27 Jun 2012 - QMT425 (Quantitative Analysis)
29 Jun 2012 - FIN533 (Personal Finance)
30 Jun 2012 - MGT538 (Personal Development)
8 July 2012 - MGT546 (E-commerce)
11 July 2012 - MKT532 (Consumer Behavior)
14 July 2012 - MKT531 (Product Management)
moga dipermudahkan segala urusan dan dipermudahkan menjawab. Will be right back after exam! Stay tuned!
Saturday, June 30, 2012
Wednesday, June 20, 2012
Perlu Ke Cucuk Nurse??
Semalam aku mengalami kecederaan yang agak teruk (kaki bengkak kerana di sepak) sampai susah nak berjalan sewaktu bermain bola. Semalam juga adalah perlawanan semi-final menentang Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) untuk Piala Timbalan Naib Canselor (TNC cup) UiTM Shah Alam. So dalam perlawanan tu, kami, Fakulti Pengurusan Perniagaan (FPP) kalah 1-0. Mungkin takde rezeki.
Ok berbalik pada cerita asal aku, aku tercedera sewaktu bermain dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke 70++ kot.. Tak boleh nak continue main. Habis game je, aku terpikir, camne la gamaknye teman ni nak drive balik. Nak tekan minyak pon tak boleh. So, aku mintak kawan-kawan aku yang datang support aku pada masa tu tolong. Dorang tolong hantar aku ke Klinik yang berada di dalam kampus (UiTM Shah Alam).
Nak dijadikan ceghite, aku di minta masuk ke bilik M12 dan kaki aku diperiksa oleh 2 orang nurse dan seorang doktor. Apa entah yang doktor tu bebel masa tu pun aku dah lupa. Peristiwa yang akan aku ingat sampai bila-bila bilamana seorang nurse minta aku meniarap dan dia kata nak cucuk kat pungkoq aku! Pungkoq hang! Aku tanya, "Perlu ke nurse??". "Eh, mesti lah.. Awak nak sakit ke tak nak sakit nanti?". "Mesti la tak nak." "Ok, sekarang meniarap. Saya nak cucuk punggung awak.". Aku dah macam... Aaaa... Emmm.. Alahai... Segannyeee.. Eh, eh.. Xde la dia tanggal sampai bogel. Dia cucuk kat bahagian atas je. Tak nampak pon full spec. ^_^
Yang menjadi tanda tanya, kenapa perlu cucuk di pungkoq sedangkan dia hanya nak balut kaki aku yang bengkak tu je. Haish, sampai sekarang aku musykhil!! O.o Saya malu tau nurse awak tengok pungkoq saya. = .="
..SEKIAN..
p/s: Sempat update kejap walaupun chapter tak abeh cover lagi. Petang ada test.. ok bye..
Monday, June 18, 2012
Doa
Ya Rabb,
Ingatkan aku jika aku selalu berada di atas,
supaya aku sentiasa ingat untuk pandang ke bawah.
Tabahkan hati aku bila aku berada di bawah,
dan berusaha untuk naik ke atas.
Ikhlaskan hati aku dalam setiap perilaku ibadahMu,
Khusyukkan aku dalam setiap solat lima waktuMu.
Ya Rahman,
Pelihara hubungan aku dan dia daripada perkara zina dan maksiat.
Lindungi aku daripada segala hawa nafsu dan hasutan syaitan.
Tetapkan iman ku,
Matikan aku dalam agamaMu,
Tunjukkan aku ke jalan Mu,
Jalan yang lurus,
Bukan jalan orang-orang yang sesat serta Engkau murkai.
Ya Rahim,
Berilah kesejahteraan kepada kedua ibu bapa ku,
Luaskanlah rezeki mereka,
Lindungilah mereka,
Berilah mereka kesihatan,
Serta peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara aku sewaktu aku kecil.
p/s: Sesungguhnya Allah itu sangat pemalu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya yang beriman..
Wednesday, June 13, 2012
Cerita Laka-Laka.. Kelakar ke??
Cerita 1
Pada malam hari yang dingin-dingin hempedu, limpa serta jantung, seorang anak memang dah takde soalan lain nak tanya dekat bapak dia pagi-pagi buta..
Anak: Ayah, hantu tu wujud tak??
Ayah: Tidak sayangku.. Hantu tak wujud.
