Hati ini mulai tidak senang sejak malam semalam. Perasaan berdebar tiba-tiba terasa. Rasa bagai hendak meletup saja dada ku ini. Kenapa? Apa puncanya? Tiada siapa dapat memberikan jawapannya walaupun diri sendiri. Tuhan saja yang tahu. Mungkinkah kerana perlawanan yang akan aku hadapi esok? Tapi mengapa? Kebiasaannya aku tidak pernah merasa sebegini. Jam menunjukkan tepat pukul 2pagi. Aku keluar daripada bilik rakan aku yang berada di tingkat dua dan turun ke bilik rakan aku yang berada di tingkat satu dengan niat untuk menunaikan solat Isya' yang belum disempurnakan lagi. Selesai solat, aku capai hanset dan earphone ku dan terus menuju semula ke bilik rakan ku tadi. Sesampainya aku di bilik, tanpa sebarang ucapan aku terus mengenakan earphone di telingaku dan merebahkan diriku di atas katil.
Jam di hanset menunjukan pukul 8.30pagi. "Alamak, kelas ECO?! Adoooiii, macam mana boleh tak sedar ni ya Allah." kata diriku sendirian. Masuk ni sudah 2 kali aku ponteng kelas ECO. Kenapa benda ini boleh berlaku pada aku hari ini? Mungkin aku tidur lambat semalam. Tapi kebiasaannya jika aku tidur lambat, aku boleh lagi bangun keesokan harinya. Tapi ni.... Hmmmmm.....biarkanlah, benda dah berlaku dan aku cuba lupakan perkara tadi. Tapi perasaan berdebar-debar semalam masih lagi terpenjara dalam diri ini. Kenapa ya Allah? Kenapa? Engkau saja yang tahu jawapannya.
1 jam lagi sebelum perlawanan bermula. Perlawanan kali ini hanya di dalam kampus sahaja. Hati ini makin berdebar-debar. Azan kedengaran dari Pusat Islam (masjid) menandakan masuknya waktu Asar. Tanpa berlengah, aku terus pergi mengambil wuduk dan solat. Selepas selesai solat, kedua belah tangan ku ini di angkat untuk meminta sesuatu daripada yang Maha Esa. "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik-beradikku, dosa saudara-maraku, dosa rakan-rakanku, dosa lecturer-lecturerku, dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, kau berilah aku bermain dengan baik pada petang ini. Kau bantulah pasukanku bermain pada petang ini ya Allah. Sesungguhnya kau Maha pengasih lagi Maha penyayang kau perkenankanlah doaku ini ya Allah. Rabbana atina fiddunya hasanah Wafil ahirotihasanah wakina azabannar Wasalallahu'alasaidinaMuhammad. Wa'ala alihiwasahbihiwasalam Walhamdulillahirabbil'alamin.
Selepas berdoa, aku bersiap-siap dan terus pergi ke padang di mana perlawanan di adakan.
Aku pergi dengan hati yang penuh dengan tanda tanya. "Mengapa hari ni aku rasa lain? Bertenang Fif, bertenang. Takde bende la hari ni." kata hatiku sendirian.
Jam tepat pukul 5.45petang. Pengadil perlawanan membunyikan wisel menandakan permainan telah bermula. Aku berlari ke sana ke mari mencari ruang kosong untuk mendapatkan bola. Tiba-tiba aku merasakan diri ini sungguh kepenatan. Kenapa? Selalunya aku tidak seperti ini. Tidak sampai beberapa minit aku telah berasa penat. Tiba-tiba bola melepasi seorang pertahanan lawan dan datang meluru ke arah ku. Aku dapat mengawal bola dengan baik. Di hadapan mataku hanya tinggal penjaga gol sahaja untuk di tewaskan. Tetapi....bola yang berada di kakiku itu berada jauh di hadapan kakiku kerana kesilapan aku menolak bola itu terlalu kuat di hadapan. Aku cuba mengejar dan mendapatkannya kembali tetapi penjaga gol terlebih dahulu keluar dan cubaan aku hanya sia-sia. Suara kekecewaan kedengaran di padang. Ternyata mereka sungguh kecewa dengan peluang yang di sia-siakan aku. Seluruh pasukan turut kecewa. Aku juga turut tunduk kecewa. Aku mendongak ke langit dan bertanya sendirian, "Ya Allah, kenapa aku lepaskan peluang besar?". Sepanjang tempoh separuh masa pertama itu, aku melepaskan peluang yang banyak. Jurulatih bertanya kepada ku apa yang terjadi pada diriku hari ini. Dia kehairanan kerana aku tidak bermain seperti biasa. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku di keluarkan pada separuh minit pertama. Mental ku jatuh berderai dan hendak sahaja hati ini menjerit sekuat-kuat hati. Aku merasakan bahawa aku seorang sahaja yang bermain teruk pada hari itu. Tetapi nasib baiklah pasukanku berjaya memenangi perlawanan tersebut. Kalau tidak.....
Tanda tanya tentang peristiwa yang berlaku pada aku semalam sudah terjawab. Peristiwa ini aku akan jadikan sebagai pengajaran dan kenangan dalam hidup dan aku berjanji pada diriku sendiri akan aku lakukan yang lebih baik pada perlawanan akan datang. Insya-Allah......
p/s: Thanks to Jamal Zeze coz bagi moral support kat aku lepas game tu. huhuhuhu~
oit along ni...
ReplyDeletesori x dtg game ko semlm...
ade klas dok..
lupe plak..hihi...
anyway ko da wat da best bro...
rilek suda..
nex game learn from your mistake aite!
gud luk...
waaaa~
ReplyDeleteterharu gilew doh!
tnx along!