Assalamualaikum wtb.. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Entry kali ni mungkin akan menarik minat kaum-kaum seperti saya (Kaum Adam). Mungkin la kot. Kalau korang tak berminat, aku tak tau la. Mungkin korang songsang agaknya. Nauzubillah..
Cerita pasal bidadari syurga, kalau korang baca mana-mana artikel, buku-buku, kitab-kitab atau bahan bacaan, mesti kebanyakkannya akan menceritakan betapa indahnya makhluk ciptaan Allah tu. Itu membuktikan bahawa makhluk ciptaan Allah itu benar-benar indah penciptaannya.
Sebelum aku ceritakan tentang entry aku kali ni, terlebih dahulu ingin sekali aku menceritakan kecantikan bidadari syurga ini. Bidadari syurga adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat sempurna penciptaannya sehingga tidak dapat menjangkau akal fikiran (imaginasi) manusia. Kecantikan, kelembutan, kejernihan mengatasi wanita yang paling cantik yang ada di atas muka bumi ini. Korang memang sukar nak bayangkan betapa cantiknya mereka kan? 'Sama dengan' la aku pun. Allah SWT menyembut mereka dengan panggilan 'hur al-ain' iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik (Jangan pandai-pandai korang nak lukis sorang wanita bermatakan rusa walaupun korang sangat kreatif eayh). Suara mereka juga sangat merdu berkali ganda lebih merdu daripada suara yang pernah korang dengar dekat dunia ni.
Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Andai seorang bidadari syurga turun menampilkan dirinya kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuh la apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.". Hah, masih tak dapat bayangkan? Memang tak laa.. Subahanallah, sangat indah ciptaan Maha Esa.
Betulkah Bidadari Syurga Sedang Memerhati Calon Suaminya Di Dunia?
Ya, mereka sedang memerhatikan calon suaminya di dunia. Kecintaan bidadari syurga terhadap suaminya sangat mendalam sehingga mereka sering kali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata, "Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)
Tapi siapa calon yang sedang mereka perhatikan itu?
Calon-calon itu ialah hamba Allah yang telah menyediakan mas kahwinnya untuk dipinang disyurga nanti.
Berapakah mas kahwinnya?
Bukan berapa, tapi apa. Mas kahwinnya ialah pelbagai amalan ibadah dan pengorbanan dijalan Allah. Mudah bukan untuk menyediakan mas kahwinnya? Hahahaha.. *Gelakkan pada diri sendiri.
Jangan kta mimpi mahu mendapatkannya kalau kita sendiri nak berzikir selama seminit pun payah. Kalau kita nak korbankan masa sujud kepada Allah pun susah. Ingat, seditik kita menurut kemahuan nafsu kita di dunia, sikit-sikit nikmat di syurga akan hilang.
..SEKIAN..