Monday, August 31, 2009

Tentang Lukisan

Lukisan? Apa itu lukisan? Bagi aku, lukisan adalah satu hasil seni yang mempunyai maksud tersirat ataupun luahan perasaan Si Pelukis. Mungkin ya atau mungkin salah tanggapan itu. Tapi itulah apa pemahaman ku tentang lukisan. Banyak benda yang dapat kita kaitkan dengan seni. Selain lukisan, penulisan, muzik, photographer dan berbagai-bagai lagi juga adalah satu seni. Apa-apa saja seni sekali pun adalah unik bagi diriku. Kenapa? Tanya sahaja penggemar-penggemar seni, mereka juga akan berkata "Art is unique" ! Bagi aku, seni lukisan dapat menenteramkan jiwa, dapat melepaskan perasaan dan berbagai-bagai lagi.


Lihat sahaja lukisan ini. Ia dilukis oleh seorang kenalan ku. Menarik bukan? Umur Si Pelukis sama seperti ku. Pertama kali dia menunjukkan aku akan lukisannya, aku seperti tidak percaya kerana umur sepertinya dapat menghasilkan lukisan sebegini rupa. Melihat akan lukisannya, aku tidak dapat mengagak perasaan apa yang sedang di alaminya sewaktu dia sedang melukis. Dia meminta aku memberi pendapat tentang lukisan ini tapi aku hanya mampu memberikan pendapat yang tiada kena mengena dengan lukisan tersebut kerana aku bukanlah arif tentang menilai lukisan orang.

Kita lupakan kisah tentang lukisan ini. Apa yang dapat aku nyatakan sekali lagi disini, 'seni adalah unik'. Seni sebenarnya dapat menggambarkan diri seseorang. Melalui seni kita mencari ilham. Melalui seni kita meluahkan perasaan. Melalui seni kita mengenali seseorang. Jadi fikir-fikirkanlah kenapa aku mencintai seni lukisan!

Lukisan by: Miss NJ ;)

Sunday, August 30, 2009

Hari Yang Kelakar

Allahumma lakasumtu wabika amantu wa'alarizkika afthortu birahmatika ya arhamarrahimin..
Amin.....Selesai sudah puasa untuk hari ini.

Sesampainya aku dan Karjo kat Segamat daripada kL, aku dan Karjo terus berbuka bersama 4 lagi rakan kami di sebuah restoran yang berada di Segamat. We all (wah, nak muntah!) order makanan memang gempak! Tom Yam untuk 6 orang makan (Sengal+Bebal=Bangang siapa yang order tu kan?), telur dada, ikan 3 rasa (wah, meriah!), kangkong goreng belacan, udang goreng tepung dan sotong goreng tepung. Tengok menu tu pun dah dapat agak kitorang kena bayar berapa. RM100 awak! hahahaha~ Dah la Tom Yam nya rasa air masak (tawar la tu!), mintak Tom Yam 6 orang makan macam 2 orang makan je! Gila betul (sambil menggelengkan kepala). TAK BERBALOI LANGSUNG!!

After berbuka, of coz la solat maghrib dulukan? Hah, lepas tu la...kitorang or kami decide semua nak main bowling kat Segamat tu (jangan ingat Segamat bandar cikai-cikai eayh? Ade tempat main bowling tau!). Itu la first time aku jejakkan kaki dekat pusat bowling kat situ. Selama ni dengar member-member cerita je pasal tempat tu. Not bad la tempat dia. Boleh la daripada tak ada. Sampai je kat kaunter ________ (isi sendiri eayh? Tak tau la nak letak apa?), kitorang tempah la untuk bermain. Pegi 6 orang, yang main 4 orang je, aku, _______, ________, dan ________ je yang main. Ok la tuuu daripada pegi tak main langsungkan? Nak di pendekkan cerita, turn aku pulak untuk membuat balingan.




Lihatlah, bergaya bukan?? Heeeeeeeee~ Tapi kan, yang tak beznya lepas aku buat balingan tu, Ada suara ketawa menyusuli di belakang! Hahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah~ Ketawa rakan-rakan ku!

Makcik pakcik berada di sebelah turut hahahahahahahahaha jugak!

