Saturday, June 2, 2012

24jam Kita Kumpul Dosa Di Laman Sosial



Assalamualaikum wtb...
So kali ni very important entry untuk kawan-kawan di luar sana especially you girls. Di ingatkan sekali lagi aku ni bukan la pakar motivasi mahupun seorang yang arif bab agama tapi kita sebagai orang Islam diwajibkan mengingatkan sesama Islam apa jua benda yang telah kita dapat (ilmu @ pengetahuan) haruslah dikongsikan bersama lagi-lagi yang melibatkan iman. Pagi tadi aku bukak la YouTube dek kerana aku ni seorang yang sengal tak tau nak buat apa bila dah duduk depan laptop, online. Sedang sibuk dok klik video tu video ni, terkeluar la satu tajuk yang menarik perhatian aku. 'Dosa 24jam di Facebook'. Memang menarik perhatian aku betul video tu. Actually, benda ni aku rasa ramai semua dah tau akan kebenarannya dan aku jugak dah lama tau. Rasa-rasanya aku pernah cerita kot pasal benda ni lama dulu. Tak tau aku masih ingat lagi tak tajuknya.

Ok berbalik kepada tujuan asal, korang sedar tak sedar yang kita ni 24jam sedang mengumpul dosa? Haaaa... Kalau dah sedar bagus la. Tu belum kira dosa-dosa yang kita tak sengaja buat dan sengaja kita buat lagi. Ni nak habaq mai kat hang pa suma, bear in mind golongan yang banyak masuk ke neraka adalah kaum wanita. Yes! Bukan nak cakap kaum lelaki tak ramai ke nereka atau melepaskan diri untuk tidak bercerita pulak bab-bab dosa yang kami (lelaki) lakukan. Di sebabkan entry kali ni more to korang kaum hawa, so molek la aku mengingatkan benda tu (kaum wanita golongan paling ramai masuk ke nereka). Kaum wanita sangat mudah ke neraka tapi juga senang ke syurga. Allah itu adil bukan?? Kalau nak cerita bab mudah ke syurga banyak sangat. Tapi kita tinggalkan perkara tu dulu. Nanti kalau aku rajin, aku update pasal benda tu pulak.

Hah, pasai apa aku cakap korang (kaum hawa) 24jam generate dosa (kalau 24jam generate income takpe jugak)? Sebab korang cuba ingat balik korang punya account laman so-SIAL korang ada tak gambar-gambar yang mendatangkan fitnah, menaikkan nafsu syahwat kami (Boys) atau se-setan dengannya?? Jangan la cakap "bior ler! kite dok kubor asing-asing. Takde kene mengene pon ngan hidup kome mahupun mengkome.". Ha'ah, agaknya nanti korang mati tertanam sendiri kot kan?? Memang ikutkan tak nak kisah tapi dah bila dosa kau yang buat, kitorang pon terkena sama. Kalau tak kena takpe laaa.. Ni nak tanam pon kita-kita, yang tanggung dosa sebab tak mengingatkan pon kita.

Itu baru bercerita bab dosa sebab ada gambar-gambar yang horny (kenapa dengan ayat ni macam lucah sangat kan?) dalam laman so-SIAL la lu tu! Belum lagi bercerita pasal cara korang chatting or comment dekat status-status yang di-update tu..

So aku harap kita dapat sama-sama baiki dan korang boleh berusaha untuk delete or private kan gambar-gambar yang korang ada dekat semua laman so-SIAL la lu korang tu.

Akhir kata, aku kongsikan video yang aku cakap tu untuk korang renung dan tatap.


..SEKIAN..

p/s: maap la jika bahasa aku kali ni kurang menyenangkan korang.

p/s: word aku laman so-SIAL la lu tu bukan aku tujukan dekat korang ye. Aku just nak masukkan unsur humor dekat situ. Tak lawak ke? Ok maap!!

1 comment: