Sunday, May 30, 2010

Tabiat Orang Kita (Versi 2)


Sebelum ni aku pernah jugak post entry pasal Tabiat Orang Kita ni. Kali ni rasa nak cerita lagi sebab bila cerita pasal tabiat orang kita rasa kelakar ada, sakit hati ada dan paling tak boleh belah terasa pulak dekat diri sendiri ni hah. Bak kata pepatah, 'Terkena batang hidung sendiri'. So, bila kita cerita pasal Malaysian ni, kita dengan secara automatik tanpa perlu menukar gear dengan tangan (mengarut sudah), kita akan sedar sendiri akan hakikatnya tu.

Mari kita sama-sama melihat dan menilai sendiri akan hakikat diri kita yang tak berapa nak sempurna lagi kelakar ini.

First thing about
Malaysian I wanna tell you all is Malaysian lebih tahu pasal tempat makan yang sedap-sedap berbanding tempat mencari ilmu walaupun baru saja diiklankan dekat TV.

Man Golok: Wei, Jai. Kau tau tak tempat makan paling sedap dekat kL ni? Sebab awek aku nak datang sini. Dia daripada Lombok. So, aku kena la bawak dia pegi makan tempat sedap-sedap sikit.

Jai Tau: Oooo... Tau sangat. Ada satu restoran tu memang masakan dia terbaek dari ladang teh boh Pakcik Rozman. Restoran tu dekat Jalan Raja Laut, bersebelahan dengan tokong cina, selang dua daripada Petronas dan berhadapan dengan Kedai Kasut Mak Jan.


Ambik kau, secara detail dia bagitau. Tak payah guna GPS semua complete direction dia bagi. Tapi...

Orang Tua: Assalamualaikum nak, pakcik nak cari tempat ceramah perdana yang ada diiklankan dekat TV tu semalam. Tak silap pakcik dia dekat-dekat sini je tempat dia tapi sampai sekarang pakcik tak jumpa la nak.

Jai Tau: (Garu kepala 16 15 kali) Maaf la pakcik, tak tau la pulak saya. Al-maklum la, rumah saya TV pun takde.

Dan dan tu cakap TV takde tau. Ishk..ishk..ishk..


Orang
Malaysia memang suka berhibur. Kalau pergi konsert, perghhh.. Memang tak kenal mana beruk mana manusia dah.

Lia: Nak tengok video aku rakam masa pergi konsert
Boys Like Girl dekat kL hari tu tak?
Mun: Boleh jugak.
Lia: Tengok la, happening-kan kitorang?
Mun: Ni beruk ke?
Lia: Otak kau, ni pakwe aku gila.
Mun: Maksud aku yang sebelah dia.
Lia: Itukan pakwe kau.
Mun: Oh, eayh? Asal aku takde pakwe aku ada?

Lia: Kaukan tak nak pergi aritu. Eeee..SENGAL!!

Ahahaha.. *Memang la awak, nama pun konsert takkan la nak berdiri tegak sambil menyanyikan lagu negaraku pulak. Ye betul, tapi kalau pergi majlis ilmu, jangan nak katakan terloncat-loncat, nak berdiri tegak 5minit pun kaki dah rasa lenguh. Tapi kalau bagi kerusi untuk duduk pulak semua angguk-anggukkan kepala tanda setuju (tidur la!).

Lepak dengan member-member dekat kedai mamak sambil minum teh tarik sambil tu buat dosa ber-gossip sana, ber-gossip sini kutuk orang tapi diri sendiri tak nak sedarkan diri dulu.

Kimi: Bro, awek semalam yang lu cakap tu tak hot bro! Muka pecah longkang je. Longkang tu kalau wa buat awek wa, wa lagi suka bro. Buat penat wa ayat dia dekat Facebook je.
Joe: Yeke? Mana aku tau doh, tengok picture macam hot. (Alah, lu pun macam hot pulakkan nak kutuk-kutuk orang).


Bila nak disuruh buat baik, sangat la pemalunya sebab takut akan diperkatakan orang dirimu itu hanyalah poyo belaka.

Ben: Lan, pegi la tolong miss tu angkat barang-barang dia. Banyak tu..

Lan: Ala, segan la aku. Nanti orang kata aku bodek miss pulak. Kau pegi la.
Ben: Apa pulak aku. Itukan lecturer kau.

Tapi..

Lan: Tadi an, masa aku lalu depan bilik Sir Johan tadi, aku ketuk-ketuk pintu dia lepas tu aku belah. Hahaha. Mesti dia bengang je. Kau tak caya tanya Milan. Aku dengan dia tadi. Milan punya la menggelabah lari tadi. Hahahah..

