Saturday, September 26, 2009

Kalau Kedekut Cakap Kedekut

Lupa nak story dekat korang pasal satu benda ni. Before aku story lupa pulak

Assalamualaikum wbt. heheheheheh~

This was happen long long long time ago (heh, macam la lama sangat). Benda ni berlaku sesampainya aku and family di rumah daripada kampung (raya ketiga). Sampai je kitorang jejakkan kaki di muka pintu

ibu: Bang, nanti terus kunci pintu. Takut karang ada budak-budak nak datang beraya.
ayah: Yela tu.

Settle je semua bag pakaian di letakkan, kitorang satu family bersantai depan tv dengan nawaitu untuk melepaskan penat. Tak sampai 10minit kitorang lepak,

TOK! TOK! TOK!

along: Hah, sape pulak tu?
adik: Entah-entah budak-budak nak beraya tak?
afif (angah): Yela tu. Tidak syak lagi!
along: Pegi jenguk jap dekat teropong pintu tu.

Adik aku yang lelaki tu pun pegi la usha (?????). Memang tidak syak wasangka lagi. Memang mereka la orangnya yang kita tunggu-tunggu tu. Budak-budak nak datang beraya.

adik: Ha'ah la long, budak-budak nak beraya.
ibu: Biar jela. Tak payah di bukak pintu tu. Rumah tak siap kemas lagi.
angah: Dah, diam-diam sudah kat dalam rumah ni.

10 minit kemudian.......
TOK! TOK! TOK! TOK! TOK!

15 minit kemudian.......
TOK! TOK! TOK! TOK!

angah: Mak aih, budak ni tak reti-reti nak belah ke dah orang tak bukak pintu? Sengal+bebal ke ape?

Kedengaran suara sumbang daripada luar. "Assalamualaikum, cik! Kami nak beraya boleh?" kata salah seorang daripada budak-budak tu.
Aku dengan rasa banyak persoalan dalam hati kerana memikirkan kenapa budak-budak ni tak belah-belah, pegi la jenguk melalui teropong yang ada pada pintu rumah aku tu. Letak je mata aku dekat teropong tu, seorang budak lelaki sedang menunjukkan jari telunjuknya ke arah teropong tu. "Eh, tau-tau je budak ni aku tengah tengok dorang dari teropong ni. Hantu raya ke hape dorang ni? Kalau hantu raya macam Miss NJ tu takpe la jugak. Memang terus aku bukak pintu punya." berkata aku dalam hati.

adik: Ngah, tak payah bukak la.
angah: Mana boleh, dari tadi dorang ni tak belah-belah. Orang nak syiasyat sape dorang ni sebenarnya.

Aku pun bukak la pintu dengan hati yang terbuka dan senang hati.

Budak1: Bang, nak raya.
afif: (dengan muka cover hensem) Sori la dik, rumah abang tak siap kemas lagi la. Besok je la korang datang beraya. Lagi pun abang baru je sampai daripada kampung. Sori eayh?

Budak-budak tu pun berlalu pergi tanpa sepatah dua kata pun. Aku tau perasaan dorang bagaimana. Mesti terbitnya perasaan kecewa teramat sangat. Abih tu nak buat macam mana, rumah still bersepah, takkan nak bagi jugak orang datang beraya.

Suddenly (cewah), adik aku terdengar suara sumbang dekat luar rumah. Macam mana dia dengar pun aku tak tau. Mungkin adik aku ada kuasa luar biasa agaknya. Hehe.

"KALAU KEDEKUT CAKAP JE LA KEDEKUT TAK BAGI KITORANG RAYA!"

Eh, sungguh biadab+tak ada civil+budi bahasa zero+terlampau sopan-santun betul budak-budak tu. Macam tu perangai dorang rupanya. Kalau aku tau tadi, aku bukak je pintu, aku bagi freekick sorang 40kg. Nak kejar pun dah malas. Takpe, takpe. Korang datang lagi sekali aku cakap

"Dik, sebelum adik nak berkata apa-apa, abang nak bagi tau. Rumah abang ni adalah rumah yang paling kedekut di antara rumah-rumah yang lain. Kalau bagi duit raya pun, sampul bekas duit raya abang je abang bagi. Baik adik tak payah datang beraya rumah abang. Cari la rumah datuk-datuk ke, tan sri-tan sri ke. Koman-koman pun dorang bagi adik kereta sorang sebijik!"

hahahahah. Padan muka. Geram pulak aku aih dengan budak-budak spesies macam ni! Aku naik kereta jumpa korang jalan-jalan kat luar sana, aku LANGGAR!!! hahahahahahahah~ (Kejam! kejam!)
p/s: Kalau dekat rumah korang ada spesies budak-budak macam ni, bagi je la masuk. Biar la rumah tak siap kemas lagi ke apa ke. Hidang je biskut kering. Tak pun bukak je pintu terus bagi duit raya. Itu je pun yang dorang nak sebenarnyakan? Daripada korang di cop sebagai kedekut macam rumah aku ni.
p/s: Tak boleh jugak nak salahkan dorang. betul tak? Dorang just budak-budak lagi. Yang dorang tau nak duit raya je.
p/s: To miss NJ sorry la coz babitkan u dalam story kali ni. Selamat hari raya maaf zahir batin once again! Heheheheheh~ (^_^)
Kiuh bangkit kuih bahulu
Sekian sahaja dahulu

Tuesday, September 22, 2009

Pengalaman Raya 3 Hari

Assalamualaikum wtb....

Emmmm.....dah raya eayh? Cepat bebenor mase berlalunye. Dah 3 hari kita sambut raya (hari ini). Raya tahun ni hanya 3 hari je aku dekat kampung sebab raya ke-4 (besok/23 September 2009) akak dengan ayah dah kena kerja la awak. Macam raya tahun lepas jugak. Sekejap je raya dekat kampung. Walaupun sekejap, tapi macam-macam pengalaman aku dapat.


