Tuesday, October 30, 2012

10 Permainan Yang Hampir/Sudah Pupus

Ingat tak zaman kita masa kecik-kecik dulu especially yang lahir dalam lingkungan tahun 88' hingga tahun 90'.  Bermacam-macam permainan yang pernah kita ada atau kita mainkan masa zaman kita kanak-kanak dulu tak kiralah di rumah bersama anak-anak jiran mahupun di sekolah (dalam kelas atau waktu rehat). Kita perlu akui bahawa ada antara permainan yang kita mainkan dulu ada yang hampir dilupakan dan ada juga yang sudah lama lupus ditelan dek zaman. So dekat sini aku listkan antara 10 permainan yang agak popular masa zaman aku dan sekarang jumlah dimainkan sudah sedikit dan mungkin budak-budak sekarang dah tak kenal atau tak pernah nampak dekat tepi-tepi jalan (budak-budak main)  atau di kedai-kedai.

1. Tepuk daun terup



Hah, permainan ni sangat popular masa zaman aku. Sesuai dimainkan bersama anak-anak jiran. Permainan ni aku tak berapa hebat sangat atau bahasa kasar zaman sekarang 'Noobshit'. Favourite ayat masa main permainan ni, 'KELEPET'. Lol!

2. Tutup botol



Ni jugak sangat popular pada suatu ketika dulu. Sangat sesuai dimainkan bersama anak-anak jiran dan jugak kenduri-kendara bersama sepupu-sepapat. Dekat sekolah pun kadang-kadang main jugak masa hujung-hujung tahun, masa time cikgu tengah sibuk tanda kertas periksa dan mintak murid-murid buat kerja masing-masing.

3. Dam Ular



Masih ada di pasaran tapi budak-budak sekarang dah tak pandang dah benda ni sebab diorang lagi prefer main game dalam iPad dan tab. Lagi best katekor!!

4. Happy Family



Haaaa, ni budak-budak perempuan suka la main benda ni. "One happy family" di laung bila dah complete 4 kad dalam tangan. Ada lagi dua adik beradik permainan ni iaitu 'Donkey' dengan 'Old Maid'. Korang leh Google image tengok.

5. Barbie Doll Mini



Aku tak tau nama benda alah ni. Ni pun sangat popular masa zaman kanak-kanak aku dikalangan budak-budak perempuan.

6. Baling Guli



Perggghhh.. Ni permainan favourite aku masa dulu. Selain bola, aku main gak benda ni. Waktu dimainkan tengah-tengah hari masa weekend. Penuh guli aku satu balang dulu. Lepas tu kejap je habis. Nak penuhkan balik pegi gelanggang pertarungan balik. Hahaha..

7. Main Titik-Titik



Walauweyh! Rindu giler nak main benda ni. Sure korang pun pernah main masa time rehat atau time cikgu takde dalam kelas atau hujung tahun lepas periksa. Buku math aku banyak sebab nak main game ni je.

8. Pistol Letup



Haaaa... Ni permainan paling epic pernah aku main masa zaman kanak-kanak aku. Peluru tak kuar pun tapi yang kuar bunyik dengan asap. Style la kalau main polis-polis. Ada lagi ke tak mainan ni ye??

9. Kapal Terbang Polistrin



Ni antara yang aku masih ingat. Top gak masa aku umur 7 hingga 8 tahun. Kira ni menggantikan roket kertas la. Datang dalam pelbagai model dan size. apa yang penting muncung plastik kat depan kapal terbang tu yang main peranan. Kalau korang boleh refresh balik permainan ni sangat cool!

10. Game Tape



Fuh, to all gamers! Jangan dilupa binatang ni. Tau la da ade PS3/Xbox360 sekarang sampai lupa bagaimana korang leh jadi gamers tegar. Game favourite masa zaman ni, 'Ninja Turtle', 'Contra' dan 'Street Fighter'.

Apa-apa pun semua ini hanya tinggal kenangan kerana hidup berubah mengikut peredaran zaman begitu juga benda, gaya hidup dan lain-lain. Tapi harus diingat satu benda yang tidak pernah berubah sampai bila-bila dan ia relevan mengikut zaman sampailah kiamat. Apa?? Kalamullah.. Al-Quran nur qarim.. ^^

..SEKIAN..

Wednesday, October 24, 2012

Manusia Sebaik-Baik Kejadian



Berkata para Malaikat,
"Kenapa mahu diciptakan khalifah di muka bumi yang akan membuatkan kerosakan dan pertumpahan darah? Padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau ya Rabb."

Jawab Allah swt,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Harut dan Marut dipilih dikalangan para malaikat yang terbaik untuk dikurniakan nasfu untuk merasai dan diuji bagaimana manusia yang diciptakan dengan nafsu.

Nabi Ibrahim antara contoh terbaik betapa teguh dan taatnya iman baginda kepada Allah swt.

Harut dan Marut ternyata hanyut dengan nafsu sehingga berzina dengan isteri orang.