Anak: Kenapa tak wujud? Ayah tak percaya hantu ke?
Ayah: Ayah lempang kau karang wahai anak ku. Dah orang kata tak wujud tak wujud laaa..
Anak: Tapi...
Ayah: Tapi ape lagi???
Anak: Orang gaji kita kata hantu tu wujud..
Ayah: Anakku sayang, sekarang kau boleh kemas barang-barang mu.
Anak: Tapi kenapa?
Ayah: Kita tak ada orang gaji...
Lalu mereka dua beranak keluar dari rumah itu dan pindah ke kawasan lain...
Cerita 2
Me: A year has 365 days for you to study. After taking away 52 Sundays, there are only 313 days left. There are 50 days in the summer that is way too hot to work so there are only 263 days left. We sleep 8 hours a day, in a year, that counts up to 122 days so now we're left with 141 days. If we fooled around for only 1 hour a day, 15 days are gone, so we are left with 126 days. We spend 2 hours eating each day, 30 days are used in this way in the year, and we are left with 96 days in our year. We spend 1 hour a day speaking to friends and family, that takes away 15 days more and we are left with 81 days. Exams and tests take up at least 35 days in your year, hence you are only left with 46 days. Taking off approximately 40 days of holidays, you are only left with 6 days. Say you are sick for a minimum of 3 days, you're left with 3 days in the year to study! Let's say you only go out for 2 days... You're left with 1 day. But that 1 day is your birthday.

Teacher: Why did you not
study?

Then the teacher resign for no reason...
Wednesday, June 6, 2012
Cara Biadab Keluarkan Statement Kepada Kawan-Kawan
Korang baca kejap je.. Pendek je entry ni.
Ok ok, kalau korang buat satu statement atau satu cerita 'fake' sehingga membuatkan orang lain (kawan korang yang tengah kusyuk dok dengar) mempercayainya seperti benda tu memang betul-betul berlaku. Dengan mengeluarkan statement seperti tiada niat tujukan kepada sesiapa, katakan kepada dia, "Lalu Si Bodoh pun mempercayainya...". Contoh,
Dol Saad: 125z tu aku beli masa JPJ buat lelong. Murah je bawah lapan rat.
Muhamaad Adli Kemuning: Ha'ah, masa tu kira pakai kilo kan?
Si Pending Tahap Bebal: Serius weayh? Bila ada lagi lelong tu??
Dol Saad: Lalu Si Bodoh pun mempercayainya..
Dol Saad & Muhammad Adli Kemuning: Bahahahahaha...
Lalu melayanglah segala senjata tajam, keras, botol, kerusi, meja di antara mereka bertiga.
Try la, kalau bergaduh korang punya hal... Heeeeee~

p/s: Nama-nama di atas tiada kena mengana antara gangster-gangster kawasan mahupun binatang buas.
Sunday, June 3, 2012
Hantaran Kahwin Pun Ikut Pangkat Ke Sekarang??
Assalamualaikum wtb..
Rajin pulak aku update blog kan? Mesti la, kalau ada idea nak bercerita tu, takleh tahan-tahan nanti busuk. Huhuhuh.. Ok Khamis lepas aku ada cerita bab tak pernah ber-couple (sila klik sini). Kali ni pasal isu hantaran pula.
Actually, aku terjumpa benda alah ni masa bukak Facebook (Yeay, dah open account FB balik).. Menarik gak la.. Tapi tak tau la kesahihannya. Main-main ke ape. Tapi kalau dah masuk paper (last payyper last paayyyper) takkan main-main pulakkan? Aku tak tau pulak zaman sekarang ni nak kawen ikut taraf akademik. Dah macam nak beli kereta pulak aih. Malas nak comment lebih lanjut, korang tengok sendiri gambar dekat bawah ni.
Aku tak tau la benda ni dah lama keluar ke baru je keluar sebab aku baru perasan. Aku rasa isu ni dah lama dibangkitkan.
So, apa comment korang especially guys. Agak-agak kan kalau dah terdesak nak kawen, pastu nak kos rendah (macam nak beli rumah la pulak), korang carik je budak-budak baru lepas UPSR or PMR tu. Kihkihkih...