Malam Raya
Ingat tak before this aku ada cite pasal malam raya. Ala, pasal meriam tu. Hahaha. Tahun ni aku bermalam raya dekat kampung sebelah ayah (ala 1km je pun daripada kampung belah ibu). Tahun ni takde pulak bunyi meriam yang sangat kuat di malam raya. Takde jugak gegaran papan-papan rumah nenek aku tu. Hahahah. Mana taknye, kedudukan diorang dah berubah ke 90 darjah Timor Leste, 55 darjah Katulistiwa dan 5 darjah beruang kutub iaitu dekat tepi jalan mula-mula nak masuk ke kampung aku (Tak faham buka kamus dewan bahasa halaman 78). Kira-kira 1.5km daripada kampung belah ayah. Aku agak terkejut jugak la bila sesampainya kitorang semua di kampung tu.

Afif: Aih? Dah main kat sini pulak dah dorang ni? So kat sana dah takde la bunyi dan gegaran dari meriam tu nantikan?
Along: Yela tu kot.

Biasa la manusia, benda dah takde di cari-cari, bila ada di maki-maki. Heyyyy..macam tu la aku. Huhuhuhu~


Raya Pertama
Macam biasa la raya pertama. Sudah tentu kita menunaikan solat sunat Aidilfitri di pagi hari dan mendengar khutbah selepas selesai solat. Takkaaaannnnnnlah kita nak terus pegi beraya rumah orang pulak kan? Sungguh crowded keadaan di dalam surau masa tu. Ramai pulak orang yang solat dekat situ. Surau tu sebenarnya dah digunakan untuk menunaikan segala solat-solat sunat sejak berkurun lamanya daripada zaman datuk aku lagi sampailah la ni (sekarang). Dari jauh surau tu macam nak roboh je tapi still lagi dapat menampung 10 ekor ikan paus biru (agaknya la kot?). Lepas solat, macam biasa la. Kitorang semua dekat situ (makcik pakcik dan nenek sekali la tu) bermaaf-maafan la sesama bersama. Hahahaha. Ada yang menitiskan air mata, hingus dan sebagainya. Tapi aku tak. Kawan aku kata, seorang yang gentleman tak boleh menangis. heheheh. So aku ni gentleman la kan?

Tapi saat-saat ni yang aku tunggu-tunggu....iaitu pemberian duit raya. Hahahahahah.

Aku tengok je ayah, kakak, makcik, pakcik aku agihkan duit raya kepada budak-budak yang ada. Tiba-tiba....

Makcik 1: Nah, angah.
Afif: Eh, apa ni Cik Yayoh. Tak payah la angah dah besor dah.
Makcik 1: Ala, tak koje lagi takpe. Ambik la.

Dengan hati yang tak berapa berat+tak segan silu+tak tahu malu, aku ambik jugak! Hahahahha.
Lah, takkan nak tolak pulakkan. Orang nak bagi, ambik jela. Tolak rugi besar awak!

Tapi paling aku menyampah sekali.....eh, malas la nak cerita! Lihat je la kat bawah ni....


Tengok la dorang ni. Gila+Gedik+Mengada-ngada ambik gambar sana, ambik gambar sini. Pantang pakai baju lawa sikit...


Ni sorang lagi. Lihat la si adik lelaki aku tu. Tengok 2orang kakak dia mencapap (aku tak tahu nak describe ayat ni camne. Ni pengaruh kat UiTM Johor la ni ayat ni) dia pun sibuk-sibuk nak jugak.



Finally, aku jugak realize yang raya ni setahun sekali je. So aku pun join sekali. Hahahahah~ Jangan marah!



Malam Raya Kedua
Sudah menjadi kebiasaan family aku dan semua family belah ibu akan beraya di rumah moyang aku yang berada di seberang Perak (Sabak Bernam). Tiap-tiap tahun raya kitorang takkan tak beraya kat rumah moyang aku ni. Actually aku dengan adik-beradik aku yang lain tak suka sangat pegi bermalam dekat rumah moyang aku ni. Bukannya apa, hanya satu sebab je. Sebabnya nak melabur susah! Hahahahaha~ Macam B%^&H je kan alasan. Tempat melabur tu boleh dilihat oleh orang lain bila kita duduk tut... hahahahah~ Teruk kan? Korang tahu-tahu jela jamban orang dulu-dulu macam mana. Arkiteknya pun sendirian berhad je. So kitorang dah pakat adik-beradik jangan makan makanan yang boleh menyakiti hati perut.

So on the way semua keluarga aku dan keluarga adik beradik mak aku nak pegi rumah moyang aku tu, kitorang singgah kejap la dekat rumah atuk sedara aku ni iaitu adik beradik nenek aku. Yang tak boleh blahnye tu, kitorang semua bantai boleh ambil gambar family pulak secara bergilir-gilir dekat rumah tu. First sekali of coz la family aku pasal mak aku ni yang first sekali. Diikuti keluarga pakcik aku dan seterusnya. Nasib baik la masa tu adik beradik mak aku ni tak cukup. Just ada 4 keluarga je time tu. Kalau tak, mesti kitorang semua dah kena hambat dah. Tapi salah atuk tu jugak. Kenapa di hias rumah cantik-cantik? Kan?kan?kan?




Raya Kedua
Yang ni aku malas nak cerita ni. Pada raya kedua ni, kami semua+adik beradik mak aku pergi beraya rumah sedara mara yang berada dekat situ. Di anggarkan 10 buah rumah la kitorang beraya pada hari itu. Tapi sesampainya rumah yang kedua lagi perut ni dah buat hal. Ni kes pagi tadi la ni, sarapan dekat rumah moyang aku.

Afif: Along, perut angah buat hal la.
Along: Yeke? Along pun sama la. Takpe, tahan je.

Rupanya kakak aku pun sama jugak. Hahahah~
Kitorang ni kalau bab tandas memang memilih sikit. Nak yang selesa je. Aku ingat nak tahan la sampai ke rumah makcik sedara aku yang agak selesa tandasnya tu, tapi......
Aku hanya berjaya menahan sampai rumah yang ke-3 je. Tak sempat pulak. Dah tak tahan dah, terpaksa la. Tapi benda yang tak best berlaku sewaktu di dalam tandas tu la. Fikiran dan hati hanya untuk satu tujuan. Tak kisah halangan yang menimpa, di mana jua, aku redah jua. Sedang aku mencari ilham di dalam kotak itu, aku tak perasan akan kehadiran seekor katak yang juga sedang men-join aku mencari ilham. Besar awak katak tu. Saya bukannya takut dekat katak tu awak, tapi katak tu je yang tak takut dekat saya. Nak tak nak aku kena la jugak stay bersama-sama dengannya di dalam kotak itu. Teruk sungguh keadaan aku masa tu!