Sebab apa member-member aku ketawa gila-gila? Sebab bola bowling yang aku nak baling tu kebelakang pulak peginya! Aduhai, malu tak terhingga la rasanya! Sampai nak jilat jari pun tak boleh (apa kena mengena plak ni Afif?). Peh, yang tak boleh blah, pakcik yang berada dekat sebelah kitorang. Gelak kuat-kuat pulak tu. Kuajak sungguh perangai dia kan? Nak buat macam mana, dah bola tu nak kebelakang, so biarkan jela dia kebelakang. Takkan nak halang kan? Dah tu hala tuju yang dia pilih. So...biarkaaannnnn!!!!! Is not my fault kan?! huhuhu~ Tapi memang malu gila la time tu. Nak sorok muka pun tak sempat. Tapi.....Tapi....



Dalam tak pandai main tu, dapat jugak 2 STRIKE! Eleh.....heeeeeeeeeee~

p/s: Kepada anda semua yang rasa tak reti or tak tahu langsung main bowling tapi nak main jugak, aku nasihatkan kat korang, main pakai la topeng sebab bila terjadi perkara sebegini senang nak cover malu! Ok tak? hahahaha~ PEACE!!!


Hari Ke Lapan Ramadhan

Sedar tak sedar, pejam pelik pejam pelik dah hampir 9 hari kita menjalani ibadah puasa. Sekejap je rasanya. Alhamdulillah, aku tak tinggal lagi puasa. Of coz lakan? BERDOSA KOT TINGGAL PUASA!

Hari yang ke-8 Ramadhan (semalam-29 Ogos 2009) agak best jugak la sebab member aku Karjo (Bukan nama sebenar) follow aku sekali balik rumah. So tak la bosan sangat dia ada. Pada Ramadhan yang ke-8 ni, family aku bawa aku dan Karjo berbuka puasa di Dewan Perdana Wisma Felda dekat Jalan Semarak, KL. "Jo, tempat dia memang terbaek jo! Kau nak g sana kena dressup gren gren coz orang dia yang datang semua gren (gren la sangat). Lagi satu, makanan dia....Mak aih, tak bleh blah doh!", kata aku kepada Karjo.


Ok la, malas dah nak cakap..korang tengok je la gambar yang aku dah capture ni!




Tengok ar makanan yang aku ambil ni. Masya-Allah, ini makan mengikut nafsu kan? Tapi ni la manusia, bila dah makan pun buffet pastu makanan semuanya menggoda nafsu, ni la jadinya. Tapi aku makan habis! heeeeeeee~






Aku dan Karjo-Bila azan Maghrib dah berkumandang, takkan nak tunggu lagi kan? Balun la apa lagi! SEDAP! SEDAP!



My second round! -Kalau makan pun cara buffet, dia wajib ada 2nd, 3rd and round seterusnya! heeeeeeeee~





Afif: Bang, ABC kurang hajar dua ye? Brader ABC: Ok dik, siap!




Errkkkkkk!!!!!!!! Alhamdulillah...............

SEKIAN!!!!!!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Kawanku Tertipu

Cerita dimulakan dengan...........Bismillahirahmanirahim.
Cerita ni berlaku 2 hari lepas daripada tarikh ini (26 Ogos 2009) ketika aku dan 4 orang lagi rakan ku sedang bersiap-siap untuk pergi ke PI (Pusat Islam/Masjid) bagi menyempurnakan solat Isya' dan terawih. Is (bukan nama sebenar) sedang memakai kain pelekat. Tiba-tiba dia bersuara, "Doh, camne nak pakai kain pelekat ni doh! Aku pakai dari tadi asyik tak betul je. Senget la, itu la, ini la". Aku dengan bongkak dan takburnya bersuara, "Ya Allah, pakai kain pelekat pun tak reti? Teruknya manusia.". "Mane aku tau doh. Aku jarang pakai kain.", jawab Is. Aku membalas, "Tak reti pakai sibuk nak pakai. Cuba kau tengok aku pakai ni. Camni hah cara pakai die. Kau pegang belah kanan ni tapi yang belah kiri tu abaikan........", balas aku dengan bersemangat. Is menjawab, "Owh, macam tuh! Baru aku tahu."."Hah, kan dah ok tuh! Hey, nak aku jugak yang ajar.", jawab aku lagi. Korang tahu tak? Takkan?? hahahahah~ Walaupun dia dah tahu cara nak pakai tapi kain dia still lagi senget. Korang tahu tak lagi? Takkan?? Aku cakap ok sebab nak jaga hati dia. Dan korang tahu tak lagi? Takkan??
AKU PUN TAK RETI PAKAI KAIN SEBENARNYAAAAAA!!!!!!!!!!!!hahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhahahahah~ Lawak! Lawak! Kesian Is, mati-mati dia ingat aku reti pakai kain. Aku pakai pun kadang-kadang senget! Is pun tak tahu yang aku tak tahu pakai. huhuhuhu~ Is sudah tertipu! Is sudah tertipu! Padan muka dia! Padan muka!