Ben: Pergghhh... Kau ni gila la Lan. Berani betul.


Bangga tak sudah buat benda jahat. Yela, dia ingat buat benda jahat baru orang puji. Macam ni la jadinya.


Apa-apa pun yang pernah aku bagitau sebelum ni, semua ini adalah identiti kita sebagai rakyat
Malaysia. You must proud to be Malaysian. Banggalah kamu jadi rakyat Malaysia walaupun kamu berangan nak kawin dengan anak Mat Saleh. Huhuhu..PEACE!!


..SEKIAN..

Thursday, May 27, 2010

Mike Tyson Tumbuk Cikgu


Mike Tyson tumbuk muka cikgu? Serious? Cikgu anak dia ke? Atau cikgu memandu? Tak pun cikgu memasak bini dia. Cikgu memasak bini dia? Macam salah je ayat ni? (^_^)

Sajeje nak buat gempak la awak. Bukannya Mike Tyson si Juara Tinju yang kena gigit telinga tu la. Ni cerita pasal tajuk front page dekat surat khabar Harian Metro semalam (26 Mei 2010) la.


Pelajar Tumbuk Muka Bertubi-tubi
BELASAH GURU


KUALA LUMPUR:
Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di ibu kota bukan saja dimaki-hamun,
malah turut ditumbuk berulang kali pada muka menyebabkannya mengalami
kecederaan. Difahamkan, dalam kejadian Isnin lalu, pelajar Tingkatan satu
berusia 13 tahun terbabit hilang kawalan selepas didenda guru itu kerana tidak
membawa buku teks mata pelajaran diajarnya.


Itu la sebahagian daripada isi kandungan yang ada dalam surat khabar Harian Metro semalam. Sedikit terperanjat jugak la bila tengok muka hadapan paper tu semalam. Hey, apa dah jadi dengan dunia sekarang ni? Mana perginya rasa hormat pelajar-pelajar terhadap guru-guru mereka. Baru berusia 13 tahun sudah berani melawan guru. Lepas tu dia terima padahnya sebab dia dibuang sekolah serta merta. Gelap sungguh masa depan budak tu segelap cermin mata hitam yang di-tinted-kan. Ishk ishk ishk..gelap sungguh tu. (^_^)

Macam mana perkara sebegini boleh berlaku? Salah ibu mengandung? Salah masyarakat? Atau salah cikgu-cikgu sendiri? Siapa kita nak salahkan?

*Kenapa cikgu tu tak melawan?. *Cikgu tu lembut la!. Banyak la kau punya cikgu tu lembut. Aku rasa cikgu tu ambil tindakan yang bijak sebab tak melawan balik. Apa sangat la tumbukan budak berusia 13tahun tu. Kalau cikgu tu lawan balik sure budak tu kena campak ke wad. Mungkin la. Makin hari makin hilang rasa hormat pelajar-pelajar terhadap guru-guru mereka. Makin lama di biarkan, jatuh la martabat seseorang guru tu.

Ibu bapa kena la ambil serious tentang perkara ni. Jangan la selalu bersangka baik terhadap perangai anak-anak di sekolah. Yela, kalau ada laporan daripada sekolah mengatakan anak mereka telah melakukan sekian sekian sekian, ibu bapa cepat saja nak salahkan balik guru-guru di sekolah. So, bila terjadi perkara sebegini masih nak salahkan guru-guru?

Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan mereka tak kira la kerajaan, masyarakat dan individu itu sendiri sebelum luka yang sedia ada menjadi bertambah parah.

..SEKIAN..
p/s: Kesian dekat cikgu-cikgu weayh selalu jadi mangsa keadaan.

Friday, May 21, 2010

Al-Masih Al-Dajjal (Part 2)

Tanda-Tanda Kemunculan Dajjal

Dari hadis Tamim Ad Dari disimpulkan bahawa tanda-tanda kemunculan Dajjal adalah:
  1. Pohon-pohon kurma di desa Nakhl Baisan (Palestin) tidak boleh berbuah lagi.
  2. Keringnya air danau (tasik) Thabaria di Palestin.
  3. Keringnya mata air Zughar, Syiria yang biasa mengairi kebun di sekitarnya.
Selain daripada apa yang disebutkan di atas, keadaan di saat kemunculan Dajjal muncul sangat kacau bilau. Kezaliman pula berlaku pada setiap muslim dan peperangan terjadi tanpa henti.


Di Manakah Dajjal di Saat Ini?