Raya Ketiga
Raya ketiga ni tak ade yang menarik pun untuk di ceritakan tapi just nak bagi tahu jumlah duit raya yang aku dapat tu agak banyak. Dapat la tampung beli tiket Air Asia pegi balik pegi Bali. Hahahaha. Mana tak banyak, asal pegi beraya dapat duit raya, asal pegi beraya dapat duit raya. Nak katakan badan aku macam budak-budak tak mungkin. Nak kata aku buat muka kesian masa datang rumah dorang takde pulak. Entah la awak.

Begitulah pengalaman aku masa 3 hari beraya di kampung. Agak menarik bagi aku, tapi tak tahu la korangkan. Hehheheheheh~ BTW Thanks kerana sudi membaca.

p/s: Sori la post kali ini agak kurang senonoh sikit untuk dibaca. Nak buat macam manakan, dah itu pengalaman aku yang aku rasa menarik. So korang terpaksa la baca. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk jadikan ayat-ayat aku tu lebih senonoh bila dibaca.
p/s: Sorry guys!! I'M SORRY!! Heeeeeee~ (^_^)
psas\\pp

Friday, September 18, 2009

Hari Raya

Wah, pejam pelik pejam pelik dah nak raya rupanya ye? Lagi dua hari je kot? Macam tak percaya pulak! I don't belieeeeeeeeevvvvvvvvveeeeeeeee this!

Alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! Bersyukur sangat ke hadrat yang Maha Pencipta kerana memberi aku kesempatan untuk aku lalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan itu. Sebenarnya perasaan sedih juga menyusuli diri ini kerana aku hanya dapat menikmati bulan Ramadan sekejap sahaja. Waktu berlalu begitu pantas sekali. Mmmmm.....




KENANGAN


Beli PS2
Bila dah nak menjelang raya ni, selalu teringat raya-raya yang sebelumnya and then buat perbandingan. Raya tahun lepas dapat banyak duit raya la, raya tahun ni kurang rm50 la, macam-macam. Tak boleh lupa semua tu. Yang tak boleh lupa lagi, once upon a time la masa tu aku budak sekolah lagi dan aku memang gila games or erti kata lain Die Hard Fans dengan games. Masa tu pS2 top lagi. Aku dengan adik aku buat satu pakatan rahsia suruh kumpul duit raya. Kebetulan masa tu, lepas ry seminggu memang time adik aku bersunat. Yes! Memang tepat pada masanya awak! Memang banyak la dana yang akan terkumpul nanti untuk beli benda tu. Campur duit raya, campur duit adik aku sunat. Wah, cukup-cukup. Dan sampai la waktunya untuk kitorang berdua melancarkan propaganda!

Afif: Amar, kau cakap la ngan ibu.
Adik: Ala, kau yang nak beli kau la yang cakap.

Kami berdua bergaduh+bertengkar+bertikam tekak bagi menentukan siapa yang harus menyebarkan propaganda tersebut. Akhirnya si abang yang baik hati ni menyerah diri.

Ibu: Cukup ke duit awak nak beli benda tu?
Afif: Cukup bu. Cukup.
Ibu: Mana awak dapat duit?
Afif: Ala, kongsi duit raya angah dengan Amar la.
Ibu: Heyy...membazir je beli benda tu.
Afif: Ala bu, boleh laaaa. Pleaaassseeee....

At last......... SUCCESS! SUCCESS!

Kitorang dapat jugak beli benda tu! Hehehe~


Bunyi Meriam


Ni paling tak boleh blah sekali. Malam raya benda ni every year berlaku dekat kampung aku, Perak. Selalunya family aku akan bergilir-gilir malam raya tidur di rumah belah mana belah mana. Macam orang lain jugak. Tapi ibu dengan ayah aku ni satu kampung . So senang la sikit. If tahun lepas malam raya tidur kat umah nenek belah ayah, tahun ni belah ibu pulak. Camtu la. Tapi if malam raya belah ayah, benda ni la yang berlaku.

KEBOOMM!! BOMMM!! BAMM!!! DUM!! DAMM!!

Pastu keluar pulak kata-kata kesat daripada mulut makcik-makcik aku.

"Eh, *^%$#!" "Mak kau #$%^&!" dan sebagainya.

Position dorang meletakkan senjata api ciptaan sendiri ni pada 9o darjah barat, 50 darjah timur, 13 darjah kutub selatan dekat surau sebelah rumah nenek aku. Senjata dia tak nak mengalah la awak. Besar gedabak! Kalau tak silap aku 3 bijik semuanya. Bunyinya menggegarkan papan-papan rumah nenek aku. "Weayh, sengal la korang! Nak perang tunggu time perang la! Aku nak tidur ni doh! Besok raya kot! Tak bangun raya aku karang. Nak main, main dalam rumah diam-diam sudah! Heiii...kau tunggu la aku buat nuklear nanti. Mati korang semua!", berkata aku dalam hati je..... heeeeee~ Ikutkan hati aku nak je join dorang semua main sekali. Di sebabkan dorang tak kenal aku dan aku kenal dorang, so tak boleh la nak join! Geram pulak rasanya.

Main MercunBenda ni pun aku tak boleh lupa jugak. Pasal benda ni la aku dah tak berani main mercun lagi. Ia berlaku masa aku darjah 3 or 4 camtu ar.. Masa tu aku main mercun padi. Tak macam laju pulak dia nak meletup. Sumbu dia terbakar begitu pantas sekali. Tak sempat aku nak baling dah meletup kat tangan. Nasib baik mercun padi tu kecik je. Walaupun begitu aku still jugak main berulang kali. Tak puas hati awak coz tak sempat baling. Aku main dan terus bermain sampai la kesepuluh-sepuluh jari aku jadi macam ni...
p/s: Bukan putus, just melecur je.

p/s: Nampak sangat aku ni bebal+sengal

Sebenarnya banyak lagi la kenangan-kenangan aku masa time dulu-dulu nak sambut raya aku nak cerita. Tapi takut nanti 5hari pulak korang kena baca semua kisah aku tu. So aku cerita jela yang mana agak menarik kat korang.

p/s: Sebenarnya semua benda-benda ni la yang mewarnai hidup kita. Tak kira hitam ke kaler itu atau berwarna-warni kaler itu, ia tetap kisah yang menarik bagi aku untuk dipahat dalam ingatan yang sangat terhad ni.

p/s: Gambar-gambar tersebut hanyalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan tauke mercun atau abang tentera laut! Heh!

