepi sikit. Saya nak ambik gambar kereta je. Akak tak payah la sibuk.". Ishk..takkan aku nak cakap macam tu pulakkan. Poyo sangat namanya tu. Alang-alang dia posing dekat situ, apa pulak tak ambik gambar dia mesti la kena ambik sekali. Pakej tuuuuu~ Hahahah..
Hah, itu sebab jugak la aku bagi pesanan tadi. Mau bergaduh korang dengan awek korang, mau bertumbuk korang dengan pakwe korang, mau koyak baju-baju suami akak-akak. Gila tak bergaduh. Model-model tu kalau tua bangka ke, dah bongkok ke, takpe jugak. Ni semuanya hot-hot belaka.

..SEKIAN..

p/s: Thanks kerana sudi baca sampai habis. (^_^)
p/s: Selamat menyambut Maal Hijrah

Thursday, December 2, 2010

Tolonglah Awak Jangan Bosan..


Sekarang ni kalau tengok dekat status Facebook kebanyakannya remaja-remaja seperti aku, kau dan dia mesti sembilan-puluh-peratus-nya akan tulis 'damn bored!!', 'boringnyew arini! spe2 tlong bg cdgn ape nk buat arini!', 'cuti yg mmbosankn!!' dan macam-macam lagi.

Kenapa? Kenapa? Bosan sangatkah Allah menciptakan kehidupan seharian kita?? Nak salahkan Tuhan kerana menjadikan hari-hari yang membosankan? Ishk..ishk.. Soalan ni aku patut jawab jugak. (^_^)

Tidak!! Tuhan tidak pernah menciptakan hari-hari hambaNya itu membosankan. Kita sendiri yang menjadikannya bosan. Kenapa ini boleh berlaku?? Tepuk, tanpa, tendang kawan-kawan korang dan tanya kenapa.

Oklah, aku bagi tau apa dah aku baca dekat satu artikel dalam satu majalah semalam (Tak boleh belah. Terus post dalam blog). Artikel itu memberitahu bahawa perasaan bosan boleh timbul kalau jiwa seseorang manusia itu kosong. Kosong macam mana? Hah, yang ni aku tak tau. Korang tau?

Tapi ada satu masalah besar dengan mr.bosan ni kalau dia datang ketuk pintu jiwa kita. Masalah yang akan timbul bila bosan ni timbul, satu makhluk jugak akan timbul dan sumpah dia suka gila sambil melompat seperti kera dipijak ekor bila dapat tau ada manusia yang sedang dalam kebosanan. Siapakah atau apakah makhluk itu?? Dia ialah S-Y-A-I-T-A-N atau nama saintifiknya devil or demon atau nama panggilan manja dikalangan kita, SETAN. Dalam buku Dragonball pulak MR.SATAN(ada kena mengena ke?). Hahaha.. Mengarut sudaaa.. Ok serious, serious. Bila ada perasaan bosan timbul, makhluk-makhluk ini akan cuba sedaya upaya menggoda akal dan nafsu kita supaya melakukan maksirat. Eh, macam pelik jew? Once again! MAKSIAT. Haaa, ni baru perfect! Bila dah macam ni, apa lagi, "Eh, ajak awek aku keluar hari ni syok jugak.". Ishk ishk ishk..

Pap(bunyi petik jari)! Dengan ini of course senang sangat manusia nak tergoda. Dah la iman tak berapa nak kuat (macam aku), lepas tu banyak benda-benda maksiat senang je nak buat sekarang ni tanpa orang lain peduli.

Jadi, nak mengelakkan bosan itu datang, Islam menyuruh kita mengisi jiwa yang kosong itu dengan banyakkan berzikir, mengaji dan sebagainya supaya jiwa itu diisi dengan something yang mendatangkan manfaat kepada diri.

Ingat, kebosanan itu datangnya daripada jiwa yang kosong. Jiwa yang kosong datangnya entah bila. (^_^) Sebagai renungan bersama sebab aku pun lebih kurang. So, korang dah tau kan sekarang? Ke aku yang baru tau? Hahahaha..

..SEKIAN..

p/s: Part yang ajak awek keluar tu aku tak buat sebab awek pun tak dak!

p/s: Sama-sama la kita cuba jangan membosankan diri ok??