Para ulama berbeza pendapatnya tentang keberadaan Dajjal saat ini. Adakah dia sudah wujud? Sesetengah ulama mengatakan ianya sudah lama wujud dan berada di satu pulau yang terpencil yang tidak diketahui oleh seorang manusia pun kerana Allah telah menyembunyikan pulau tersebut dari pandangan manusia. Ia sedang menunggu ketentuan Allah untuk keluar pada suatu masa nanti. Wallahualambissawab..


Kenapa Fitnah Dajjal Harus Diberikan Perhatian?


Rasulullah SAW menggambarkan bila saat kehadiran Dajjal itu nanti, akan ada orang yang merasa dirinya memiliki iman yang kuat lalu ia menyangka bahawa dirinya tidak akan terpengaruh dengan Dajjal. Namun tatkala ia sudah berada di hadapan Dajjal, tiba-tiba dirinya menjadi pengikutnya yang setia. Subahanallah.. Ini bererti orang mukmin yang kuat imannya sekali pun mampu menjadi pengikut Dajjal inikan pula kita yang tidak tahu bagaimana teguhnya iman kita. Rasulullah juga pernah berpesan jika kita terdengar akan berita tentang kehadiran Dajjal di tempat kita, di minta supaya lari menjauhinya. Janganlah kita mendekatinya.

Kesimpulannya, fitnah Dajjal harus diberikan perhatian kerana ia adalah suatu ujian Allah yang paling dahsyat di saat berlakunya kehancuran dunia (kiamat). Rasulullah juga ada meminta kepada seluruh umatnya agar bacalah doa meminta perlindungan dari fitnah Dajjal di setiap akhir solat mereka. Bahkan ada seorang sayyidut tabi'in Thawus bin Kaisan akan menyuruh anaknya mengulangi solat yang dikerjakannya jika tidak membaca doa meminta perlindungan dari fitnah Dajjal.

Bismillahirrahmanirrahim..


Ertinya; "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaan kubur, seksaan neraka Jahannam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Al-Masih Al-Dajjal."
(Kitab Al-Masajid, 5:87)

Mungkin ini saja yang boleh dikongsi dengan korang semua.
Percayalah setiap kejadian yang dicipta Allah ada hikmahnya, begitu juga Allah menciptakan Dajjal. Semuanya kerana Allah mahu menguji tahap keimanan hamba-hambaNya. Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana. Wallahualam..

..SEKIAN..

p/s: Segala sumber adalah daripada buku 'Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan'.

Al-Masih Al-Dajjal (Part 1)

Assalamualaikum wtb.. Entry kali ni nak berkongsi sedikit ilmu yang telah aku dapat tentang Al-Masih Al-Dajjal.

Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai sekalian manusia. Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini semenjak Allah menciptakan keturunan Adam (dan tidak ada fitnah sehingga hari kiamat tiba) yang lebih besar dari fitnah Dajjal. Sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang Nabi melainkan telah memperingatkan kaumnya akan fitnah Dajjal."

Terbukti bahawa fitnah Dajjal itu adalah yang paling dahsyat daripada fitnah-fitnah yang pernah ada di muka bumi ini. Tetapi yang menjadikan kita khuatir kerana di akhir zaman ini pabila di saat kemunculan Dajjal nanti, ramai manusia yang ingin bertemu dengannya sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

"Akan datang suatu masa kepada manusia, di mana mereka mengangankan bertemu Dajjal."

Ciri-Ciri Dajjal

Dajjal bukanlah raksaksa yang besar yang bermata satu yang boleh menghancurkan bangunan-bangunan seperti yang pernah kita ketahui sebelum ini tetapi Dajjal yang digambarkan oleh Rasulullah ialah seorang manusia laki-laki yang gemuk, berkulit merah, berambut kerinting, matanya buta sebelah dan matanya itu seperti buah anggur yang masak (tak bersinar). Di antara kedua matanya (dahi) terdapat tulisan Kaf Fa' Ra' (kafir) yang boleh dibaca oleh setiap orang mukmin walaupun mereka buta huruf. Dajjal juga berketurunan Adam tetapi diberi kelebihan kekuasaan oleh Allah yang bukan hak mutlak Dajjal.


Waktu dan Tempat Keluarnya Dajjal

Ada riwayat yang menyatakan bahawa Dajjal keluar selama 40hari tetapi hari pertamanya bagaikan 1tahun, hari keduanya bagaikan satu bulan dan hari ketiganya bagaikan satu pekan (seminggu). Sisa-sisa hari lainnya seperti hari-hari dunia lainnya (seperti hari biasa). Selama masa inilah ramai kaum muslimin yang murtad dan menjadi pengikut Dajjal.