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI AMPUN DAN MAAF DIPINTA JIKA TERDAPAT KEKASARAN BAHASA DAN MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK DALAM SEMUA ENTRY.

Sunday, September 13, 2009

Macam-Macam Hal

Masya-Allah, macam-macam hal la peristiwa yang terjadi semalam (12 September 2009). Semalam, aku, Ciku, Karjo dan Jamal Zeze mem-follow (?????) Sanat dan abang Sanat (Kutek) pulang ke rumah mereka yang berada di Rembau, N.Sembilan dengan niat @ nawaitu hendak berjalan-jalan di Senawang dan bermain futsal pada malamnya. Banyak benda yang terjadi semalam yang bagi ku mungkin akan kekal dalam ingatan ni.


Di Rempuh
Pergghh, benda ni yang malas aku nak cerita. Tapi aku cerita jugak la eayh? Kejadian berlaku 15km (agaknya la tu kot?) daripada titik permulaan perjalanan kami (UiTM, Segamat). Kereta MyVi 280cc yang dipandu oleh Kutek cuba memotong 2 buah kereta dan sebuah lori. Masa tu aku rasa macam tak mempunyai jantung je. Gila betul. Macam-macam tanggapan yang lalu dekat fikiran aku ni. Aku dah la penakut sikit bila orang bawa kereta laju-laju ni. Tak boleh accept la awak! Tiba-tiba........



GEDEGANG!
Macam tu la kot bunyi kereta yang kami naiki tu setelah dirempuh dari tepi belah kiri. Peh, jantung ku berlari dengan laju sekali macam Usain Bolt. Aku rasa slow lagi Usain Bolt tu. Keadaan dalam kereta menjadi kelam kabut. Rupa-rupanya kereta kedua yang cuba kami potong merempuh kami. Terkezut den! Dah la sebelum pergi tu aku tengok cerita final destination 4 (cerita yang paling aku tak suka tengok tapi still nak tengok). Tak macam ngeri plak kan? Pergh, kereta tu main keluar je. Nak memotong tu bagi la signal ke salam ke, ni tak main keluar je. Tak berhemah langsung! Dengan perasaan takut+gerun+bebal kejap, Kutek memberhentikan keretanya ketepi jalan untuk melihat kerosakan kereta yang di alami. Tapi.....


E'eleh, kereta yang tu tak berhenti pulak. Dorang terus je. Kurang ajar betul ar! Ingat dia langgar unta ke nak lari hah?! Tapi lastly kitorang dapat tahu jugak yang langgar kitorang tu budak UiTM, Segamat jugak. Alhamdulillah, kami semu tidak mengalami kecederaan. Hanya kereta saja yang kemek sedikit dan calar-balar. Tapi Kutek menggalami mental disorder sikit I think. Sebab after pelanggaran tu dia bagi Sanat bawak dan dia senyap je duduk di kerusi belakang. Hahahahahah....

p/s: Sorry Kutek, aku tak cakap kau gila eayh?


Sebelum ke Senawang
Selepas berbuka di kedai makan father Sanat ni kitorang terus bergerak pergi ke destinasi yang dituju. Tapi sebelum nak pergi tu.....


Di luar kedai Father Sanat:-
Sanat: Wei, korang cepat la solat. Kata nak gerak pegi Senawang. Karang tak sempat. Karang nak main futsal lagi.
Afif: Yela. Tapi nak solat kat mana?
Sanat: La kat kedai aku ni la.
Afif: La yeke? Aku ingat nak balik rumah kau dulu.
Sanat: Tak, sini je. Kita nak terus gerak.
Jamal Zeze: Hah, ok. ok.
Afif: Nat, lepas pegi Senawang, kita nak gerak terus main futsal ke?
Sanat: Yela.
Afif: Barang-barang aku semua kat rumah kau kot?
Sanat: La, yekew? Macam tu solat kat rumah aku jela.


Dah selesai solat di rumah Sanat, kitorang terus gerak.


Di dalam kereta:-
Afif: Nanti terus gerak pegi main futsalkan?
Kutek: Tak la, kita balik dulu ambik barang.
Afif: La tadi Sanat kata kita terus gerak?
Sanat: Mana ada! Balik dulu ambil barang la!
Jamal Zeze: Tadi kau jugak yang kata terus gerak.
Afif: Entah, tu pasal la aku kata nak ambik barang.
Sanat: La aku ingat kau nak ambik dompet ke ape ke.

p/s: Aku rasa nak terajang je Sanat masa tu!



Berjalan-jalan di Ampangan, Senawang.

Sesampainya di Ampangan (tempat ni lebih kurang macam uptown, downtown kat kL tu. Tapi diorang panggil ampangan) kami terus masuk dan mencari barang-barang untuk raya. Actually, aku tak beli apa-apa pun coz duit tak ada. Aku ingat nak shopping kat kL je nanti. Sanat dengan abangnya yang beli barang. Jalan punya jalan aku terpandang satu booth ni. Dia jual, buku-buku. And then, aku terpadang pulak satu buku ni...

Tajuk bukunya tu yang membuatkan aku terpaku berdiri kat booth tu. Buku ni ditulis oleh Muhammad Alexander yang berasal dari seberang. Aku menyelak-nyelak buku ni untuk melihat apa isi kandungannya. Memperlihatkan tajuk 'mengenali inskripsi Yahudi' first tajuk dalam buku ni membuatkan aku mempunyai hasrat yang mendalam untuk membeli buku ini. Buku-buku seperti ni la yang aku minat untuk baca. Tanpa berfikir panjang aku ambil buku ini dan bertanyakan harga.


Afif: Bang, berapa?
Brother: RM30.50
Afif: Tak boleh kurang ke?
Brother: RM30 je dik. Abang boleh kurang 50sen je.