p/s: Dialog tak reti pakai sibuk nak pakai dan bla bla bla tuh, sengaja aku tak continue sebab aku tak reti nak explain camne keadaan dia.

p/s: Kepada Is:- Kalau kau baca nih dan selepas itu jangan la plak kau pukul aku eayh? hahahaha~ ampun! ampun!

Respect

Assalamualaikum to all readers....

Mesti korang semua tertanya-tanya+nak tahu+musykil+banyak persoalan dalam fikiran kan? Ingin sekali pada kali ini aku menceritakan kisah tentang seorang sahabat. Kenapa sahabat? Sebab aku mengambil berat tentang dia+sentiasa membantu jika ada masalah. Jangan fikir lain eayh? Doce! Doce! Nama beliau Muazamshah B. Telimik. Berasal dari Banting, Selangor. Seorang sahabat yang mula-mula aku kenal waktu aku first masuk UiTM Segamat nih. Dialah roomate aku yang terbaek!
Sebab apa aku nak cerita pasal dia? Dan kenapa tajuk aku kali ni R-E-S-P-E-C-T? Yup, memang ada kene mengena dengan dia. Firstly aku respect dengan dia sebab

1. Dia seorang penghafal yang baik. Ayat-ayat al-Quran especially+doa-doa yang tak pernah aku dengar sebelum nih.

2. Seorang yang kuat beragama+tinggi ilmu pengetahuan tentang agama Islam (aku always refer dengan dia).

3. Rajin+Tekun dalam melakukan sesuatu perkara.


4. Tidak pernah memburukkan orang lain.

Melalui sifat-sifat di atas, apa yang dapat aku simpulkan disini, dia banyak membantu aku dalam hal-hal agama dan pemberi contoh kepada aku. Aku banyak belajar daripada dia. Paling aku tak boleh lupa dia ajar aku surah yang susah aku nak hafal. Surah al-A'la...heeeeeee~ teruk la Afif ni! Dia sanggup dengar aku baca surah tu sampai aku dapat.

Korang mesti pelikkan kenapa tiba-tiba aku nak cerita pasal dia kan? Sebab nak bodek la apa lagi coz dia ada adik perempuan! hahahahahaha~ B*^#@* la Afif ni. Nak cerita ke nak bergurau? hahahaha~ Takde la, sebabnya........... korang tengok tak gambar di atas tadi? Gambar tu aku amik semasa dia tengah runner (menjual barang secara bergerak dari bilik ke bilik) jual kerepek yang dia bawak dari kampung dia. Daripada itu, aku pun terfikir la, "Kenapa tak aku citekan kisah tentang Ajam ni? Mesti menarik kan?" Daripada cerita ni, dapat la sedikit moral untuk diberi kepada korang semua. OK, aku cerita eayh? ~ Ajam sebenarnya daripada sem lepas lagi nak apply PTPTN tapi tak berjaya. Sem ni dia nak cuba lagi apply (insya-Allah Ajam, dapatnyer). Aku simpati sangat dengan dia. Walaupun dia tak penah nampak ada masalah, tapi sememangnya dia banyak masalah terutama dari segi kewangan (bukan nak mintak simpati kat korang eayh?), aku nak tolong pun tak boleh. Tapi Ajam ni tahu bagaimana cara nak tampung dirinya supaya dapat terus belajar kat UiTM ni. Itu la apa yang dilakukannya. Jual kerepek dari bilik ke bilik kat kolej. Aku memang respect la kat dia. Pandai dan tahu cara nak menghadapi masalah sendiri yang dihadapi. Dia tak mengharapkan simpati sesiapa. Dia juga tidak mengharapkan bantuan keluarga walaupun keluarganya besar. Dia juga tidak mengharapkan duit pemberian ibu bapa. Aku yakin tidak ramai orang macam dia. Ajam kau memang sahabat aku yang aku sangat-sangat hormati. Akhir kata, Ajam, aku always support kau dan aku doakan agar kau berjaya dalam pelajaran, hidup di dunia dan di akhirat. Amin.........


p/s: Once again aku nak bagi tahu, tujuan aku menceritakan kisah ini bukan nak mintak simpati kat korang atau menjatuhkan sesiapa. Tapi nak bagi sedikit moral kat korang daripada kisah hidup dia.
p/s: Aku mohon ampun dan maaf jika cerita ini ada menyentuh sensitiviti pembaca semua.