Kemunculan Pertama
Sulaiman Bin Syihab berkata suatu ketika Abdullah bin Maghnam datang ke rumahnya sebagai sahabat Nabi SAW. Kemudian dia menceritakan tentang Nabi SAW bahawa baginda pernah bersabda bahawa,

"Tidak lagi ada kesamaran (ketidak jelasan) tentang Dajjal. Sesungguhnya ia akan muncul dari arah timur. Kemudian ia menyeru atas namaku, sehingga ia diikuti banyak orang. Kemudian ia memerangi mereka dan dapat menguasai mereka dan ia masih berbuat seperti itu sehingga ia datang ke Kufah. Lalu ia menampakkan agama Allah dan mengamalkannya sehingga ia diikuti dan disenangi. Kemudian Dajjal setelah itu berkata, 'Sesungguhnya aku adalah Nabi.'. Dengan ucapan itu, maka kebingunganlah orang-orang yang masih memiliki hati dan akal yang lurus lalu meninggalkan Dajjal. Dajjal masih terus hidup sehingga ia mengatakan, 'Aku adalah Allah.' Dengan itu matanya akhirnya tertutup, telinganya terpotong dan di antara kedua matanya (dahi) tertulis perkataan 'KAFIR'."


Apa yang boleh disimpulkan daripada ayat di atas ialah keadaan awal kemunculan Dajjal tidak akan menampakkan ciri-ciri Dajjal itu sendiri tetapi ia akan nampak setelah ia mengaku dia adalah Tuhan di hadapan ramai manusia.

Kemunculan Kedua
Dajjal juga akan membuat kemunculannya untuk kedua kali iaitu pada pertempuran akhir antara Dajjal dengan kaum muslimin dan itu terjadi setelah kedatangan Al-Mahdi. Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Dajjal akan keluar dari kampung Yahudiyyah kota Ashbahan bersama tujuh puluh ribu orang Ashbahan."

Bersambung..


p/s: Part 2-->Mengapakah Fitnah Dajjal Harus Mendapatkan Perhatian? dan Tanda-Tanda Kemunculan Dajjal.

Wednesday, May 19, 2010

Suara Dia Kot??

Siapa tengok cerita drama dekat TV3 setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang tu? Yea awak. Shah Jihan tajuk cerita tu. Petang semalam (19 Mei 2010) aku tengok cerita tu. But suddenly, aku terkejut masa tengah sedap tengok cerita tu sambil khayal ke masa hadapan (sempat lagi weayh). "Kenapa? Kenapa Afif?". Chill chill. Takde la gempak sangat tapi terdengar suara yang pernah aku dengar sebelum ni dekat satu cerita kartun tu.

Hah, tengah sedap khayal tiba-tiba suara seorang pelakon ni yang sedang menyebut dialog, "Takde boss, saya sebenarnya sakit perut!". Terus aku tersentak lalu tersedak. "Macam pernah aku dengar suara ni tapi dekat mana ye??", bisik hatiku. Ahahah.. Terus aku ajukan persoalan hati aku tadi kepada adik aku. Lepas tu masing-masing memikirkan balik la. Semua dahi berkerut-kerut fikirkan balik suara tu.

Ye! Tidak syak lagi. Suara Conan dalam siri kartun 'Detective Conan' yang disiarkan dekat TV3 jugak tu. Tak tau la sama ada aku baru tau dan korang semua dah lama tau ke apa. Tapi serious awak. Sama suara dia. Nama pelakon tu Fauziah Gaus (entah betul entah tak aku eja nama dia ni). Kalau korang nak kepastian, sila la tanya dia sendiri. Hhahaaha. Aku menilai apa yang aku dengar.

Kesimpulan entry kali ini voice of Fauziah Gaus=Conan dalam cerita Detective Conan. YEAH!!


..SEKIAN..

Kalaulah... 5


Kalaulah manusia tu tak punya hati dan perasaan apalah yang akan terjadi pada manusia di muka bumi ni eayh? Can you imagine? Setiap manusia diciptakan Allah mempunyai hati dan perasaan. Kalau tidak, tak ubah la kita seperti robot. Itu salah satu sebabnya untuk membezakan kita daripada robot.

Korang bayangkan ye kalau manusia tu takde hati dan perasaan. Mungkin sekarang korang tak punya couple. Yela, nama pun takde hati dan perasaan.

Boy: You, I sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan you tau. Sejak dari mula kita bertentang mata.
Girl: Oh, yeke? Ok.
Boy: Ok je you?
Girl: Yela. Ok jela. I nak jawab apa lagi?
Boy: You takde rasa apa-apa ke dengan I? Sayang ke? Suke ke?
Girl: Rasa apa? Manis? Masam? Meh, sini I rasa you jap.
Boy: (Hey, minah ni. Aku kata bebal karang dosa pulak). Eh, lebih baik I cakap dengan kucing makcik I la kalau macam ni. At least, bagi la jawapan yang relevan sikit. Adoi, minah ni! Tension betul la aku.