(la...50sen je dia kurang. Tapi minat aku terhadap buku ni, aku beli jugak.)


Sampai je kat rumah Sanat, aku terus belek buku tu sekali lagi. Ternyata buku tu memang seronok untuk dibaca.




Diambil Kad Pengenalan
Don't judge yang bukan-bukan dulu eayh? Kami tak buat salah apa-apa.

Benda ni berlaku after kitorang balik dari main futsal. Kami berhenti di depan 7-eleven untuk beli air. And then sebuah kereta peronda polis yang mengandungi 4orang anggota di dalamnya datang dan berhenti di depan kereta kami. Aku tak fikirkan apa-apa yang negatif la sebab aku rasa kitorang tak buat salah apa-apa. Kemudian salah seorang anggota bertanyakan kepada kami....

Anggota Polis 1: Dari mana ni?

Afif: Baru balik main futsal cik.

Anggota Polis 1: Dari mana?

Karjo: Baru habis main futsal.

Anggota Polis 1: Bagi ic korang semua.

Afif: Jangan cik kami tak bersalah. Kami tak culik siapa-siapa. Kami tak rompak mana-mana kedai cik. Tolong la cik, saya tak kawin lagi ni.

(hahahahahahah....gurau je. Dialog tu aku tambah!)

Settle semua anggota polis tu tulis ic kitorang kat sehelai kertas dia pun pulangkan balik. Aku berbisik perlahan-perlahan dekat Kutek.

Afif: Asal dorang ambik ic?

Kutek: Entah la, aku rasa just check safety kot. Yela kita keluar pukul berapa pulak sekarang ni.

Oooo...rupa-rupanya dorang just nak jaga keselamatan je. Mana tau ada kes-kes yang mencurigakan kat situ-situ ke. Tak paham la aku! hahahaha~

p/s: Moral of the story jangan la main futsal tengah-tengah malam and balik lewat-lewat pagi. Nak main tengah-tengah hari buta takpe.

Sampai situ jela story aku pada kali ini. Sampai berjumpa di lain waktu. Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

Friday, September 11, 2009

WATCH!!!

The Making Of...



Finally settle jugak pembikinan scene tambahan ni.. Tak macam penat pulakkan coz scene yang lari tu aku ngan Mr B buat banyak kali. Perggghhh... rase nak berbuka je time tu. Nasib baek iman ku ini tebal di dada. Heeeeeeee~

p/s: Nampak sangat aku la yang paling kecoh time ni kan? Huhuhu~

p/s: Thanks to Jamal Zeze as a propman (dia tak suka aku panggil dia macam tu, tapi aku nak panggil jugak) yang bersusah payah pegangkan barang-barang, Karjo as a cameraman and Mr B yang bantu menjayakan pembikinan scene tambahan ni. Without you all, pembikinan scene tambahan ni takkan berjaya. Thank u! Luv yo! Muah! Muah! Muah! Hahahaha~ (^_^)

Diberi Peluang

Bismillahirahmanirrahim.....


Heheheh. EXCITED! EXCITED! EXCITED!


Besok (hari ini) bermula la aku punya kerja baru untuk tambahan scene bagi iklan kami. Aku dan Mr. B diberi peluang oleh Miss A1 (leader) untuk kitorang berdua sumbangkan idea kitorang dalam iklan tersebut memandangkan presentation untuk iklan tu di lanjutkan sehingga minggu depan kerana ramai lagi group yang tak siap lagi pembikinan iklan tu.


Leader: Weayh korang, sempat ni kalau kita buat balik kita punya iklan ni. Kali ni bagi Afif yang leader. Buat la apa korang nak buat.
Afif: Wah, perli nampak.
Leader: Eh, taklah. Aku cakap yang betul. Aku just nak bagi peluang kat korang je. Nanti cakap aku ni apa pulak.
Mr. B: Kau touching ke?
Leader: Eh, taklah! Aku ok je.
Afif: Tak sebenarnya kitorang bukan nak buat balik pun. Malas dah kitorang ni. Kau punya tu pun dah ok dah kot?! Tapi kitorang just nak tambah scene je pastu nak masukkan brand logo dalam iklan tu.
Leader: Scene ape?
Afif: Nanti aku buat story board dia dulu. Pastu kau tengok ar..
Leader: Ok.


Lebih kurang macam tu la dialog dia...


Wah, aku bukan main excited lagi dia cakap macam tu. Balik je daripada kelas MKT malam tu aku terus fikirkan jalan cerita untuk dimasukkan ke dalam iklan yang sedia ada tu. Tapi tak tau jugak scene yang aku nak masukkan ni dapat relate tak dengan scene yang sedia ada tu.



Create Story Board
Bersengkang mata jugak la aku memikirkan scene apa yang sesuai. Sampai tak boleh tidur awak malam tu because excited sangat. Dah la besoknya ada kelas ECO. Pukul 8 plak tu. Aku bila dah excited, kisah pulak semua tu. Sedar tak sedar dalam 2 jam jugak la aku buat story board tu. Lepas siap tu, aku tunjuk kat Mr. B. Aku terangkan scene ni nak masuk kat part yang mana la, apa la, itu la, ini la, Mr. B pun bersetuju. Nasib baik dia tak banyak cekadak. Kalau tak..... (^;^)

Scene yang aku buat tu ada unsur-unsur action sikit. Heee~



Submit Story Board
Keesokan harinya, after sahur, aku tidur balik untuk cover balik masa aku tak tidur semalam. Pergh, bangun pagi pegi kelas ECO mata rabak! Dalam kelas, lecturer cakap apa pun aku tak tahu dah. Fikiran terbayang-bayangkan bantal, bantal peluk dan katil. Tak macam sakit pulak otak den ni hah tahan ngantok! After kelas ECO ada pulak kelas MKT. Itu takpe la sebab nak submit akunya story board kat leader. Sesudah habis je kelas......


Afif: Mr. B, nak tunjuk ke story board ni?
Mr. B: Tunjuk je la.
Afif: Segan doh!

(ngado-ngado boto la Afif ni! Semalam beliau yang excited sangat. Apo-apo jolah jang oii!)