Nabi Ibrahim sekian lama tidak dikurniakan cahaya mata tapi bila dikurniakannya baginda diuji dengan bermacam ujian. Akhirnya turun perintah Allah kepada Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih anaknya. Satu-satunya anak yang dia miliki kini Allah telah datangkan ujian paling besar. Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail A.S menjalankan perintah tanpa mengeluh.

Terbukti bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita (makhluNya) dan para malaikat tidak ketahui.

Bersujudlah para malaikat kepada Allah dengan penuh rasa ketakutan kerana Allah telah membuka semua mata langit dengan melihat betapa indah dan terbaiknya ciptaan Allah ini (manusia).

Melalui cerita ringkas ini, terbukti bahawa kenapa Allah lebih mengasihi ciptaanNya manusia dan memberi darjat kedudukan yang tinggi di sisiNya kepada manusia beriman dari para malaikat.

Masihkah kita masih lagi enggan mahu bersujud ke atas segala nikmat yang diberi? Masihkah lagi kita mahu berkira untuk menginfakkan harta ke jalan Allah?

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SELURUH FOLLOWER, BLOGGER dan PEMBACA BLOG KASOTPUTEH. 

..SEKIAN..

Sunday, October 14, 2012

Personaliti Anak Ke-2 Dalam Keluarga



Wahai anak kedua di dalam keluarga. Korang boleh tengok personaliti dibawah yang aku post ni. Mungkin 80% nya benar sebab aku anak kedua jugak. Almost 90% benar. Adakah ini fakta atau auta? Lets see.. Hmmm..

ANAK MANJA EMAK
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.
P/s: Hmmmm... not so true sebab aku lah yang paling nakal dan selalu saja kene rotan ngan ibu sebab terlampau nakal. Tapi aku sayang mak aku!

ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yang betul. Dalam ramai adik-beradik, dia paling ketegaq. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak naklah jawabnya. Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.
P/s: Ala, macam ade sikit-sikit betul je. Hahah.. Dalam keluarga, aku memang keras kepala sikit. Aku je nak betul. Kena ubah ni. Kena lebih bertolak-ansur. Hehehe..

TAK PANDAI PUJUK
memang anak nombor dua ni tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia.
P/s: Hmmmm.. dok tahu kawe. Kawe dok ado gewe. Agu ano?? Hahaha..

BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia dan sanggup berkorban.
P/s: You can try me! LOL!

HITAM/PUTIH
Bukan kaler ye! Ini pasal apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitamlah ia. Kalau putih, putih la. Degil tak boleh toleransi.
P/s: maksud anda lurus bendul? hahaha~ Tapi aku minat kaler hitam dan putih.

HATI
anak nombor dua ni juga nampak je keras, tapi hati dia lembut. Satu lagi, pe'el dia, takleh ditegur.
P/s: errrr....

BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul dan very take care.
P/s: Mudah bergaul ade kena mengena dengan berdikari ke? Ke beli kari? ke camne?

ARAHAN
Payah untuk menerima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri. Pendek kata tak boleh kerja dengan orang lain.
P/s: Aku elok je buat group assignment dengan member lain. Tak ade gaduh pun. 

PEMAAF DAN CARING
tidak di nafikan anak nombor dua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham-faham je lah!
P/s: aku kalau marah bertukar hijau kadang-kadang jadi power rangers pink. Ahaha~

PAKAIAN
nak semua up to date dan semua nak kemas.
P/s: So true. Hahaha~


So, bagaimana pulak korang Si Nombor Dua yang lain? Ada yang sama tak perangai macam ni? Kalau benar bagai dikata, this is fact. Solute siapa yang telah membuat kajian ke atas anak nombor dua. Atau mungkin ianya secara kebetulan. Wallahualam..

..SEKIAN..

p/s: Lepas ni carik personaliti anak first pulak ye awak. ^^


Solat

Allah Maha Besar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya pada Engkau aku sembah dan hanya pada Engkau aku meminta pertolongan.
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Allah Maha Besar

Maha Suci Tuhanku yang Maha Besar dan dengan puji-pujianNya.

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
(Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian)

Allah Maha Besar

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan puji-pujianNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Setiap kali kita solat, kita sudah pun mengagung-agungkan Tuhan kita semesta alam. Setiap perlakuan dalam solat diiringi dengan puji-pujian kepada yang Maha Esa serta doa kita kepadaNya. Bayangkan jika kita tidak pernah langsung untuk mendirikan solat, apakah tanda kita bersyukur kepadaNya? Apa balasan kita terhadap semua nikmat yang telah diberikan olehNya? Walaupun segala nikmat yang dikurniakan oleh Nya tidak ternilai harganya dan tidak mampu untuk kita (hambaNya) membalas. Kita adalah hamba yang paling sombong dan bongkak serta alpa. Renung-renungkanlah..

..WALLAHUALAM..

Friday, October 12, 2012

Adakah Solatku Diterima Allah?