Saturday, August 22, 2009

Hari Pertama Ramadhan

Allahumma lakasumtu wabika amantu wa'alarizkika afthortu birahmatika ya arhamarrahimin...

Doa berbuka itu menandakan berakhirnya hari pertama kita berpuasa. Ketika sahur tadi aku dengan family aku hampir-hampir terlepas waktu bersahur. Nasib baik kakak aku sedar dan terus kejut ibu, ayah dan adik beradik yang lain (termasuk aku latuh!). Nasib baik sempat kitorang bersahur. Kitorang hanya bersahur nasi berlaukan telur, ikan bilis dan kicap je (boleh la daripada takde an?). First puasa dengan family memang menyeronokan. Tapi aktiviti di siang hari tak berapa menarik. Mana taknye, asyik tidur je! hahahahahah~ Teruk betul kan?
Jarum jam tepat menunjukkan pukul 5.30ptg. Ayat aku asyik-asyik 'jarum jam tepat', 'jarum jam tepat' je kan? Ok aku tukar...Jarum jam tersasar menunjukkan pukul 5.31ptg. Masa tu la aku baru sedar daripada tidur. Hahahaha~ Abih dah bosan, tidur jela yang termampu an? Pukul 6ptg kakak aku ngan adik perempuan aku pegi la beli makanan tambahan kat bazar Ramadhan. Of coz la an? Takkan nak beli kat kedai tayar plak! Ayah bertanya kepada ku kenapa tak ikut sekali. Aku membalas, "Malaslah la yah." Jangan judge dulu aku apa-apa eayh? Statement M-A-L-A-S yang di keluarkan aku tu bukan menunjukkan aku malas, tapi paham-paham jela kalau dah pegi ke sana tu, lagi-lagi beraneka makanan plak tu kat sana, mesti nak beli macam-macam kan? Better aku dok je kat umah. Itu la jawapan aku untuk persoalan tadi. Di ulang sekali lagi, aku berikan 'jawapan' bukan 'alasan'. Heeeeeeeeee~


Ni la juadah berbuka aku ngan family aku tadi. Nampak macam tak banyak, tapi cukup la untuk kitorang satu keluarga. Boleh ar daripada takde. Betul tak kawan-kawan semua??? Antara juadahnya ialah udang goreng bawang (betul kot nama masakan tuh), kuah sayur masak lemak, ikan bilis sambal (my favourite! Serious sedap doh mak aku masak!), martabak, roti john and lastly taufufa. Semuanya best sampai aku makan ter-over-dos! hahahaha~ Biasa la manusia macam aku ni. Tak boleh nak kawal, lagi-lagi tengok sambal ikan bilis tuh! Ayoooooo~ tergoda nafsu den

Walaupun kekenyangan, aku still solat. Itu yang penting! Apa yang penting? SOLAT 5 waktu! hahahaha~ Tidak dilupakan juga solat tawarih (kata upin dan ipin). Actually solat terawih. Jangan salah tulis, nanti boleh kene gam oooo wa punya blog! haahahahah~ Alhamdulillah aku sempurnakan solat terawih sampai solat witir (betul ke ejaan aku?). Eleh Afif ni poyo je! Memang la dah solat 8 rakaat je kat masjid tadi. Selalunya masjid kat tempat aku nih buat 20 rakaat je tapi disebabkan ada tazkirah tadi, di kurangkan kepada 8. Tapi kalau 20, aku akan buat 8 je pastu cabut. hahahahaha~ Pemalasnya manusia! Memang ramai gila tadi kat masjid. Biasa la, awal-awal Ramadhan memang ramai. Karang dah lama-lama tinggal la tok imam ngan pak bilal je..huhuhu~ Sama je la aku pun. Awal-awal bersemangat tinggi+waja+tidak berputus asa. Tengok la last-last bulan Ramadhan nanti......heeeeee~ paham-paham je la orang muda cam aku nih! Pemalasnya jadi manusia. Ok la, kepada rakan-rakan, sahabat handai dan sedare-sedari satu pesanan dari saya, JANGANLAH TINGGAL PUASA TANPA SEBAB! GIRLZ TAKPE!! *Di tujukan khas kepada member-member ku! Heeeeeeeee~ PEACE! ;-) May Allah bless us (muslim). Assalamualaikum!!





Friday, August 21, 2009

Tentang Ramadhan









Ya Allah, berkatilah aku di bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah aku di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah....Alhamdulillah.....Alhamdulillah......... Bersyukur sekali aku kepada Maha Pencipta kerana aku sekali lagi dapat bertemu dengan bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, bulan di mana berlakunya malam lailatulqadar (maaf la kalau salah eja. heeee~), bulan di mana Allah melipatkan kali ganda ganjaran, bulan di mana Allah mengampunkan dosa-dosa hambanya yang terdahulu, bulan di mana pintu-pintu neraka di tutup dan pintu-pintu syurga di buka. Bagi aku, bulan Ramadhan pada tahun lepas berlalu begitu pantas sekali. Aku merasakan seperti tidak puas melakukan ibadah puasa. Rasa seperti hanya seminggu sahaja berpuasa. Tapi Ramadhan kali ini, aku mengharapkan lebih banyak keseronokan sepanjang melaluinya walaupun aku tahu masa pada hari ini berlalu begitu pantas. Aku juga mengharapkan ibadah puasaku pada bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Insya-Allah. Kepada semua kaum muslimin dan muslimat, aku ingin sekali mengucapkan.....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK. Moga amalan yang dilakukan kalian di berkati Allah SWT. Amin..................

Wednesday, August 19, 2009

The Worse Day

Hati ini mulai tidak senang sejak malam semalam. Perasaan berdebar tiba-tiba terasa. Rasa bagai hendak meletup saja dada ku ini. Kenapa? Apa puncanya? Tiada siapa dapat memberikan jawapannya walaupun diri sendiri. Tuhan saja yang tahu. Mungkinkah kerana perlawanan yang akan aku hadapi esok? Tapi mengapa? Kebiasaannya aku tidak pernah merasa sebegini. Jam menunjukkan tepat pukul 2pagi. Aku keluar daripada bilik rakan aku yang berada di tingkat dua dan turun ke bilik rakan aku yang berada di tingkat satu dengan niat untuk menunaikan solat Isya' yang belum disempurnakan lagi. Selesai solat, aku capai hanset dan earphone ku dan terus menuju semula ke bilik rakan ku tadi. Sesampainya aku di bilik, tanpa sebarang ucapan aku terus mengenakan earphone di telingaku dan merebahkan diriku di atas katil.

Jam di hanset menunjukan pukul 8.30pagi. "Alamak, kelas ECO?! Adoooiii, macam mana boleh tak sedar ni ya Allah." kata diriku sendirian. Masuk ni sudah 2 kali aku ponteng kelas ECO. Kenapa benda ini boleh berlaku pada aku hari ini? Mungkin aku tidur lambat semalam. Tapi kebiasaannya jika aku tidur lambat, aku boleh lagi bangun keesokan harinya. Tapi ni.... Hmmmmm.....biarkanlah, benda dah berlaku dan aku cuba lupakan perkara tadi. Tapi perasaan berdebar-debar semalam masih lagi terpenjara dalam diri ini. Kenapa ya Allah? Kenapa? Engkau saja yang tahu jawapannya.

1 jam lagi sebelum perlawanan bermula. Perlawanan kali ini hanya di dalam kampus sahaja. Hati ini makin berdebar-debar. Azan kedengaran dari Pusat Islam (masjid) menandakan masuknya waktu Asar. Tanpa berlengah, aku terus pergi mengambil wuduk dan solat. Selepas selesai solat, kedua belah tangan ku ini di angkat untuk meminta sesuatu daripada yang Maha Esa. "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa adik-beradikku, dosa saudara-maraku, dosa rakan-rakanku, dosa lecturer-lecturerku, dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, kau berilah aku bermain dengan baik pada petang ini. Kau bantulah pasukanku bermain pada petang ini ya Allah. Sesungguhnya kau Maha pengasih lagi Maha penyayang kau perkenankanlah doaku ini ya Allah. Rabbana atina fiddunya hasanah Wafil ahirotihasanah wakina azabannar Wasalallahu'alasaidinaMuhammad. Wa'ala alihiwasahbihiwasalam Walhamdulillahirabbil'alamin.
Selepas berdoa, aku bersiap-siap dan terus pergi ke padang di mana perlawanan di adakan.
Aku pergi dengan hati yang penuh dengan tanda tanya. "Mengapa hari ni aku rasa lain? Bertenang Fif, bertenang. Takde bende la hari ni." kata hatiku sendirian.