Mr. B: Alah, kau ni. Kecoh ar. Meh sini.
Afif: hahahahah....
Mr B: Miss A1, ni hah story board kitorang.
Leader: Oh, yeke? Ok la. Kita discuss kat luar.


Cerita punya cerita dia setuju.


Afif: Tapi aku nak shoot je dulu scene ni. If tak relate dengan jalan cerita kau, tak payah la kita ambik. Ok tak?
Leader: Ok. Ok.
Afif: K, bagus. Tapi aku nak pinjam kau punya camera. Boleh tak?
Leader: Boleh je. Tapi aku balik weekend ni.
Afif: Takpe. Scene ni just aku dengan Mr B je.
Leader: Korang jaga elok-elok camera tu boleh tak?
Afif: Wuish, mesti la. Tapi mahal ke camera tu?

(DUSH! DUSH! DUSH! Soalan yang agak kebodohan di situ. Dah tentulah mahal awak! Camera digital kot?)

Leader: Of coz la. Olympus kot? Ok la. Bye korang.


Excited! Excited! Excited!
Tak tahu kenapa excited macam ni. Kisah pulak aku kan? Heeeee~ So besok bermulalah penggambaran tersebut.

Isya-Allah after settle semua, dah present, and dah 100% video iklan tu complete, I will show the video yang kami semua hasilkan kat blog ni. TUNGGUUUUUU!!! (^o^)


p/s: Nak thanks kat our leader coz bagi peluang kat kitorang untuk kitorang tambah scene kat iklan tu. Tapi jika tak berjaya iklan tu mendapat tempat kat hati para juri nanti. I'm Sorry!!!

Wednesday, September 9, 2009

B-E-N-G-A-N-G

Assalamualaikum......

Hasrat hati ingin la berbuka dekat restaurant yang up sikit bersama rakan-rakan yang lain dengan bermenukan ikan bakar dan sebagainya. Plan ni dah buat 3 hari awal dah.


Afif: Mal, kita buke pose kat luar nak? Ajak Sanat dan yang lain.

Mal: Cara gak tu.

Afif: Bila agak-agak?

Mal: Kena tanye tuan punya kete ar.

Afif: Ok set!


Musyawarah pun diadakan la bagi men-decide hari dan masa yang sesuai. Kata sepakat semua Ahli Majlis Jejaka Perasan (aku tak! Haaaaaahahahaha) telah bersetuju bahawa hari dan masa yang sesuai jatuh pada hari Rabu, Orbit yang ke-32 pusing 5 kali bersamaan 9 September 2009 waktu Kutub Utara berpaksikan saksi-saksi yang seksi lagi seksa.


Salah seorang dari ahli kami Mr. Karjo (banyak pulak nama dia ni dalam blog aku) telah membuat tempahan 'kiss me through the fon' sehari sebelum, sebuah restaurant yang terkemuka di Tanah Segamat ni.

Karjo: Hello, Restaurant ___________ ke?
Staff: Ye betul. Boleh saya bantu?
Karjo: Saya nak booked meja untuk berbuka puasa untuk besok boleh?
Staff: Eh, boleh. Takde masalah. Dialu-alukan.
Karjo: Kami nak order makanan sekali boleh?
Staff: Boleh. Apa yang encik nak? Kat sini semua ada.
Karjo: Bagi kami set_____________ dan___________dan___________.
Staff: Ok. Air taknak ke?
Karjo: Air kitorang order sesudah sampai nanti.
Staff: Ok. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sila cuba sebentar lagi (???)!

Lebih kurang macam tu la dialog dia. Aku ada tambah-tambah sikit. (^_*)

Settle semua kerja. Hari dah di tetapkan, meja dah booked, makanan dah order, tinggal makan je nanti bila dah sampai sana. Wah, tak sabar nak makan ikan bakar!

Hari Yang di Nantikan
Kitorang patutnya bertolak pada pukul 6. Tunggu si mangkuk, tunggu si Lahabau, tunggu si Sengal, kitorang bertolak dalam 6 lebih.

Sorang-sorang menyusur turun dari blok.
Afif: Adoooiiii, lambat la kau Mal! Janji pukul 6 nak tolak, ni dah 6 lebih dah! Tension la camni. Adoooiiiii!!!!
Mal: Ciku (Arai) ar siap lambat. Nak setting rambut la ape la. Sanat bleh bantai outing kejap plak tadi!
Ciku: Adoi! Kecoh ar..
Karjo: Bising la korang ni.


Dalam Perjalanan
Si tuan punya kereta ni (Sanat) bawak kereta macam orang hilang arah tujuan. Alasannya nak cepat nanti lambat sampai. Dia cilok sana, dia cilok sini. Perggh, ikut hati nak je cabut enjin kereta MyVi 258cc (??????) dia tu! Nasib baik la awak tuan punya kereta. Di jangka sampai dalam 6.45, tapi si Karjo nak beli kek la, Sanat nak isi minyak la, Mal nak pegi bank la, trafik light lagi, kol 7 baru sampai ke destinasi.


Sesampainya
Sampai je kat tempat yang sepatutnya, kitorang rasa pelik+heran. Asal kosong je nih? Pelik? Pegi betul-betul depan kedai.......
Lah, T-U-T-U-P awak!! (+.+")
Impossible is Nothing!! Impossbile is Nothing!!


Sanat: Weayh, tutup doh! Camne ni?
Mal: Tau takpe! Camne aritu dia boleh amik reserve kite?
Afif: Adoooiiii!!!! Camne ni? Dah nak berbuka dah ni! Call la orang tu!

Keadaan menjadi kecoh sekejap di dalam kereta.

Mal pun telefon restaurant tu balik.


Mal: Hello, ni_________ ke?
Staff: Ye, tapi kami tutup la hari ni.
Mal: Laa..yeke?? Hari tu kenapa amik reserve kitorang? Abih macam mana ni?
Staff:...........
Mal: Kenapa tutup?
Staff: Tukang masak kitorang takde la hari ni.


Mak aih, alasan tak boleh belah la awak!! Teruk gila jawapan! Tu jawab soalan essay tu sure gagal!

Mal: Abis, macam mana orang lain yang dah booked jugak? Dan kenapa tak informkan kat kami? Kami dah sampai kot?!