..SEKIAN..
p/s: macam aku mention sebelum ni, aku dah start menabung dari sekarang. Korang?? Benda ni serius weayh, makin lama kita hidup makin meningkat kos sara hidup. Its good for you if korang start menabung dari sekarang. Sekarang semua benda mahal takut nanti kita nak kahwin pun berhutang. Itu tak kira hutang rumah, kete tak pun PTPTN. Kalau semua ni ada, tanggung la kita hutang sampai mati. Nauzubillah...
Saturday, June 2, 2012
24jam Kita Kumpul Dosa Di Laman Sosial
Assalamualaikum wtb...
So kali ni very important entry untuk kawan-kawan di luar sana especially you girls. Di ingatkan sekali lagi aku ni bukan la pakar motivasi mahupun seorang yang arif bab agama tapi kita sebagai orang Islam diwajibkan mengingatkan sesama Islam apa jua benda yang telah kita dapat (ilmu @ pengetahuan) haruslah dikongsikan bersama lagi-lagi yang melibatkan iman. Pagi tadi aku bukak la YouTube dek kerana aku ni seorang yang sengal tak tau nak buat apa bila dah duduk depan laptop, online. Sedang sibuk dok klik video tu video ni, terkeluar la satu tajuk yang menarik perhatian aku. 'Dosa 24jam di Facebook'. Memang menarik perhatian aku betul video tu. Actually, benda ni aku rasa ramai semua dah tau akan kebenarannya dan aku jugak dah lama tau. Rasa-rasanya aku pernah cerita kot pasal benda ni lama dulu. Tak tau aku masih ingat lagi tak tajuknya.
Ok berbalik kepada tujuan asal, korang sedar tak sedar yang kita ni 24jam sedang mengumpul dosa? Haaaa... Kalau dah sedar bagus la. Tu belum kira dosa-dosa yang kita tak sengaja buat dan sengaja kita buat lagi. Ni nak habaq mai kat hang pa suma, bear in mind golongan yang banyak masuk ke neraka adalah kaum wanita. Yes! Bukan nak cakap kaum lelaki tak ramai ke nereka atau melepaskan diri untuk tidak bercerita pulak bab-bab dosa yang kami (lelaki) lakukan. Di sebabkan entry kali ni more to korang kaum hawa, so molek la aku mengingatkan benda tu (kaum wanita golongan paling ramai masuk ke nereka). Kaum wanita sangat mudah ke neraka tapi juga senang ke syurga. Allah itu adil bukan?? Kalau nak cerita bab mudah ke syurga banyak sangat. Tapi kita tinggalkan perkara tu dulu. Nanti kalau aku rajin, aku update pasal benda tu pulak.
Hah, pasai apa aku cakap korang (kaum hawa) 24jam generate dosa (kalau 24jam generate income takpe jugak)? Sebab korang cuba ingat balik korang punya account laman so-SIAL korang ada tak gambar-gambar yang mendatangkan fitnah, menaikkan nafsu syahwat kami (Boys) atau se-setan dengannya?? Jangan la cakap "bior ler! kite dok kubor asing-asing. Takde kene mengene pon ngan hidup kome mahupun mengkome.". Ha'ah, agaknya nanti korang mati tertanam sendiri kot kan?? Memang ikutkan tak nak kisah tapi dah bila dosa kau yang buat, kitorang pon terkena sama. Kalau tak kena takpe laaa.. Ni nak tanam pon kita-kita, yang tanggung dosa sebab tak mengingatkan pon kita.
Itu baru bercerita bab dosa sebab ada gambar-gambar yang horny (kenapa dengan ayat ni macam lucah sangat kan?) dalam laman so-SIAL la lu tu! Belum lagi bercerita pasal cara korang chatting or comment dekat status-status yang di-update tu..
So aku harap kita dapat sama-sama baiki dan korang boleh berusaha untuk delete or private kan gambar-gambar yang korang ada dekat semua laman so-SIAL la lu korang tu.
Akhir kata, aku kongsikan video yang aku cakap tu untuk korang renung dan tatap.
..SEKIAN..
p/s: maap la jika bahasa aku kali ni kurang menyenangkan korang.
p/s: word aku laman so-SIAL la lu tu bukan aku tujukan dekat korang ye. Aku just nak masukkan unsur humor dekat situ. Tak lawak ke? Ok maap!!
Subscribe to:
Posts (Atom)