Jam tepat pukul 5.45petang. Pengadil perlawanan membunyikan wisel menandakan permainan telah bermula. Aku berlari ke sana ke mari mencari ruang kosong untuk mendapatkan bola. Tiba-tiba aku merasakan diri ini sungguh kepenatan. Kenapa? Selalunya aku tidak seperti ini. Tidak sampai beberapa minit aku telah berasa penat. Tiba-tiba bola melepasi seorang pertahanan lawan dan datang meluru ke arah ku. Aku dapat mengawal bola dengan baik. Di hadapan mataku hanya tinggal penjaga gol sahaja untuk di tewaskan. Tetapi....bola yang berada di kakiku itu berada jauh di hadapan kakiku kerana kesilapan aku menolak bola itu terlalu kuat di hadapan. Aku cuba mengejar dan mendapatkannya kembali tetapi penjaga gol terlebih dahulu keluar dan cubaan aku hanya sia-sia. Suara kekecewaan kedengaran di padang. Ternyata mereka sungguh kecewa dengan peluang yang di sia-siakan aku. Seluruh pasukan turut kecewa. Aku juga turut tunduk kecewa. Aku mendongak ke langit dan bertanya sendirian, "Ya Allah, kenapa aku lepaskan peluang besar?". Sepanjang tempoh separuh masa pertama itu, aku melepaskan peluang yang banyak. Jurulatih bertanya kepada ku apa yang terjadi pada diriku hari ini. Dia kehairanan kerana aku tidak bermain seperti biasa. Aku hanya menggelengkan kepala. Aku di keluarkan pada separuh minit pertama. Mental ku jatuh berderai dan hendak sahaja hati ini menjerit sekuat-kuat hati. Aku merasakan bahawa aku seorang sahaja yang bermain teruk pada hari itu. Tetapi nasib baiklah pasukanku berjaya memenangi perlawanan tersebut. Kalau tidak.....

Tanda tanya tentang peristiwa yang berlaku pada aku semalam sudah terjawab. Peristiwa ini aku akan jadikan sebagai pengajaran dan kenangan dalam hidup dan aku berjanji pada diriku sendiri akan aku lakukan yang lebih baik pada perlawanan akan datang. Insya-Allah......

p/s: Thanks to Jamal Zeze coz bagi moral support kat aku lepas game tu. huhuhuhu~

Tuesday, August 18, 2009

Tak Sabar

Assalamualaikum semua.....
Emmmmm......Aku rasa korang mesti sama macam aku jugak kan? Tak sabar rasanya nak tunggu Ramadhan menjelma. Aku pun begitu jugak. Tak sabar nak lalui bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan KAP-BA-RA-KAP-ALIF-TA-NUN (keberkatan). Alhamdulillah..

Aku dah buat perancangan dah, first puasa ni aku nekad aku nak berpuasa bersama keluarga tercinta. Bagi korang yang duduk di perantauan macam aku ni camne plak?? Cewaaaahhhhhh........ Tapi tiket untuk balik belum lagi aku beli. Aku ingat kalau boleh nak tumpang member aku punya member balik. Tapi entah la. Dia pun macam takde respond je. Emmmmm.....nasib kau la Afif oooiiii. Member tak balik, tiket pun sold out, pandai-pandai la kau cari jalan lain (cakap diriku sendirian). Tapi insya-Allah, aku pasti dapat jugak balik.

Misal kata aku tak dapat balik, ia akan menjadi first time dalam hidup aku tak sambut first puasa dengan keluarga. Adoooooiiiiiii....rasa nak menangis je nanti. Aku tak dapat bayangkan bila pengumuman puasa berkumandang nanti. Berkumandang?????? Entah la...apa-apa jela Afif oii. Back to the story~ Bila pengumuman puasa ber________(isi sendiri ek?) nanti, entah macam mana perasaan aku bila aku still ada kat kampus. Mesti tak best. Member-member aku semua nak balik. Ya Allah, jangan la terjadi perkara sedemikian rupa (ala..macam la aku sorang je tak balik nanti kan?). Aku tak boleh perkara tu terjadi. Korang nak tau sebab apa? Sebabnya aku kira manja jugak la...(siapa member-member aku yang tahu kisah aku time FAMSA tu). Mesti la, adik-beradik aku sikit je kot. 4 orang! So, mak aku tak pernah membahagikan kasihnya. Kitorang dapat kasih sayang semua sama rata, fair and square je. Boleh dikatakan dalam semua adik-beradik aku, semuanya manja. Nak buat macam mana? (ni sebenarnya kisah masa kecik-kecik je la.....hahahahah...skang dah besor kurang la sikit kitorang punya manja. heheheheheh). Hah, lu pikir la sendiri eayh?

