Assalamualikum sekali lagi,
Kepada pembaca-pembaca blogku ini. Kali ini aku akan tulis pasal ketidak sangkaan aku terhadap seorang member aku dan aku semakin berminat untuk menulis (rasa syok). Baiklah, cerita bermula......
Tersedar aku daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 5 lebih (lebih tu aku tak tahu pukul berapa sebab tengah mamai). Hujan turun dengan lebat sekali dan udara di luar pasti sejuk sekali (memang la, dah hujan takkan panas plak kan?). Aku tiba-tiba teringat yang aku belum lagi menunaikan solat Asar. Pendekkan cerita, aku solat dan lepas itu......
Sekali lagi perasaan bosan mula menular dalam hati ini. Lantas aku terfikir untuk melihat blog aku. Buka sahaja blog, satu comment muncul di bahagian Karjo Si Gila (Thanks Ika). Sempat lagi tu. Ok Ok..back to the story. Lepas itu, aku terlihat followers aku makin bertambah daripada satu kepada tiga (so berapa orang lagi bertambah? Kira sendiri). Seorang follower ni memang aku tahu dia sudah mempunyai blog, tapi yang aku tidak sangka seorang lagi follower ni (member aku jugak). Aku tidak menyangka dia mempunyai blog juga. Aku cuba untuk explore blog beliau. Ternyata dia seorang yang pandai menulis walaupun di dalam blognya dia menyatakan bahawa dia tidak pandai menulis. Memang aku tidak sangka kawan aku seorang yang pandai menulis (caya sama lu Bidan).
Selepas sahaja melihat blognya aku pergi pula kepada blog pengarah UiTM Segamat iaitu Prof. Hj. Muhd. Kamil B. Hj. Ibrahim (prof maaf kalau nama prof saya salah eja). Memang menarik blog prof. Selepas daripada itu, tiba-tiba terus timbul dalam diri ini satu semangat untuk meneruskan aktiviti ini (tulis blog). Aku ingin menjadikan ini sebagai satu hobi aku yang baru. Sekian.....
p/s: Ayat di atas sengaja aku tulis sedemikian sebab aku saja nak cuba tulis camtu.
eh eh, u are welcome :D
ReplyDeletehee .
memang apa yang afif citer ni antara faktor penulis blog semakin giat menulis .
apa pun, teruskan penulisan anda yep !