Jawabnya, memang tak kawin la korang sampai mati. Hahaha..

Kalau orang kutuk pulak macam mana? Kita terima je dengan hati yang terbuka. Memang la bagus sebab buatkan orang yang kutuk korang tu rasa fed-up tapi...

Bad Boy: Weayh, muka kau tu kalau di samakan dengan ungka, aku boleh accept lagi la brader. Tapi masalahnya muka kau tu lebih teruk daripada ungka.
Nice Boy: Hehehe.. Best-best.
Bad Boy: Eh, aku tengah kutuk kau ni kau tau tak? At least kau ejek la aku balik ke, nangis ke, marah ke. Ni tak, kau cakap best pulak. Lebih baik aku kutuk ungka tu la daripada kutuk kau ni. Hey, fed-up aku la!
Nice Boy: Ok.

Tapi yang tak bagusnya kita tak boleh nak menginsafkan si kaki kutuk tu.

Korang kalau kena lempang dengan member-member korang depan orang ramai mesti korang rasa malukan? Emm..itu sebab korang mempunyai hati dan perasaan. Kalau takde? Macam mana?

Kudin: I feel.. I feel I want to slap you right now!

PAP!!

Kudap: Hehehe..
Kudin: Asal kau ni?

Kudap: Takde pape.

Kudin: Aku lempang kau depan orang ramai kot ni. Asal kau gelak?
Kudap: Saje.

Kudin: Kepala otak kau la. Nyesal aku lempang kau. Kau lempang aku pulak.
PAP!!

Kudin: Adoi! Kentot ar kau ni. Aku bagi tau mak aku. Huuuuuuuu~
Kudap: Ok. Bye.

See..see. Tak gila jadinya. Hahaha..

Banyak lagi la perkara buruk boleh berlaku kalau takde hati dan perasaan ni sebab hati mewakili keinginan kita, perasaan pulak mewakili reaksi kita terhadap sesuatu perkara seperti takut, suka, sedih, gembira dan sebagainya. Sebab tu kalau ada hati mesti ada perasaan. Tidak mungkin wujudnya salah satu dalam diri manusia. Seperti irama dan lagu. Kalau takde irama pincanglah lagu. Orang gila dan haiwan juga mempunyai hati dan perasaan nikan pulak manusia normal. Kita pun tau setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya kan? So, tenung-tenungkan ke dalam anak mata supaya nampak taik mata. Ahaha..gurau gurau. Renung-renungkan la ye. PEACE! (^_^)

..SEKIAN..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Cikgu!

Biasa la awak, kalau dah terdengar perkataan 'Hari Ini Hari Guru' mesti teringat balik zaman sekolah-sekolah dulu (Ala memang la, awak dah habis sekolah memang la boleh teringat zaman sekolah dulu). Sedar tak sedar dah 3 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan.Aku seorang yang sangat nakal masa sekolah-sekolah dulu. Diulangin, sangat NAKAL bukan JAHAT. Hahaha..

Masa zaman budak-budak sekolah rendah dulu, aku sangat pemalas bila tengok jadual hari ni ada hafazan dekat sekolah agama. Asal ada hafazan je aku tak datang. Asal tak datang je mesti ada hafazan sebab aku tak suka menghafal. Tambahan pulak, ustaz yang ajar hafazan tu sangat garang sampaikan kalau dia marah singa yang sedang kelaparan, terkeluar anak tekak singa tu. Garang tak? Garang tak? Kalau tak hafal kena rotan. So, aku cari satu helah nak ponteng sekolah agama, aku cakap dengan ibu ada latihan sukan dekat sekolah kebangsaan (Siapa pernah buat kerja macam ni baik mengaku cepat!).

Di sekolah agama dulu, aku tak pernah lupa akan seorang ustaz yang pernah mengajar aku subjek sirah atau nama timangannya sejarah. Nama dia aku lupa tapi nama anak ustaz ni aku ingat sampai sekarang sebab unik. Rezki nama anak dia. Unikkan?? Ustaz ni seorang yang baik hati. Tapi yang buat aku ingat dia sampai bila-bila sebab ustaz ni kalau masuk kelas mengajar tak pernah tak tidur. Ulang balik yea. Ustaz ni kalau tak pernah tidur tak pernah tak masuk kelas. Eh? Macam salah je ayat aku! Ulang balik la. Ahahaha...Ustaz ni kalau masuk kelas tak pernah tak tidur. Confirm tidur punya! So, aku dengan geng-geng aku akan get ready untuk main. Hahaha.. Asal time ustaz ni punya masa mengajar, kitorang mesti suka. Ustaz ni kalau masuk, dia akan mengajar sikit je lepas tu dia akan suruh kita salin nota dekat depan dan dan dan lepas tu dia tidur. Ustaz suka tidur, hari-hari ustaz tidur! huhuhu. Lepas tu yang kelakarnya kitorang akan kejut beliau bila time beliau dah habis. Ahahahaha.. Kejamkan?? Ishk..ishk..ishk..

Masa sekolah menengah aku pulak, aku start jadi baik gila bila masuk Form 3. Ponteng kelas la, ponteng perhimpunan la. Baikkan??? Tapi yang masih boleh dibanggakan aku tak pernah panjat pagar sekolah ataupun melawan cikgu-cikgu aku (boleh la). Kelas yang selalu aku ponteng kelas Sains. Kenapa? Sebab bila kena pergi makmal je, aku dengan member-member aku akan melancong atau membuat lawatan ke tempat lain. Hahahah... Tapi aku boleh jugak di puji sebab satu kelas ni aku tak pernah miss. Kelas Pendidikan Jasmani. Alaa..aku tau, ramai yang suka akan subjek ni kan? Ahahahah... Tapi bukan ni yang aku nak cerita sebenarnya. Aku nak cerita pasal cikgu-cikgu aku yang masih lagi segar dalam ingatan ni. Dah panjang lebar cerita pasal diri sendiri masa dekat sekolah baru nak cakap bukan tu nak cerita sebenarnya??? >:'(

Oklah, ni la antara cikgu-cikgu yang aku ingat sampai sekarang.

Pn. Hema

Mengajar aku addmath (matematik tambahan). Selalu tanya keadaan aku bila dalam kelas dengan rakan-rakan yang lain. Sebab kitorang dalam kelas memang suka buat bising. Duduk pulak di bahagian belakang sekali. Emmm..memang senang la nak kena aim. Aku dan rakan-rakan gelar Pn. Hema ni sebagai budak GRUNGE sebab rambut dia pendek giler (tak baik la Afif ni!). Hahaha.. Aku tak pernah lulus addmath dalam setiap ujian. Tapi ada satu ujian bulanan tu aku dapat B. Dia punya la suka.

Pn. Hema: Afif, boleh pun kamu. Kamu bukan tak boleh. Just malas nak belajar je. Tu la, kawan lagi dengan Si A*****, Si P****** dengan Si Ha**** tu. Tu sebab kamu tak pernah lulus.

Aku hanya sengeh je. Memang la, soalan senang boleh la aku buat. APEEE LAAAAA teacher ni. Aku rasa kalau member-member aku baca ni mesti dia tumbuk aku sekarang jugak sebab masa tu tak dapat peluang. Hahaha.. (^_^)


Pn. Malisah

Yang buat aku tak lupa akan cikgu ni sebab suara dia macam Fasha Sanda. Ahahaha.. Dia ajar aku subjek Ekonomi Asas. Sangat garang. Kalau dia jerit berdesing telinga kami semua dan berguguran la jugak jantung dan paru-paru aku. Aku tak pernah tak siapkan kerja dia. Kadang-kadang tu ada la tapi aku siapkan sebelum dia masuk kelas la. Dia jugak seorang Penolong Kanan Ko-Kurikulum.


Pn. Vicky

Peerrrggghhhh...cikgu ni pun aku tak boleh lupa jugak. Fizikalnya yang sangat debab buatkan aku terkenang sampai sekarang. Ajar aku Bahasa Inggeris. Aku jugak ambil tuition dengan beliau. Oleh kerana dia tau aku boleh melukis, dia suruh aku jadi ketua menjahanamkan dinding-dinding bilik Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan. Hahahaha.. Memang jahanam dinding-dinding bilik tu aku kerjakan.


Ramai lagi la cikgu-cikgu yang masih segar dalam ingatan ni. Nak cerita karang 4 hari tak habis. So, ini je yang mampu aku cerita.

Kalau macam ni la cikgu-cikgu aku, hari-hari aku pergi sekolah. Hahaha..


Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada cikgu-cikgu aku daripada aku sekolah tadika sampai la dah masuk U ni kerana mengajar aku daripada aku zero to hero. hehehe.. Terima kasih banyak-banyak cikgu kerana kesabaran dan ketabahan mengajar aku segala ilmu Allah. SELAMAT HARI GURU Cikgu!! Jasamu dikenang! (^_^)

Sebelum abang habiskan ayat, abang nak pesan kepada adik-adik di luar sana. Tuntut la ilmu selagi hayat di kandung badan dan hormatilah cikgu sebagaimana korang menghormati ibu bapa sendiri. "Wek! Wek! Muntah cepat! Muntah cepat!". Hahahaha..