Terus dia letak telefon awak! Tak patut betul kan?

Semua mengeluarkan kata-kata kesat+kasar. Hahahahahah~

Azan pun dah berkumandang, kitorang hanya berbuka just air tin yang Sanat beli je dalam kereta sementara mencari tempat lain untuk berbuka! Dah la setin je airnya. Kesian kan?

Finally kitorang hanya berbuka puasa kat kedai mamak je! Tak boleh blah la awak!!! BENGANG+TENSION!!!!! KITORANG DAH KENA LAGI BEB!!

Macam mana la peniaga Melayu=Islam nak maju kalau macam ni?! Bagi alasan pun tak pandai. Aku bagi satu contoh jawapan terbaek untuk semua staff kat restaurant tu

" Maaf la cik, kedai kami baru je di bom tadi! Ni saya pun dah nyawa-nyawa ikan dah ni. Cik datang laen waktu je la cik ye?"

Hah, jawapan tu aku rasa akan membuatkan customer terharu lalu tak jadi nak marah. B*^#$ betul la korang!


p/s: Geram plak aku! Rasa nak mencarut je!! TIDAAAAKKKKKKK!!!!!!

p/s: Kepada rakan-rakan, sahabat handai better korang berbuka la di Masjid. Tak payah gatal-gatal nak buka di luar! Pahala dapat, duit pun tak membazir! Kan?Kan?Kan? :(

Monday, September 7, 2009

Mana Anda Pilih?

Di atas terdapat 2 gambar yang berbeza. Mana satu yang korang pilih? Jawapan dan alasannya simpan dahulu dan menilainya nanti setelah korang habis baca pos aku ni.

Bismillahirahmanirrahim.....

Hasrat ku ingin melepaskan bosan setelah menyiapkan nota CTU 151 (dah nak test baru sibuk nak buat nota). Aku pergi ke bilik sahabatku yang berada di sebelah bilik ku. Masuk memberi salam dan melihat Ajam dan juniornya sedang bersantai di atas katil. Acab pula sedang duduk di bangku mentelaah nota CTU 151. Lalu aku ternampak makanan yang agak sedap di pandang mata. Meminta keizinan tuan punya makanan untuk aku menghabiskannya (makanan tu pun dah tinggal sikit la). Mencapai kedua-dua makanan tersebut lalu makan. Hehehehe~ Lepas makan, aku ambil satu majalah yang berada di atas katil Ajam itu. Kemudian Sam pula masuk ke dalam bilik itu. Kemudian..........

Ajam: Afif, apa yang kau faham pasal CTU bab 1 ni?
Afif: (diam kebodohan) (Pasal tak habis baca lagi)
Ajam: Sam, apa yang kau tahu pasal Bab 1? Terangkan kat aku.

Sam memberikan jawapan apa yang difahaminya dengan penuh ikhlas dan bersemangat.

Ajam: Oh, macam tu. Afif, apa yang kau faham plak?
Afif: Apa yang aku faham eayh? Bab 1 ni ada semua pasal CTU151 dan dia tak mengandungi subjek lain seperti Costing, Marketing dan lain-lain.

Kemudian Acab ketawa dan berkata.....

Acab:Hahaha. Ajam kau rasa tengok si Afif ni pakai suar pendek tak berbaju, agak-agak kau dia dapat jawab ke CTU?
Ajam: Aish, boleh jawab la. Kau jangan pandang pakaian seseorang tu. Mana tau dia ada sedikit ilmu.

Keadaan di situ diam sebentar.

Ajam: Ok, cab. Kau penah dengar cerita kertas putih tak? Kalau tak aku nak cerita kat kau.

Ajam kemudian mengambil satu kertas lalu melukis seperti gambar di atas.

Ajam: Apa yang kau nampak Cab?

Acab memberikan jawapannya dengan menerangkan gambar tersebut.

Ajam: Mana yang kau pilih?
Acab: Ok, kalau aku aku pilih bulat putih dikalangan hitam.

Alasan jawapan Acab tu- Bagi aku kita bagai yang putih tu. Yang putih tu melambangkan kebaikan. Pastu kita di kelilingi benda-benda yang tidak baik (warna hitam). Walaupun begitu kita still lagi boleh survive dengan benda-benda tu dan tak terpengaruh.

Lihat jawapan yang diberikan Ajam pulak- Kalau aku, aku pilih yang hitam di tengah-tengah tu. Sebabnya, lihat kisah Ustaz Akhil Hayy tak? Tengok apa yang di lakukannya sebelum ni? Berdakwah sana sini. Orang memandangnya tinggi dan elok. Tapi setelah penceraiannya tu......... Sebab tu aku pilih yang hitam di tengah-tengah tu. Biar la kita hitam di kelilingi dengan orang baik-baik. Biasa la manusiakan mesti ada buat salah. So, if aku buat salah sikit orang tak kisah sangat. Tu sebab aku nak orang aggap aku dan pandang aku ni jahat tapi aku dan Allah sahaja tahu aku sebaliknya.

Kesimpulan yang dapat disimpul-simpulkan disini ialah manusia biasanya akan melihat apa yang dilakukan seseorang itu sebelumnya. Jika seseorang itu baik sebelumnya kemudian membuat sedikit kesalahan mereka akan terus mempertikaikannya. Jika seseorang itu jahat sebelumnya dan membuat sebesar mana kesalahan sekali pun, mereka tidak akan berkata tentangnya.

p/s: Hah, apa pulak jawapan korang? Simpan dan buat perbandingan sendiri. Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Fikir-fikirkanlah..........
p/s: Pasal aku pakai suar pendek tak berbaju tu sebab keadaan pada waktu tu panas that's why la. Jangan judge yang lain plak eayh? Tak suka! Tak suka! heeeeeee~

Saturday, September 5, 2009

Selesai Sudah........

Alhamdulillah......