Ok la, sampai sini je la aku nak story pasal story aku kat korang pada kali ini (paham tak? Tak paham buat-buat paham sudeeyyyy....). Nanti aku cerita plak kat korang macam mana aku sambut first puasa dengan family aku. Ok, peace yo! May Allah bless us (muslim).

Sunday, August 16, 2009

Tidak Sangka dan Makin Bersemangat

Assalamualikum sekali lagi,
Kepada pembaca-pembaca blogku ini. Kali ini aku akan tulis pasal ketidak sangkaan aku terhadap seorang member aku dan aku semakin berminat untuk menulis (rasa syok). Baiklah, cerita bermula......

Tersedar aku daripada tidur. Jam menunjukkan pukul 5 lebih (lebih tu aku tak tahu pukul berapa sebab tengah mamai). Hujan turun dengan lebat sekali dan udara di luar pasti sejuk sekali (memang la, dah hujan takkan panas plak kan?). Aku tiba-tiba teringat yang aku belum lagi menunaikan solat Asar. Pendekkan cerita, aku solat dan lepas itu......

Sekali lagi perasaan bosan mula menular dalam hati ini. Lantas aku terfikir untuk melihat blog aku. Buka sahaja blog, satu comment muncul di bahagian Karjo Si Gila (Thanks Ika). Sempat lagi tu. Ok Ok..back to the story. Lepas itu, aku terlihat followers aku makin bertambah daripada satu kepada tiga (so berapa orang lagi bertambah? Kira sendiri). Seorang follower ni memang aku tahu dia sudah mempunyai blog, tapi yang aku tidak sangka seorang lagi follower ni (member aku jugak). Aku tidak menyangka dia mempunyai blog juga. Aku cuba untuk explore blog beliau. Ternyata dia seorang yang pandai menulis walaupun di dalam blognya dia menyatakan bahawa dia tidak pandai menulis. Memang aku tidak sangka kawan aku seorang yang pandai menulis (caya sama lu Bidan).

Selepas sahaja melihat blognya aku pergi pula kepada blog pengarah UiTM Segamat iaitu Prof. Hj. Muhd. Kamil B. Hj. Ibrahim (prof maaf kalau nama prof saya salah eja). Memang menarik blog prof. Selepas daripada itu, tiba-tiba terus timbul dalam diri ini satu semangat untuk meneruskan aktiviti ini (tulis blog). Aku ingin menjadikan ini sebagai satu hobi aku yang baru. Sekian.....


p/s: Ayat di atas sengaja aku tulis sedemikian sebab aku saja nak cuba tulis camtu.