..SEKIAN..

p/s: Owh ya..tak lupa kepada Cik Ika. Saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan mendoakan agar segala cita-cita anda hajati tercapai. (^_^)

Tuesday, May 11, 2010

Tempat Macam Kena Serang Zombie


Assalamualikum wtb... Akhirnya selesai sudah baki perlawanan liga IPT menentang UTM yang berakhir semalam (10 Mei 2010). Perlawanan yang berkesudahan dengan pasukan aku, UiTM Segamat menang 3-1. Waaaaa....hebatkan? Tapi tu kalau pasukan UTM tu semua main pejam mata la. Di sebabkan diorang main bukak mata, kitorang kalah 3-1. Ahahahaha..

Tapi, yang bertambah tak best-nya bila aku dan kawan-kawan yang lain terpaksa datang lebih awal untuk melakukan latihan. Kenapa pulak tak best? Korang bayangkan la kalau tempat yang korang tinggal tu bila korang jerit bergema suara korang. Bila korang sembang dengan kawan-kawan korang, yang menyampuknya adalah cicak dan cengkerik. Bila korang jalan-jalan, yang kedengaran hanyalah suara angin. Kalau nak kentut slow-slow pun tak boleh nak lari jugak sebab sure dengar punya. Ahahahaa.. Halamak! Wa cakap lu bosan gila weayh! Boleh jadi gila aku di buatnya. Kampus aku dah macam tempat kena serang infection and then semua orang jadi zombie. Ala macam dalam cerita 'I am Legend' tu. Tapi nasib baik la aku bawak kereta. So, kalau bosan-bosan boleh la aku dan kawan-kawan keluar (keluar pun bosan jugak sebab Segamat takde tempat nak lepak).

Korang bayangkan eayh kalau aku datang 4 hari awal pun dah bosan, macam mana pulak member-member aku yang dari start final exam sampai la dah abeh final exam lepak situ je. Tak gila kepala hotak dorang? Hahaha.. Kesian-kesian. Tapi apa-apa pun aku berasa bangga sebab dapat berikan komitmen sebagai player UiTM Segamat. Bukan senang eayh nak buat semua ni (Poyo weayh).
Dan semalam jugak perjalanan pulang aku adalah yang amat jauh dan meletihkan sebab habis-habis game terus gerak balik dan hantar sekali kawan-kawan aku pulang ke rumah mereka masing-masing. But it was fun la awak balik di kala malam dengan rakan-rakan. Serious! Try la. Tapi make sure korang tak mengantuk la. Aku sampai di rumah pada pukul 3 pagi.

Sebelum aku habiskan entry kali ni, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan aku yang juga memberi komitmen untuk last game semalam. Span, Jamal, Azrai, Sanat, Karjo, Pae, Kare, Muki, Oter, Iqbal, Sedot (The only one scorer), Pesi, Kay, Dayak, Fendi dan Bacak. Aku respect dekat korang semua. Tak lupa jugak kepada coach-coach yang always support dan beri tunjuk ajar dari awal sampai habis liga. Perpisahan semalam sedikit menyedihkan sebab aku nampak head coach (Coach Saim) nak menangeh. (^_^)

..SEKIAN..

Thursday, May 6, 2010

Nama Dia Ayra Qalisya

Dia bukan pelakon. Dia bukan atlit negara. Dia bukan ahli politik. Dan dia juga bukan tokoh negara. Siapa dia? Hah, yang ni kita tak tau. Huhuhu. Ok serious. Kali ni punya entry nak story tentang seorang insan yang bernama Ayra Qalisya.

Ayra Qalisya. Sesuai dengan empunya badan yang sangat comel. Mula-mula aku kenal dia daripada ibu sendiri. Ibu menghantar mms dekat aku masa aku dekat kampus. Dekat mms tu ibu tulis
(Eh, berapa banyak dekat daaa), "Comel tak anak angkat ibu?".Perghh...jatuh kerusi beb gua masa tuh. Ahahaha.. Tak tak, jatuh hati aku beb tiba-tiba. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan dia bila balik nanti.

Tadaaa...Hahahaha.. Seorang baby kecik yang comel je la awak.