Adakah solat ku diterima Allah
Jika aku masih lagi tidak takut melakukan maksiat
Maksiat mata
Maksiat telinga
Maksiat mulut
Maksiat hati

Adakah solat ku diterima Allah
Jika masih tidak tahu cara beristinjak dengan betul

Adakah solat ku diterima Allah
Jika setiap kali solat, mata masih lagi meliar ke kiri ke kanan
Masih memikirkan soal duniawi ketika solat

Adakah solat ku diterima Allah
Jika hati masih lagi tidak takut akan azab Allah
Tidak gentar akan neraka jahanammNya
Tidak khuatir akan malaikat yang akan bertanyakan soalan dan menyiksa hamba yang gagal

Adakah solat ku diterima Allah
Jika aku masih lagi belum mempunyai kekuatan untuk menutup aurat dengan sempurna
Masih lagi bergaul bebas lelaki dan perempuan tanpa batas..

Walaupun kita rasa kita tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, pernah tak sesekali kita terfikir bahawa adakah solat yang kita lakukan itu diterima Allah? Pernah tak? Khusyuk tak kita ketika kita solat? Adakah kita betul-betul menumpu perhatian kita sepenuhnya tanpa memikirkan hal lain seperti mana yang boleh kita lakukan sewaktu menonton cerita, bermain permainan video?

Jika kita masih lagi melakukan maksiat-maksiat, tidak mampu lagi untuk menutup aurat dengan sempurna dan hal-hal lain yang melanggar perintahnya, mari sama-sama kita perbaiki kembali solat-solat kita moga ia menjadi lebih sempurna agar ia diterima Allah..

Ya Rabb, khusyukkan aku dalam melakukan solat, ikhlaskan hatiku dalam melakukan ibadah, jangan kau palingkan hatiku daripada agama Mu, tetapkan iman ku dan teguhkan ia, pelihara panca inderaku dari segala perlakuan maksiat, lindungi aku dari godaan hawa nafsu dan kau terimalah solat 5 waktu ku.




..WALLAHUALAM..

Tuesday, October 9, 2012

Dunia Ini Tidak Adil?

Dunia ini tidak adil?

Orang gemuk, tak cantik, tak hot, tak hensem post gambar dekat FB 2 3 kerat je yang like.
Comment kalau bersepah pun orang yang sama. Dorang chatting dekat gambar tu. Tu yang nampak banyak.

Orang cantek, hot, body mantap, hensem, post gambar dekat FB, like dekat 100 orang. Comment dekat 200 lebih. Tuan punya gambar tak reply satu pun.

Jadi yang tak cantik, tak hot, tak hensem tu kufur nikmat. Lupa nak bersyukur kepada Allah apa yang telah diberikan. Merendah diri sampai tak nampak mana kebaikan akan kejadianNya.

Yang cantik, hot, hensem pulak meninggi diri. Kutuk si hodoh itu ini sampai lupa jugak nak mensyukuri nikmat pemberian kelebihan dariNya. Ada tu lupa untuk bersujud tanda syukur ke atas segala nikmatNya.

Dunia ini tidak adil?
"Hidup memang palat!!" Masih ingat akan kata-kata hikmah ini dalam satu cerita?

Hidup ini memang palat? Hmmm... Allah yang menciptakan kehidupan. Allah yang mengaturkan segalanya. Palatkah Dia?? Dunia ini tidak adil? Manusia lupa, mereka yang banyak membuat kerosakan di muka bumi ini. Bukan tumbuh-tumbuhan, bukan jin iblis dan bukan juga Dia Maha Pencipta.

Sebelum Adam mahu diciptakan malaikat sudah awal-awal lagi tidak bersetuju takut-takut kalau mereka akan memberi kerosakan. Ternyata ia benar. Tapi Allah lebih mengetahui setiap apa yang Dia ciptakan..

..SEKIAN..

Monday, October 8, 2012

Soal Hati



Kata orang, ikutkan hati mati.
Nak buat keputusan kadang-kadang perlu dengar kata hati.
Naluri hati ibu kuat kepada anak-anaknya.

Ini semua soal hati.
Kadang hati manusia boleh berubah dalam sekelip mata.
Semalam ini, esok mungkin boleh jadi itu.
Hati, nasfu, iman semua berkait.

Dengan hati juga kita menyayangi dan juga di sayangi.
Sayang orang sepenuh hati, sayangnya sampai mati.
Tapi hati-hati kerana ia perangkap diri.
Kerana hati makan hati.
Sayanglah Pencipta hati kerana itu lebih bererti.

Allah yang membolak-balikkan hati.
Berdoa agar kita tidak tergolong dalam hati yang dipalingkan daripada agama.
Nauzubillah..
Hati ini mudah benar berubah.
Kuatkan hati dengan banyakkan berdoa.
Kuatkan hati dengan banyak menyebut namaNya.
Kuatkan hati agar semua kata hati benar.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kuatkan hati.
Kerana Pencipta hati itu menyampaikan sesuatu dengan menggerakkan hati.

Hebat sungguh ciptaan Mu ya Rabb...

..SEKIAN..