Karjo Si Gila

Cerita bermula begini......
Cahaya terang telah mengganggu tidur ku. Lalu aku bingkas bangun dan berkata, 'Siamang betul ar...siapa yang bukak lampu aku nk tdur ni!' Hahahahahaha~ bosan an cite camtu? Ok la, cite tanpa menggunakan ayat berbunga. Back to the story td, aku pun terjaga ar sebab member aku dah bukak lampu. Lampu tu plak terang sgt. Emmmph...mmg ptut ar aku bgn. Aku pun tgk ar sekeliling dalam bilik tu. Aku tengok member aku semua tak tidur lg kecuali budak junior aku dari Sabah. Aku pun tengok ar jam kat hanset. Mak aih, dah pukul 4pg. Budak-budak ni asal tak tido lg? Still lg online plak tu. Mata apa dorang pakai niyh? Mata ikan ke? (dalam hati aku cakap). Hahahaha...ayat td ada yg aku tmbh utk menggempakkan cite. Pastu aku sambung blk berckp dlm hati. Mak aih, dah la aku tak solat (jangan salah sangka. Bukan solat sunat tahajud eayh, tp solat Isya'. Hahahahahah...). Pastu aku takde nak tunggu-tunggu dah, aku turun daripada katil amik ubat gigi ngan pencuci muka pastu terus pg bilik ayor bak kata orang perak. Lepas settle semua, cuci muka, gosok gigi and ambik air smbhyg, aku balik ar ke bilik balik kan, takkan la nak pegi main bola plak. Masuk je bilik aku terus capai kain dan terus solat Isya'. Ngan mata yang penuh keberatan sebab mengantuk, aku pun solat. Aku rasa aku solat tak khusyuk kot? hahahahah~ Biasa la, dah mengantuk (ala selama ni solat aku banyak tak khusyuk). Huhuhuhuhu.... Lepas je abih solat, aku naik semula ke katil untuk sambung balik tidur. Sebelum nak smbung balik tidur tu, aku nak melayan perasaan dengan mendengar lagu-lagu nasyid bagi menyenyakkan lagi tidur ku (orang patut baca doa tidur ke, ayat kursi ke kan). Lepas tu aku ambil hanset aku yang berada bawah bantal lalu menghidupkannya. Bukak je hanset aku tu kat wallpaper aku tu ada gambar aku tengah tidur ngan gambar member aku si Karjo (bukan nama sebenar) sambil tengah buat muka comel! Siapa tak paham aku bagi tau keadaan dia cmne. Alaa..cam ambil gambar berdua cmtu ar...tp aku tengah tidur, si Karjo ni plak posing wat muka paling-paling comel. Apa lagi aku pun berkata, '%$#^$#@ Karjo! %$#@^&* kau memang nak kena *&^% Karjo!'. Hahaha~ lebih kurang camtu ar ayat aku. Hei, tu la padahnya bila tidur mendahului member-member yang belum tidur. Kan dah kena. Hah, morale of the story kat sini, jangan la tidur lagi kalau member-member anda (yang ada perangai gila macam member aku) belum tidur lagi ok? Nak tidur biar tidur sama-sama. Takut terjadi perkara sebegini la. Sekian.

p/s: Cerita ini terjadi pada 16 Ogos 2009 pada pukul 4pg.
p/s 2: Terima kasih Karjo kerana sudi menghasilkan wallpaper yang agak menarik eayh? Luv u so much
p/s 3: Gambar tersebut tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab menjaga saham diri. Heeeeeeeee~

Saturday, August 15, 2009

Kenapa Aku Create My Blog???

Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan, sahabat handai, musuh-musuh(takde kot), sedare-sedari dan muslimin muslimat sekalian. Kenapa aku wat blog ni?? Cerita dia camni...Pada tanggal 15 Ogos 2009, pada pukul 12.30p.m hari Sabtu(arini latu, baru berlaku tadi), di dalam bilik kat kampus, aku merasa sesuatu perasaan melintas di hati dan fikiran ni. Perasaan apa? B-O-S-A-N!!! Aku buntu dan tak tau nak wat apa pada hari cuti. Aku ajak member-member kuar tapi kereta sewa semua full. Aku dengan perasaan bosan kuar dari bilik aku yang berada di tingkat satu dan pergi la ke tingkat 2 bilik member aku. Suddently (cewah, poyo giler), aku ternmpk mmbr aku kt dalam bilik tu tgh edit dia punya blog. So, aku pun terpikir why not aku tak hasilkan sendiri aku punya blog. Lagi pun ustaz yang mengajar aku subjek CTU(Center of Islamic Thought and Understanding) penah ckp, orang yang tak menulis ni orang yang tak bertamadun. Oleh kerana aku nak jadi seorang yang bertamadun, aku pun wat la blog ni. Selain tu gak, aku boleh melatih skill aku utk menulis dan berfikir. Banyak lg la benefit yang kita dapat daripada menulis blog nih. Itu la jwpn kdp soalan td..... k PEACE YO!

p/s: Nama ustaz tu dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. heeeeeeeeee~

WELCOME!!

Assalamualaikum
First of all nk thanks kt korang kerana sudi explore akunyer blog nih. Akunyer blog sume tentang peristiwa-peristiwa yg aku rs menarik utk diceritakan kt korang. Kalau ade peristiwa yang bez pd aritu, aritu gak aku tuliskan. InsyaAllah..... Apa lg nk tulis eayh?? Emm...ckup smp sini je kot? Nnt ade cte lg aku cte...k tnx.

p/s:Maaf la, blog tak berapa menarik sbb baru create blog ni. Still lg daif pasal blog nih. Always keep in touch with my blog ok? PEACE!!