Yea, sekarang ibu menjaga baby comel ini di rumah. Baby ni ialah kepunyaan sepasang suami isteri (of coz la, takkan sepasang kaki dan tangan) yang juga kawan pakcik aku (adik ibu) atau sebutan lainnya anak kawan pakcik aku. Pada mulanya mama si Ayra ni meminta pertolongan pakcik aku untuk mencarikan seorang penjaga untuk anak dia dan pakcik aku recommand-kan ibu aku. Memandangkan anak-anak makcik aku (adik ibu jugak) Ibu dah tak jaga lagi sebab dah pindah rumah, Ibu pun bersetuju untuk jaga dia selama sebulan (sebulan je? 1 semester pun hampir 5 bulan). Selepas sebulan mama Si Ayra terpaksa cari penjaga lain la jawabnya.

Nak dijadikan cerita, aku la hero dalam cerita ni (cewah! Macam nak muntah hijau.) sebab masa study week tu aku balik ke rumah. Masa tengah bermain bola dengan si Ayra ni..Ahahahaaaa..Mengarut kejap. Ok, serious! Masa tengah melayan kerenah si Ayra ni, tiba-tiba terfikir dan terus aku menyuarakan hasrat hati (ayat macam nak muntah) supaya ibu teruskan menjaganya.

Aku: Ibu, kenapa tak jaga je terus baby ni. Comel pun comel. Lagi pun, takde la boring nanti masa cuti sem.
Ibu: Nanti la ibu tanya ayah dulu macam mana.
Aku: Ala, ayah mesti setuju jugak. Caye la..


Takde cerita banyak, takde nak cari alasan ataupun nak mencari jalan keluar melepaskan diri, Ibu terus setuju nak jaga dia. WOW! Orang paling gembira, melompat macam cicak putus ekor mama si Ayra ni la. Ok tipu! Ahahaha. Aku yang suka sangat bila Ibu nak terus jaga dia.

So, sekarang cuti aku takde la boring sangat sebab ada si Ayra ni. Aku mula rasa sayang dekat budak kecik ni dah sebab pagi-pagi takde buat apa-apa, aku layan dia. Petang-petang takde buat apa, aku layan dia. Mana tak timbul rasa sayang. Hahahah.. Itu je kot aku nak cerita.

..SEKIAN..

Monday, May 3, 2010

Goodbye Semester 3.. I need plan!

Sedar tak sedar dah grade pun aku (for this semester la). Pagi tadi last paper untuk final exam aku iaitu paper B-com atau nama saintifiknya Business Communication. So how your exam? Overall, boleh la tapi aku tak expect untuk dapat lebih daripada apa yang aku target. Apa yang aku target? Heh..heh..

So, apa yang aku nak buat untuk semester break kali ni? Hah, yang ni kita tak tau nih. Hahahaha... Aku kena buat something yang dapat bagi profit, oppss I mean benefit dekat aku. Jadi , aku kena la plan dari sekarang. Apa yang aku nak buat?

1. Cari seberapa ramai awek-awek dekat kL yang melepak tak tentu hala tu dan ajak dorang pegi masjid.
Comment kawan-kawan: Tak boleh, sebab kau sendiri pun bukan rajin pegi masjid. Hahaha..teruk, teruk!

2. Mintak kerja as a CEO dekat syarikat-syarikat besar yang ada di Malaysia.
Comment kawan-kawan: Owh, terbaek doh idea ni. Silap-silap bukan jadi CEO, nak jadi cleaner pun tak dapat sebab orang ingat kau gila.

3. Kahwin?
Comment kawan-kawan: Aku kata kau bingai karang kau tak nak mengaku.

4. Travel satu Malaysia?
Comment kawan-kawan: Tak kisah tapi kalau kau duduk dalam van pos laju. Kau nak belanja kawan-kawan keropok lekor sorang satu pun kau pikir 15 kali kentut.

5. Makan tidur makan tidur sepanjang cuti sem ni?
Comment kawan-kawan: Kalau itu boleh buat kau nampak berisi, nampak macam orang cukup makan, its ok sayang ku. Tapi masalahnya, it useless! So, tak payah. Buang masa dan mungkin ibu kau bosan tengok muka kau nanti. Hahaha..

So, aku kena la ambil masa lagi seminggu untuk fikirkan plan. Tapi selalunya aku buat macam ni, dah lagi 3 minggu nak masuk belajar balik baru la aku dapat idea. Haiyaaa..sangat lambat berpikir la u! CHOI!! Apa-apa pun kita kena enjoy dulu! Betul tak kawan-kawan. Cukup la tu sampai sini. Panjang-panjang karang bukan korang nak baca pun kan? Cepat ngaku cepat! Hahahaha.. Ok, kawan-kawan jumpa lagi di lain waktu. See you all next sem! Auuuwwww... Hahaha.. Moga kita dapat result yang terbaek!

..SEKIAN..

p/s: Ya, I almost forgot. Kena balik balik ke kampus 7 haribulan nih. Game dengan UTM untuk liga IPT tak settle lagi.