Doa berbuka itu menandakan berakhirnya hari pertama kita berpuasa. Ketika sahur tadi aku dengan family aku hampir-hampir terlepas waktu bersahur. Nasib baik kakak aku sedar dan terus kejut ibu, ayah dan adik beradik yang lain (termasuk aku latuh!). Nasib baik sempat kitorang bersahur. Kitorang hanya bersahur nasi berlaukan telur, ikan bilis dan kicap je (boleh la daripada takde an?). First puasa dengan family memang menyeronokan. Tapi aktiviti di siang hari tak berapa menarik. Mana taknye, asyik tidur je! hahahahahah~ Teruk betul kan?
Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5.30ptg. Ayat aku asyik-asyik 'jarum jam tepat', 'jarum jam tepat' je kan? Ok aku tukar...Jarum jam tersasar menunjukkan pukul 5.31ptg. Masa tu la aku baru sedar daripada tidur. Hahahaha~ Abih dah bosan, tidur jela yang termampu an? Pukul 6ptg kakak aku ngan adik perempuan aku pegi la beli makanan tambahan kat bazar Ramadhan. Of coz la an? Takkan nak beli kat kedai tayar plak! Ayah bertanya kepada ku kenapa tak ikut sekali. Aku membalas, "Malaslah la yah." Jangan judge dulu aku apa-apa eayh? Statement M-A-L-A-S yang di keluarkan aku tu bukan menunjukkan aku malas, tapi paham-paham jela kalau dah pegi ke sana tu, lagi-lagi beraneka makanan plak tu kat sana, mesti nak beli macam-macam kan? Better aku dok je kat umah. Itu la jawapan aku untuk persoalan tadi. Di ulang sekali lagi, aku berikan 'jawapan' bukan 'alasan'. Heeeeeeeeee~
Ni la juadah berbuka aku ngan family aku tadi. Nampak macam tak banyak, tapi cukup la untuk kitorang satu keluarga. Boleh ar daripada takde. Betul tak kawan-kawan semua??? Antara juadahnya ialah udang goreng bawang (betul kot nama masakan tuh), kuah sayur masak lemak, ikan bilis sambal (my favourite! Serious sedap doh mak aku masak!), martabak, roti john and lastly taufufa. Semuanya best sampai aku makan ter-over-dos! hahahaha~ Biasa la manusia macam aku ni. Tak boleh nak kawal, lagi-lagi tengok sambal ikan bilis tuh! Ayoooooo~ tergoda nafsu den
Walaupun kekenyangan, aku still solat. Itu yang penting! Apa yang penting? SOLAT 5 waktu! hahahaha~ Tidak dilupakan juga solat tawarih (kata upin dan ipin). Actually solat terawih. Jangan salah tulis, nanti boleh kene gam oooo wa punya blog! haahahahah~ Alhamdulillah aku sempurnakan solat terawih sampai solat witir (betul ke ejaan aku?). Eleh Afif ni poyo je! Memang la dah solat 8 rakaat je kat masjid tadi. Selalunya masjid kat tempat aku nih buat 20 rakaat je tapi disebabkan ada tazkirah tadi, di kurangkan kepada 8. Tapi kalau 20, aku akan buat 8 je pastu cabut. hahahahaha~ Pemalasnya manusia! Memang ramai gila tadi kat masjid. Biasa la, awal-awal Ramadhan memang ramai. Karang dah lama-lama tinggal la tok imam ngan pak bilal je..huhuhu~ Sama je la aku pun. Awal-awal bersemangat tinggi+waja+tidak berputus asa. Tengok la last-last bulan Ramadhan nanti......heeeeee~ paham-paham je la orang muda cam aku nih! Pemalasnya jadi manusia. Ok la, kepada rakan-rakan, sahabat handai dan sedare-sedari satu pesanan dari saya, JANGANLAH TINGGAL PUASA TANPA SEBAB! GIRLZ TAKPE!! *Di tujukan khas kepada member-member ku! Heeeeeeeee~ PEACE! ;-) May Allah bless us (muslim). Assalamualaikum!!
nnty bawa balik UiTM sambl ikn bilis tu erk!!!...
ReplyDeleteafif jgn jd malas erk!!! afif dah besar kan... ker nak abg sanat nak cakap guna kaki...
hahahaha geli doh nak nasiht mcm nie!!! ko bukn bek pown tp MANJA!!!
err, afif manja ? huhuh :D
ReplyDeleteyuppa, ika pun cam teringin jep mau rasa itu sambal ikan bilis .
ape2 pun, pic juadah berbuka puasa afif tuh,
menggude sungguh, lagi2 plak ngah berpuasa skrg ni. ouh, countdown2 waktu berbukaa . heee
lalalala~