Dah selesai pun 'shooting' aku dengan group member yang lain. Ingin sekali aku menyatakan disini bahawa aku bukanlah seorang pelakon drama mahupun pelakon iklan di kaca televisyen tu. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, aku bagi tahu korang ye? Subjek yang aku ambil iaitu MKT (Fundamentals of Marketing) sebenarnya ada membuat satu competition iaitu buat satu iklan tentang suatu produk. Ia terbuka kepada pelajar sem 2 yang ambil subjek ni. Kos yang aku ingat ambil subjek ni, Banking, Business in Transport dan kos aku, Business Study. Yang lain aku tak ingat. Hahahaha~ Ni kira macam assingment jugak la. Bukan macam, dah memang salah satu assingment kitorang. Markah akan diberi siapa yang involve dan markah tersebut akan dibawa ke final exam nanti (memang wajib involve pun). Every sem benda ni akan berlaku. Pada sem kali ni (sem aku la tu) produk yang kitorang semua kena buat pasal 'LAPTOP'.

Banyak jugak la peristiwa yang berlaku sepanjang nak menyiapkan assingment ni. Group aku terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Aku (afif), Mr. B, Miss A1, Miss A2, Miss A3. Yang jadi leader dalam group kami perempuan, Miss A1 (Afif ni memalukan lakan? Patut awak yang jadi leader sebab awak tu lelaki). Aku bukan tak nak, tapi....... Hehehehehe~ Miss A1 ni lagi berpengalaman dalam hal-hal buat iklan ni sebab dia pun seorang M*#%L. So, biarkaaaaaannnnnnnnn!!!!!!



Sibuk

Banyak la benda tak patut berlaku, berlaku dalam hal ni. Aku cerita satu persatu. Tapi panjang la...Takpe kan? Huhuhuhu~ Our leader send a message....... "Malam ni ada discussion pasal assignment MKT pukul 10." Tapi tak jadi pun! Benda ni berlaku bukan sekali, tapi banyak kali jugak la. Alasannya, busy la, apa la, itu la, ini la. Hey, makcik kantin sekolah adik aku lagi busy la wei! Tapi ada jugak la conversation pasal benda ni. Tapi itu pun lepas kelas MKT tu jugak sebab time tu je semua member group dapat berjumpa pasal aku pun kelas MKT je yang sama dengan dorang semua. hahahah~



Siap Story Board

Jumpa tak, apa pun tak tau tau story board pasal iklan ni dah siap. Aiyh? Hebat gila leader aku ni (hebat ke? Patut discuss dulu cik kak ooii)! Tau tau dah siap. Aku nak jugak sumbangkan idea aku untuk story board tu. Nak jugak la tengok hasil bersama semua ahli group. Tapi....... Benda ni la yang buat aku dengan Mr. B terasa kitorang ni useless sangat! Hmmmmmmm....tak tau la. Tapi jalan cerita dia boleh la tahan. Boleh la daripada tak ada langsung.



Design Logo & Reka Nama Laptop

Aku dan Mr. B diminta untuk mereka logo dan nama untuk laptop tu. Wah, tak la terasa useless sangat kitorang ni. Bab-bab reka mereka dan lagi-lagi pulak ada kaitan dengan art, perggh...seronok-seronok! Aku ngan Mr. B reka design tu mengambil masa hanya sehari sahaja. Hebatkan? Hahahaha~ Tapi di sebabkan malas nak buat time dorang bagi masa awal-awal dulu, jadi la tempoh dia sampai seminggu lebih. Hahahaha~ Dah dekat nak shoot iklan tu baru terhegeh-hegeh nak buat. Hampir 6 design logo kitorang berdua reka. Dan pasal nama laptop tu pulak, aku dengan Mr. B letak CUBE LUMOS tapi Leader suruh pendekkan nama tu sebab dia kata nama panjang-panjang ni biasanya tak popular. Takpe la, aku ikut jugak la kata Leader tu. Karang melawan derhaka pulak. Nama pendek tu CL stand for CUBE LUMOS tu la. LUMOS plak bererti Lives Uniquely With Master Of apa entah, aku lupa dah. Hahahahah~ Mr. B je yang tau sebab dia yang letak LUMOS tu. Tapi yang sedihnyakan logo yang kitorang reka tu tak diguna pakai dalam iklan tu. Waaaaaaaaaaaaaa~ USELESS GILA DIRIKU DAN RAKAN KU INI!!! Lagi sekali aku dengan Mr. B merasakan diri ini USELESS sangat! :(



Before Hari Shooting

Message~

Leader: Pembikinan iklan pada hari Sabtu, pada pukul 9 di library. Pakai baju yang sepatutnya.

Afif: Ok

Leader: Esok buat rambut mohawk atau spike boleh?

Afif: Hahaha...jgn wat lawak la.

Leader: Eleh, slalu boleh je.

Afif: Xpyh la eayh?

Leader: Nak bezakan style kau ngan Mr. B

Afif: Abeh, xkn nk ptg rmbt plak?

Leader: Dah panjang ke? Biasa je.

Afif: Mslhnye rmbt ni xleh naek la. Dia kne pndek.

Leader: T-shirt dah design kat paint?

Afif:Dh...Logo kau nk ke?

Leader: Nanti letak kat pendrive. Tshirt tu make sure colour striking yg obvious on camera. Logo tableh tukar dah sebab penggambaran dah halfway. Tapi bwk jelah.

Afif: Yeke? CUBE LUMOS. Lumos tu stand for ape aku dh lupa. Kau tnye Mr. B coz dia yg ltk nme tu.



Hari Shooting

Janji pukul 9 tapi datangnya, mak aih! Dalam 10 lebih. Tak punctual langsung! Tapi akhirnya complete jugak kitorangnya assignment ni dengan jayanya walaupun scene aku ngan Mr. B di take berulang kali. Maklum la orang tak penah berlakon iklan. Heeeeeeeeee~



Daripada peristiwa ini aku dapat macam-macam pengalaman especially pengalaman berlakon iklan. Hahahahahahahahah~ Korang tunggu jela nanti eayh keputusannya. Doakan la agar our group success! Amin......


p/s: Aku letak nama Miss A1, Miss A2, Miss A3 bukan saja-saja tapi dah nama dorang start ngan huruf A nak wat camne.

p/s: Korang jangan judge akunya leader bukan-bukan if u dont know her dan aku pun post blog kali ini bukan tak puas hati dengan sesiapa. Just nak kongsi pengalaman aku ni. Actually she is a great leader!!

p/s: Kami hanya menggunakan camare digital je untuk melakukan penggambaran ini.